Sunday, 3 September 2023

MEMORI PELAUT - CROSSING THE EQUATOR

POSTED BY ZULHEIMY MAAMOR > SEJAHTERA MALAYSIA KU, SUATU MASA DAHULU
2 DECEMBER 2022

Atas permintaan tuan Osmund Becay, saya kisahkan pengalaman pelaut apabila melintasi garisan Khatulistiwa atau dalam bahasa Inggerisnya Crossing the Equator.


Khatulisitiwa berasal dari perkataan Arab yang bermaksud 'Garisan Tengah' . Garis lintang Khatulistiwa is 0 darjah.
Garisan Khatulistiwa bagi orang lain mungkin ialah apa yang pernah mereka pelajari ketika di bangku sekolah dahulu dalam subjek Ilmu Alam atau Geografi.
Namun bagi seorang Kelasi Kapal atau Pelaut, merentasi Garisan Khatulistiwa adalah merupakan tradisi Pelaut sejak dahulu kala dan turun temurun. Upacara khas dilakukan ditengah apabila sahaja kapal melintasi Garisan Khatulistiwa. Budaya ini berasal dari Tradisi Viking.
Kalau ikut Budaya barat mereka mengiktiraf kelasi yang pernah melintasi Garisan Khatulistiwa (GK) sebagai 'Shellback" (Son of Neptune) manakala yang belum pernah melintasi GK dikenali sebagai "Pollywogs" . Para Kelasi akan meraikan satu upacara melintasi GK untuk meraikan Raja Neptune dipercayai adalah penguasa Lautan (ibarat Dewa Lautan)....



Namun bagi kami Kelasi Malaysia... kami hanya sekadar meraikan anak-anak kapal yang berjaya melintasi GK dengan tidak ada maksua untuk meraikan atau menyembah Dewa laut (King Neptune)....
Dalam acara merintasi GK inilah masanya kita nak bergembira setelah berhari-hari di Lautan...masa ni tak kira pangkat dah.... siapa yang terpilih dibenamkan dalam air yang ditakung atau dimandi.... malah Pegawai Memerintah pun kena juga.... bukan bermaksud nak menghina CO tapi sekadar semangat "We are Band of Brothers" atas kapal..... tetapi kami tetap menghormati Pegawai Memerintah dan pegawai-pegawai Lain....


Semua anak-anak kapal akan dikurniakan "Crossing The Equator Certificate" selesai acara Merentasi GK....

Namun apa yang dilakukan adalah sekadar hiburan tanpa melibatkan sebarang kepercayaan yang boleh merosakkan akidah atau perbuatan syirik.... kerana itu adalah tradisi Pelaut....
Saya tidak pasti samaada acara ini masih dilakukan oleh anggota TLDM yang belayar di Lautan masa kini.....
Saya tidak ada kenangan acara Crossing the Equator, cuma saya ambil di Google sebagai contoh bagaimana ianya diraikan.... cuma sijilnya yang saya masih simpan untuk kenangan....















Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
3 September 2023 > 17 Safar 1445H: 12.16 am


No comments: