Tuesday, 27 February 2024

2024 : JALAN MUNSHI ABDULLAH, MELAKA

Oleh Hj Zulheimy Maamor
27/2/2024 : 11.52 am

Pada jam 8 Pagi 24 Februari 2024, Saya bersama isteri dan Kakak kedua saya (Kakngah) bertolak dari rumah saya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur menuju ke rumah abang sulong saya di Seremban 2. 
Perjalanan dari Lembah Keramat,KL ke Seremban 2 adalah sejauh 75.1 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Namun disebabkan kesesakan jalanraya di Lebuhraya PLUS, perjalanan mengambil masa lebih lama. 


Di rumah abang saya di Seremban 2, kami bersarapan dulu disediakan oleh kakak ipar saya sebelum kami meneruskan perjalanan ke Melaka. 

Saya bersama Kakngah di rumah Abang Sulong kami. 

Perjalanan dari Seremban 2 ke Dewan Hang Tuah, Jalan Munshi Abdullah adalah sejauh 87.2 km dan mengambil masa perjalanan selama 1 Jam 8 minit. 


DEWAN HANG TUAH, MELAKA
Dewan Hang Tuah yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka. Saya dan keluarga hadir majlis perkahwinan anak sepupu di dewan ini pada 24 Februari 2024. 
Dewan ini telah dirasmikan pada 15 Julai 1963 oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu YAB En. Abdul Ghafar bin Baba. 





Yang menariknya dibelakang dewan ini kita dapat melihat kecantikan Sungai Melaka yang menjadi daya tarikan pelancongan. Di sungai ini jugalah adalah laluan Melaka River Cruise. 

KELIHATAN OLD BUS STATION BRIDGE

JAMBATAN HANG TUAH




Melaka River Cruise suatu pakej membawa pelancong menyusuri Sungai Melaka yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Disepanjang pelayaran pelancong dapat menyaksikan bangunan lama dan rumah tradisional di Kg Morten. 
Sepanjang menaiki River cruise, bot akan melalui 7 jambatan iaitu Jambatan Kg. Morten, Jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah,Jambatan Pasar, Jambatan Kg. Jawa, Jambatan Chan Koon Teng dan Jambatan Tan Kim Seng. 

Bacaan tambahan:

Selepas Solat Zohor Jamak Taqdim kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalananan sejauh 154 km mengambil masa perjalanan 2 jam, namun disebabkan kesesakan di lebuhraya, perjalanan kami mengambil masa lebih lama. 








Semasa dalam perjalanan balik saya ternampak sebuah hotel berwarna kuning yang mengingatkan kembali kenangan pada tahun 2013 dimana saya pernah menginap di hotel ini iaitu Hotel Emperor yang terletak di Jalan Munshi Abdullah. 

Saya paparkan dibawah ini blog kenangan di Melaka tahun 2013. 



Demikian secebis kenangan perjalanan saya ke Melaka pada 24 Februari 2024.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27/2/2024 : 3.36 pm



No comments: