Friday, 23 February 2024

KACANG CAP TANGAN NGAN YIN

POSTED BY :
HJ ZULHEIMY MAAMOR : 19 DECEMBER 2018


Sumber: Harith Sidek Blogspot...
Kacang cap tangan Ngan Yin memang sinonim dengan masyarakat Malaysia... saya dari kanak-kanak lagi dah kenal kacang ini.... tahukah anda sejarahnya?
Kacang tanah yang dikomersilkan dibawah cap dagangan berupa tangan yang menunjukkan isyarat bagus ini cukup terkenal, malah sudah dipasarkan dipasaran luar seperti Singapura, China, Canada, Hong Kong, New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Syarikat Ngan Yin ditubuhkan pada tahun 1960an lagi, dan nama Ngan Yin adalah bersempena insan yang mengusahakan perusahaan ini, iaitu Encik Ngan Yin.
sejarah perusahaan kacang tanah di Malaysia, ianya dikatakan dimulakan oleh masyarakat cina yang berhijrah daripada tanah besar china sekitar tahun 1800 lagi. Perusahaan yang bertapak di Menglembu, Perak ini pada mulanya adalah aktiviti ekonomi yang muncul secara sampingan hasil kemakmuran perusahaan bijih timah di Perak. Malah dikatakan benih kacang menglembu ini juga berasal dari negeri China. (Stephen Boey, The Straits Times, 21 May 1970:7)
Kemasyuran Kacang Cap Tangan ini membuatkannya menjadi juadah yang lazim dilihat untuk apa jua acara, perayaan, berkelah, majlis hari jadi dan sebagainya. Dengan pasaran yang luas, pastinya perusahaan ini memerlukan sumber yang mencukupi, kilang pengeluaran syarikat Ngan Yin berpusat di Kampar, dan sumber kacang tanah dari pengusaha ladang tempatan juga didapati dari sekitar Lembah Kinta dan Sungai Siput. Kilang Syarikat Ngan Yin merupakan yang terbesar di Malaysia.
Pengasas perusahaan kacang menglembu cap tangan, Encik NganYin meninggal dunia pada 20 Julai 1980, ketika sedang melakukan aktiviti jalan kaki di kaki Bukit Kledang. Beliau yang berusia 61 tahun pada ketika itu, tiba-tiba diserang sakit jantung yang membawa maut.

Posted on Blog:
23 February 2024 : 3.05 pm

No comments: