Sunday 17 September 2023

PERGADUHAN KAUM DI TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN HINGGA DIISYTIHARKAN DARURAT

Posted by Ibn Kamal > PERISTIWA N' SEJARAH

Kajian & Penulisan
-Mohamed Ali bin Haniffa
-Mohammad Redzuan bin Othman
MASYARAKAT MAJMUK DAN BIBIT PERPECAHAN KAUM DI TANAH MELAYU
Masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah dibentuk sejak zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat pelbagai bangsa dan agama hidup secara aman dan saling bekerjasama.
Menurut beberapapengkaji sejarah seperti O.W. Wolters dan Wang Gungwu, Melaka mula mengamalkan sikap toleransi kepada pelbagai bangsa sejak pemerintahan Sultan Iskandar Syah (Parameswara) dan dua orang pengganti selepasnya.'Mereka juga menggalakkan para pedagang luar datang ke pelabuhan Melaka sehingga terdapat lapan puluh empat bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka.'
Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai hubungan yang erat di antara Melaka dengan negeri China sehingga mendorong maharaja
Dinasti Ming menubuhkan Jabatan Bahasa Melaka (Bahasa Melayu) bagi meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-duanya. Malah Abdullah Munsyi dalam bukunya Hikayat Abdullah turut mencatatkan bahawa penduduk kota Melaka adalah terdiri daripada pelbagai kaum.
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu menjadi semakin pesat selepas penjajahan British apabila mereka telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina dan orang India tanpa kawalan. Kemasukan mereka adalah bertujuan untuk mengusahakan lombong bijih timah dan juga membuka tanah baru bagi penanaman ladang getah.Mengikut Anand, penduduk Tanah Melayu berjumlah seramai 250,000 pada tahun 1800 dan bilangan ini meningkat kepada 2,000,000 pada tahun 1900 dan 6.3 juta pada tahun 1957."
Daripada jumlah ini peningkatan yang paling ketara melibatkan kaum imigran Cina. Menjelang tahun 1921 bilangan orang Cina di Tanah Melayu telah mencecah seramai 1,171,740 juta orang.' Bilangan ini terus meningkat kepada 1,704,452 orang pada tahun 1931 dan 2,614,667 orang pada tahun 1947.
Penglibatan orang Cina dalam kegiatan ekonomi membolehkan mereka mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh berbanding orang Melayu dan India. Ketidakseimbangan yang berlaku ini menyebabkan kaum Melayu merasa kurang senang sehingga hubungan antara kaum menjadi renggang dan sukar untuk mewujudkan perpaduan dalam erti kata sebenar.
FAKTOR PENCETUS PERGADUHAN KAUM
PendudukanJepun di Tanah Melayu menjadi faktor utama sehingga berlakunya pergaduhan di antara orang Melayu dan Cina. Ini berpunca daripada dasar Jepun yang gagal mengambil kira kemajmukan Tanah Melayu ketika itu. Sikap anti China tentera Jepun yang dilatari oleh peperangan di Manchuria turut mewarnai layanan yang mereka berikan kepada orang Cina di Tanah Melayu. Selain itu, dalam usaha untuk mengukuhkan pemerintahannya di Tanah Melayu,pemerintah Jepun juga turut memberikan beberapa kelonggaran kepada orang Melayu bagi memenangi mereka. Pendekatan Jepun ini ditafsirkan oleh orang Cina sebagai satu pengkhianatan sehingga menyebabkan mereka terasa dianiaya.Usaha awal Jepun memenangi hati orang Melayu dapat dilihat sebaik-baik sahaja mereka berjaya menguasai Tanah Melayu setelah berjaya mengalahkan tentera British.Ini terrnasuklah mengadakan kunjungan hormat dan bertemu dengan pemimpin di peringkat akar umbi. Tujuannya ialah bagi mengucapkan terima kasih dan mencanangkan kembali slogan "Asia untuk orang Asia.Kemenangan,semangat,kepewiraan,keberanian dan kesetiaan kepada pemerintah ini telah ditonjolkan kepada semua penduduk di Tanah Melayu..
Pendita Za'ba sendiri pernah menyatakan bahawa. "Di Alor Star kami telah menjadi tamu kepada Tuan Yang Terutama Tsukigawa, iaitu seorang yang sangat lemah-lembut dan juga pemurah pada segala istiadatnya. Dia seorang yang disukai oleh orang ramai di dalam Kedah. Mereka memandangnya sebagai bapa kepada hamba ra'yat sekalian",ujar Tokoh Penulisan Tanah air ini..Selain itu pendakwah Islam yang berbangsa Jepun telah dihantar ke kawasan Asia bagi mendapatkan sokongan serta menjalankan kerja-kerja propaganda bahawa penaklukan yang sedang berlangsung ini ialah suatu perjuangan suci bagi menegakkan cita-cita "Lingkungan Keinaknutran Asia Raya".
Di Tanah Melayu, orang Gina meneruskan sentimen kebencian terhadap bangsa Jepun dengan menjalankan pemulauan terhadap mereka. Pemulauan tersebut membawa kepada pembunuhan seramai 70,000 orang Cina di Singapura kerana Jepun melabelkan kesemua orang Cina berkenaan sebagai komunis. Terdapat juga gerakan penentangan terhadap Jepun yang dikenali sebagai "Anti-Japanese Army". Seramai 13 orang penduduk di Mukim Sega, Raub telah diseksa kerana membantu askar British yang diketuai oleh Tuan D. Headly ketika mereka melalui Mukim Sega dalam bulan Julai 1945.'8 Orang Melayu telah dipaksa oleh Jepun untuk menjadi tali barut dan hal ini telah disalah tafsir oleh masyarakat Cina.
Dasar campur tangan British terhadap Negeri-negeri Melayu telah memberikan kuasa yang luas kepada British untuk memanipulasi kekayaan di Tanah Melayu. Artikel Enam dalam Perjanjian Pangkor memperuntukkan seorang Pegawai British dilantik sebagai seorang Residen.' British sentiasa menganggap bahawa mereka ialah pemerintah yang mengamalkan polarisasi perkauman. Mereka juga tidak iktiraf hak kemanusiaan dan menganggap orang lain sebagai hamba.Oleh itu, beberapa orang pengkaji seperti Brian Harrison dan Wan Hashim Wan Teh menjelaskan bahawa masalah perpaduan sudah pun wujud sejak zaman kolonial lagi.
Polisi pecah dan perintah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk kerana keadaan ini tidak memungkinkan hubungan yg baik terjalin antara mereka.' Akhbar SAUDARA bertarikh 30 November 1932, mengkritik polisi British dengan menyatakan;
"Kita tidak sekali-kali terfikir bahawa kerajaan yang maha adil ini hanyalah semata-mata memikirkan perbendaharaannya sahaja, tidak menaruh timbangan sama ke atas rakyat negeri yang akar ditimpa oleh marabahaya kesusahan hidup di dalam masa yang dahsyat yang hendak dijalankannya cukai-cukai bagi maslahat perbendaharaannya itu.Orang Eropah di luar dari Tanah Melayu memandang pendudukan Jepun sebagai 'a God-sent chance to clear up all the country's troubles'.."
Kejatuhan Tanah Melayu juga menunjukkan dengan jelas kelemahan polisi divide and rule British.Rasa tidak puas hati terhadap dasar kolonial serta percaturan ekonomi yang tidak seimbang telah disuarakan oleh orang Melayu
ketika berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia yang melanda Tanah Melayu antara tahun 1929-32.Hal ini dilihat oleh orang Melayu sebagai suatu ancaman besar kepada situasi politik dan ekonomi mereka sedangkan perniagaan orang Cina menjadi semakin maju, makmur dan meningkat.
Helmut G. Callis, seorang ahli ekonomi menganggarkan bahawa jumlah keseluruhan pelaburan orang Cina di Tanah Melayu pada tahun 1937 ialah sebanyak USD 200 juta (lebih kurang £40,000,000).Manakala jumlah pelaburan dari pemodal lain ialah sebanyak $454.5 juta (lebih kurang £90,900,000). Kegawatan ekonomi telah menyebabkan British turut campur tangan dalam bentuk repatriasi buruh yang sudah kehilangan pekerjaan,kewujudan kerja bantuan sebagai pekerjaan sementara dan pemberian tanah kepada golongan imigran.
Penguasaan ekonomi yang tidak seimbang telah membawa kepada berlakunya banyak percanggahan dalam budaya kehidupan. Usaha telah diadakan supaya orang Melayu yang mudah memberi dan menerima tidak terasa tercabar kedudukan mereka di Tanah Air sendiri...
Kenelm O.L. Burridge menyatakan:
"Before the war we and the Chinese lived in peace. But now they want to swallow the people (makan orang). We Muslims do not chase money. That is the Chinese way. They are not Muslims and they do not have the same understanding (faham). If they became Muslims it would be all right."
Gambaran "kasar dan tidak beradab" telah menimbulkan batasan pergaulan di antara orang Melayu-Cina.Bilangan imigran lelaki yang melebihi wanita telah membawa kepada masalah pelacuran.Pada tahun 1901 terdapat 100 orang wanita berbanding dengan 1000 orang lelaki imigran Cina di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).Apabila kelebihan ekonomi melebihi sesuatu kaum, maka akan
berlaku pelanggaran ke atas norma kehidupan. Misalnya di bandar Penggaram Johor, terdapat kelompok komuniti Cina yang suka duduk membuang masa di kedai makan dalam keadaan tidak menghormati adat dan budaya masyarakat setempat. Di samping itu mereka juga dikatakan telah membawa budaya berjudi dan minum arak yang agak bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat Melayu Islam.
Selain itu, orang Cina menguruskan sekolah, rumah ibadat serta kemudahan yang lain tanpa mengira pandangan masyarakatsetempat.Pergaduhan orang Melayu dan Cina juga berlaku disebabkan oleh provokasi oleh sesuatu pihak kepada pihak yang lain. Akibat dari rasa takut serta sifat perkauman yang sangat kuat,orang Cina sering kali menaruh prasangka terhadap segala aktiviti orang Melayu, sehinggakan apabila orang Islam berkumpul di surau atau masjid dengan bertahlil "La ilia ha it Allah" mereka menyangka orang Melayu menyeru "Lai la" (marilah)
😆
. Mereka juga mengatakan bahawa orang Melayu menyeru hantu atau semangat orang Melayu yang mati dibunuh olehnya datang membalas dendam.
'Rasa benci serta dendam ke atas etnik yang lain menyebabkan p'bagai cerita dan spekulasi dibuat bagi menimbulkan ketegangan.
Antaranya ialah kejadian luar biasa yang berlaku pada waktu malam sehingga orang Cina hidup dalam ketakutan.Perkara sebegini telah berlaku di Setapak dan Ulu Gombak pada 18 Januari 1946. Dalam banyak laporan akhbar menyatakan bahawa pemimpin orang Cina tidak cuba untuk menasihatkan komuniti mereka agar hidup dalam keadaan yang harmoni dan tidak mencetuskan pergaduhan.'
KESEDARAN MASYARAKAT MELAYU-ISLAM
Faktor utama yang telah mencetuskan konflik berdarah antara orang Melayu dan Cina ialah apabila berlakunya pencabulan hak ke atas kesucian agama Islam.Masyarakat Melayu telah hilang kepercayaan terhadap masyarakat komuniti Cina apabila tentera Bintang Tiga mula mengganggu upacara keagamaan di surau dan masjid.Peristiwa tersebut telah berlaku pada buIan puasa di Batu Pahat Johor sebelum tentera Jepun menyerah kalah.
Tentera Bintang Tiga telah melarang orang Melayu berkumpul di surau atau masjid untuk mengerjakan sembahyang terawih serta beribadat secara berjemaah.Larangan serta sekatan berkenaan telah menjadikan orang Melayu semakin bersatu. Perkara yang sama juga telah berlaku di Perak semasa orang Melayu mengerjakan sembahyang Jumaat. Gerila Cina menggunakan kesempatan membunuh orang Melayu dengan menembak dan membakar masjid ketika mereka sedang solat.Selain itu masjid telah dicemari dengan kejadian seperti menyembelih dan memasak daging khinzir dan orang Melayu telah dipaksa untuk menyertai gerila Cina.
Misalnya kawasan masjid Air Hitam di Muar telah digunakan bagi menyembelih khinzir sehingga menyebabkan masyarakat setempat terganggu ketika sedang melaksanakan ibadat.Isu perkauman menjadi dominan selepas pemerintahan Jepun dengan diburukkan lagi tindakan British yang seolah-olah cuba mempermainkan kesucian agama Islam.
Pada 18 Julai 1947, Mejar Cock telah menggunakan al-Quran dalam majlis angkat sumpah kepada semua belia Islam yang menyertai tentera British.' Dalam majlis angkat sumpah berkenaan,rekrut yang beragama Islam telah diarahkan memegang Al-Quran di tangan kiri dan mengangkat tangan kanan untuk melafazkan ikrar. Tindakan Mejar Cock telah menimbulkan perasaan marah dari kalangan sultan dan juga orang Islam di Tanah Melayu.Cemuhan telah disuarakan dalam akhbar Utusan Melayu dan surat bantahan telah dihantar kepada Pihak British Keadaan ini diburukkan lagi apabila Gabenor tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Pihak Tertinggi Majlis Islam.Penindasan serta perencanaan penjajah yang tidak seimbang telah menyebabkan masyarakat Melayu mula memikirkan nasib bangsa mereka pada masa kemudiannya.Dalam konteks perjuangan politik di Tanah Melayu,fahaman nasionalisme menetapkan bahawa agamalah yang menjadi sumber dan matlamat akhir kepada pembentukan sebuah negara bangsa Melayu hingga disamakan bahawa menjadi Melayu dan negara bangsa Melayu itu mestilah beragama Islam. Agama telah menjadi tenaga pendorong dan penguat kepada kesedaran dan perjuangan orang Melayu. Pengaruh Islam dalam konteks perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu begitu menonjol lebih-lebih lagi kerana perjuangan awal nasionalisme Melayu sebenarnya telah dipelopori oleh tokoh dan pemimpin agama atau mereka yang berjiwa agama.
Tahun 1945-46 merupakan tahun yang paling genting dan cemas dalam sejarah orang Melayu. Pada ketika orang Melayu sedang diancam oleh Bintang Tiga,kerajaan British telah mengkhianati orang Melayu dengan mengisytiharkan di Parlimen British di London hasrat untuk menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya yang dikenali sebagai Malayan Union.

Dalam usaha untuk mempertahankan survival bangsa, golongan ulama di kebanyakan negeri di Tanah Melayu seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pahang, Perlis, Perak dan Pulau Pinang telah memainkan peranan penting sebagai role model. Antara tokoh ulama yang terkenal ialah Syeikh Haji Fadhil Al-Banteni yang merupakan guru kepada ramai ulama di Tanah Melayu.Kedatangan ulama ke negeri-negeri Melayu dilihat telah dapat menyuntik semangat jihad dalam kalangan penduduk setempat- sepertimana pernah berlaku dalam gerakan membantu pergerakan Islam di Champa semasa pemerintahan Sultan Mohamad I (1800-1837) yg dirangsang oleh semangat ukhuwah Islamiyah. Oleh yang demikian gerakan menentang penjajah pada abad ke-19 telah menggunakan pendekatan agama sbagai paksi utama dalam perjuangan.
Tarekat menjadi sebahagian daripada amalan dalam masyarakat Melayu. Menurut Syed Naguib Al-Attas, dua tarekat yang terkenal dan diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu ialah Qadiriyyah dan Nagshbandiyyah.Ilmu yang dibawa dan diajar oleh guru tarekat ialah ilmu kebatinan dan bukannya ilmu zahir semata. Antara guru tarekat ialah Shaikh Abdullah bin Mustafa di Kampung Parit Maimun, Mukim Simpang Kiri Batu Pahat, Johor.Ilmu tarekat juga tersebar luas dengan berlakunya penghijrahan ulama dari satu tempat ke tempat yang lain. Pada abad ke-19 ramai ulama dari Patani telah berhijrah ke Terengganu kesan daripada serangan Siam ke atas Patani.' Menjelang awal tahun 1930-an, madrasah di sepanjang Sungai Perak digunakan oleh kongsi gelap Melayu serta pertubuhan sulit bagi mengadakan mesyuarat.
Dalam usaha mem pertahankan kelangsungan survival bangsa,elemen mempertahankan diri dalam masyarakat Melayu mula diberikan perhatian. Ilmu silat merupakan suatu seri mempertahankan diri yang disertai dengan beberapa am alan ilmu kebal ataupun batin. Oleh yang demikian keyakinan dan amalan agama amat mirip kepada panduan unsur-unsur setempat dengan mistik sufi yang terdapat di seluruh Alam Melayu.Amalan Ilmu kebal dalam kalangan masyarakat Melayu telah muncul sebelum Perang Dunia Kedua. British yang memang sudah mengetahui fenomena ini mengambil sikap berdiam diri dengan harapan tidak akar menjadi kronik. Orang Melayu pula mempunyai tanggapan bahawa amalan tersebut serta penglibatan dalam pertubuhan sulit dan kongsi gelap sebagai 'Perang Jihad'..
Elemen ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pentadbiran British dan isu ini terus berlanjutan sehingga 1946.British mengakui sendiri bahawa ilmu kebal yang diamalkan oleh orang Melayu khususnya di Johor dan Perak boleh mengganggu pentadbiran mereka.
Mereka juga cuba untuk mengkaji elemen 'FiSabilillah' dan ilmu kebal serta menganggap bahawa kedua-duanya adala.h berbeza.' Terdapat laporan yang menyatakan bahawa 'Fisabillillah' adalah kumpulan menentang orang Cina. Walau bagaimanapun kenyataan ini telah disalah tafsirkan oleh para orientalis barat. Hakikatnya, Gerakan FiSabilillah merujuk kepada perjuangan untuk mempertahankan agama dan masa hadapan orang Melayu daripada diganggu gugat oleh penjajah.
Ilmu kebal juga mendapat pengaruh dari Indonesia dan mula dilaporkan pada November 1945 di Negeri Sembilan. Sejak tempoh tersebut, ilmu tersebut telah diperluaskan hingga ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.Antara objek yang digunakan bagi menjadikan seseorang pengamal itu kebal ialah kain selempang merah, potongan ayat dari Al-Quran dan biji tasbih. Terdapat juga penggunaan ilmu halimunan yang telah dibawa oleh Tuan Guru Haji Abbas' di Sungai Choh, Hulu Selangor.
Kiai Salleh bin Karim dikatakan kerap kali datang ke Ulu Cheka,Jerantut Pahang bagi membincangkan survival orang Melayu bersama Pawang Nong bin Santan.Beliau juga adalah pengikut serta pengamal Tarekat Qadiriyyah yang diasaskan oleh Sheikh Abdul Qadir Jilani dan mempraktikkan seni silat sendeng.
Ilmu kebal yang disertai dengan amalan minum air penebat bertujuan untuk merangsang serta menaikkan semangat perjuangan menentang Bintang Tiga. Pada September 1946, Syeikh (Syed) Idris yang berketurunan Jawa mula mengajar ilmu kebal serta mistik Melayu di daerah Kuala Kangsar, Perak. Menjelang bulan Julai 1947, konflik di antara Melayu dan Cina bertambah serius di sepanjang Sungai Perak. Orang Melayu telah menjadikan parang panjang sebagai senjata utama bagi mempertahankan nyawa mereka. British memandang pengamalan ilmu kebal orang Melayu sebagai suatu bentuk ancaman
baru kepada mereka dan menegaskan bahawa ilmu kebal inilah akan membawa kepada gejala 'Amuk'..
MELETUS DAN MEREBAKNYA PERGADUHAN MELAYU-CINA
Menurut Cheah Boon Kheng,
Gerakan fiSabilillah ialah anti-Cina dan antiMPAJA. Gerakan ini bermatlamat mempertahankan kesucian agama Islam dan orang Melayu akibat daripada pembunuhan kejam serta penyeksaan yang dilakukan ke atas mereka.79 Pergaduhan Melayu-Cina di Johor telah bermula antara Mac hingga Ogos 1945.80 Pergaduhan di Johor bermula di Ayer Hitam pada 20 Jun 1945 lokasi berlakunya kejadian itu di penempatan dari Muar ke Parit Sulong.

Kejadian kedua telah berlaku pada 21 Jun 1945 di Para Kuman, Mukim Sungei Balang.8 ' Pada bulan Mei 1945 telah berlaku pembunuhan ke atas Moain Saridin @ Shahidindan Hassan Akasah,manakala pergaduhan terakhir telah berlaku di Mukim Sri Menanti pada 22 Ogos 1945. Pada 20 Ogos 1945 seramai dua orang Cina telah dibunuh oleh orang Banjar di Batu 14, Sri-Menanti, Jalan Parit Jawa Muar. Pada 2 September 1945, Dato' Sheikh Abdullah Bin Yahya telah diculik oleh orang Cina dan dicederakan oleh mereka. Beliau akhirnya telah meninggal dunia akibat kecederaan parah pada 5 September 1945 Selain itu, Ja'afar bin Abu Bakar dan Daeman bin Arshad telah dibunuh oleh tentera Bintang Tiga pada 24 September 1945 di Sanglang manakala Sikam bin Gempal telah dibunuh oleh gerila Bintang Tiga di Pontian.
Hubungan Melayu dan Cina di Segamat mulai renggang dan terdapat beberapa kejadian pertumpahan darah berlaku di sana.Provokasi ini merupakan sebahagian dari tindakan yang telah dilakukan oleh komunis dalam usaha merenggangkan hubungan antara orang Melayu dan Cina. Kekacauan juga telah berlaku pada malam 9 Februari 1946 bersamaan hari Sabtu dan pada tengah hari Ahad 10 Februari 1946 di Bukit Gambir dan Parit Samsu Muar Johor. Selain itu, pergaduhan kecil-kecilan juga sering kali berlaku di beberapa lokasi yang didiami oleh orang Melayu dan Cina seperti yang berlaku di Pengerang.Pada 10 Jun 1945, MPAJA telah membunuh seorang Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abdullah,Tuan Haji Hasbullah (Batu Pahat), dan Dr. Woodhull (Pegawai Perubatan Batu Pahat) ketika berunding dengan MPAJA di Benut, Johor. Berikutan rentetan dari keganasan orang Cina ke atas orang Melayu, tentera Sabil Selempang Merah (Holy War Army of the Red Bands) telah dibentuk oleh Kiai Salleh di Simpang Kiri Batu Pahat Johor. Beliau telah menggabungkan penduduk Melayu yang terdiri daripada dua suku yang berlainan iaitu Jawa dan Banjar. Senjata yang digunakan berupa parang panjang,lembing,keris,pedang dan tombak manakala MPAJA menggunakan senjata api.
Kiai Salleh telah membahagikan struktur tentera Sabil Selendang Merah kepada beberapa bahagian. Di bahagian Selatan Johor dibahagikan kepada tiga orang pemimpin iaitu Kiai Kusin, Kiai Mashudi dan Kiai Mayor (Mob). Di bahagian Timur Johor pula diketuai oleh Kiai Saudi,Kiai Maskam dan Kiai Sarbini. Manakala di Utara Johor diketuai oleh Kiai Mustahir, Kiai Haji Shamsu dd in dan Kiai Haji Shukor. Kiai Salleh bin Abdul Karim sendiri telah dibantu. oleh Kiai Wak Joyo. Konflik etnik yang telah bermula di Simpang Kiri, Batu Pahat akhirnya merebak hampir ke seluruh mukim di Batu Pahat. Dalam satu kejadian yang berasingan
sebanyak 60 buah keluarga Cina di Kampung Batu Pahat telah lari meninggalkan harta benda apabila sekumpulan orang Melayu dan Jawa mencari mereka dengan bersenjatakan parang. Beberapa kejadian juga telah dilaporkan di Benut dan Rengit. Perjuangan Kiai Salleh mempertahankan survival bangsa tidak terhenti setakat di Simpang Kiri sahaja malah hampir di seluruh daerah Batu Pahat.Pergaduhan Melayu-Cina di Johor telah merebak hingga ke Sungai Manik, Perak.
Pergaduhan di Sungai Manik telah berlaku antara 15 Ogos 1945 hingga 15 September 1945.Isu sensitif di mana satu kaum diserang oleh kaum yang lain sengaja disebarkan dengan harapan akan berlaku pergaduhan sesama mereka.Bintang Tiga juga telah mula menjalankan propaganda untuk merekrut ahli-ahli baru.Menurut Tuan Haji Zakaria bin Awang, ketua bagi orang Cina yang dikenali sebagai Gwo Bin dan Ah Loy telah melakukan mesyuarat di Parit 70.Dalam situasi cemas itu penduduk kampung mencari ulama yang boleh mengajar mereka ilmu kebal atau ilmu tidak lut senjata.Antara ulama yang menjadi tumpuan di Sungai Manik ketika itu ialah Tuan Haji Amirus Hussin, Tuan Haji Yusof, Tuan Haji Marzuki,"Tuan Haji Dahlan, Tuan Haji Mat Samad, Tuan Haji Anuar dan Tuan Haji Masmuda. Tuan Haji Bakri bin Haji Mohd Saman telah bertindak sebagai Tuan Guru atau pakar rujuk,'" manakala Tuan Haji Bakri telah dilantik menjadi khalifah parang panjang. Beliau dibantu oleh Tuan Haji Shukor yang bertindak sebagai Naib Khalifah.
Berita mengenai amalan ilmu kebal Sungai Manik telah sampai ke merata tempat. Penduduk dari Kampung Tebuk Banjar seramai dua belas orang telah pergi ke rumah Imam Haji Bakri bin Haji Mohd Saman dengan tujuan untuk menuntut ilmu kebal.Pengumuman Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 iaitu pada bulan Ramadhan telah menyebabkan MPAJA dan Bintang Tiga semakin berani mengisytiharkan kuasa mereka. Bintang Tiga telah mula 'menghukum' penduduk kampung khususny@ orang Melayu. Misalnya, terdapat antara mereka yang diikat kaki serta tangannya dan dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam Laut hidup-hidup.Kemuncak kernarahan orang Melayu apabila sebuah masjid di Parit 6 mahu dijadikan sebagai bilik gerakan dan dewan drama oleh Gerila Bintang Tiga. Kejadian seumpama ini menyebabkan Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohd Said bersama penduduk kampung mula mempersiapkan diri bagi mempertahankan kampung halaman mereka. Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohd Said dan beberapa orang pemuda berjumpa dengan Imam Haji Bakri bin Haji Mohd Saman di Parit 8 B, Sungai Manik bagi membincangkan kedudukan masyarakat kampung.
Sehubungan denganitu, Tuan Guru Imam Haji Bakri telah mengisytiharkan perang jihad melawan orang kafir yang telah cuba mempersendakan agama serta nyawa orang Melayu. Kumpulan ini telah diberikan minum air jampi yang dikenali sebagai air penebat dan telah dianugerahkan oleh Selempang Merah.Kumpulan pemuda yang diketuai oleh Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohd Said telah diberikan pesanan oleh Tuan Guru Imam Haji Bakri bin Haji Mohd Saman seperti berikut:
"Perjuangan ini adalah syahid.Qada dan Qadar telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.Kalau telah ditakdirkan mati dibunuh, maka akan matilah dibunuh. Sentiasa amalkan kalimah La Ila Ha illa Allah dan ayat empat Qul...
Orang Melayu ketika itu hanya bersenjatakan parang panjang,keris dan pisau. Komuniti Banjar Melayu menggunakan istilah "inencantas"bagi merujuk kepada konflik berdarah Pergaduhan Melayu-Cina yang mula merebak menyebabkan orang Cina yang tinggal di Kampung Koh, Sitiawan,Ipoh,Kampar Langkap dan Chungkai datang memberikan bantuan kepada orang Cina yang masih menetap di Sungai Manik.Boleh dikatakan hampir setiap hari akan berlaku peristiwa pergaduhan kecil yang melibatkan orang Melayu dengan Bintang Tiga. Pergaduhan ini disertai dengan beberapa perkara ganjil yang berlaku dengan izin Allah S.W.T.'
Pergaduhan Melayu-Cina di Sungai Manik yang dikenali juga sebagai kebangkitan orang Banjar akhirnya telah mula merebak ke merata tempat di negeri Perak.
Pergaduhan Melayu-Cina di Perak terus merebak sehinggakan kampung-kampung tradisional Melayu menjadi mangsa kekejaman orang Cina. Bintang Tiga telah menjadikan Sekolah Melayu Bekor sebagai markas Bintang Tiga. Mereka memaksa penduduk Kampung Bekor mendengar ceramah serta propaganda komunis di Sekolah Melayu Bekor. Seramai sebelas orang penduduk Kampung Bekor telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak Jepun.Ini diikuti pula oleh kumpulan penduduk kampung yang lain Gerakan menyoal penduduk kampung telah diteruskan pada 11 Januari 1944.' Akhbar Majlis telah melaporkan seperti berikut:
"....seluruh Kampung Bekor yang dulunya sangat-sangat menyokong keras akan gerakan kerajaan Bintang Tiga telah ditukarkan tuhan akan perasaan dan rohnya lalu mereka itu berpaling tadah dan mula menentang segala pujukan-pujukan yang mengandungi racun daripada bangsa Cina yang mengajak lagi supaya orang Melayu bercampur dengannya untuk menghalau British dari Semenanjung Tanah Melayu dan kemudiannya Tanah Melayu ini diperintah oeh tiga bangsa..."
Penglibatan beberapa orang ulama tempatan seperti Tuan Haji Salleh bin Abdul Manan, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Manan dan Tuan Haji Shahbudin bin Lebai Sulaiman Bakul telah berjaya membawa perubahan Baru di Kampung Bekor. Terdapat juga penglibatan beberapa orang Syeikh dari Bagan Serai seperti Tuan Syeikh Osman. Penyatuan penduduk Melayu Bekor seperti yang telah dilakukan oleh para ulama tempatan telah menyebabkan hubungan dan kepercayaan mereka terhadap masyarakat Cina berubah.Dalam satu peristiwa seramai 100 orang Cina telah bertempiaran lari apabila dikejar oleh orang Melayu. Mereka telah merosakkan tanaman orang Melayu ketika kerja mem bina jalan selebar enam kaki.Keadaan yang begitu mencemaskan di Bekor akibat tekanan orang Cina telah menyebabkan wakil orang Melayu mengemukakan tiga tuntutan kepada orang Cina. Akhbar Seruan Ra'ayat melaporkan seperti berikut:
"Sa-orang guru Tauhid di-Manong di-dalam suatu mashuarat antara China dengan Melayu kerana hendak mendamaikan perkelahian di-situ telah mengeluarkan 3 tuntutan dengan chakap yang keras dan menghentam-hentam meja dengan tinju-nya sa-hingga ChinaChina yang di-dalam mashuarat itu puchat muka-nya ).."
Tuntutan pertama adalah membebaskan semua orang Melayu yang telah ditangkap atau yang dibawa ke dalam hutan.Sekiranya mereka ini telah dibunuh, orang Melayu telah memohon ditunjukkan kubur agar mereka boleh dikebumikan semula mengikut cara Islam. Mereka juga telah menuntut kembali harta benda milik orang Melayu yang telah dirampas serta dirompak oleh Bintang Tiga. Tuntutan ketiga ialah menyerahkan semua senjata seperti senapang yang berada dalam simpanan mereka kepada pihak kerajaan.

Serangan Bintang Tiga ke atas Kampung Bekor telah berlaku selama dua hari. Serangan pertama yang disifatkan lebih kepada tindakan Bintang Tiga untuk menguji kekuatan dan persediaan orang Melayu berlaku pada 5 Mac 1946 hari Selasa jam 10.00 pagi,telah berjaya dipatahkan oleh penduduk kampung. Pada hari Rabu 6 Mac 1946, lebih kurang jam 5.00134 hingga ke 5.30 pagi '35 telah berlaku serangan kali kedua yang dirancang dengan penuh teliti ketika kebanyakan penduduk kampung masih dibuai tidur. Dalam serangan tersebut, setiap kawasan simpang dan jalan utama di seluruh kampung telah ldikawal ketat oleh Bintang Tiga.

Antara tokoh yang menjadi teraju utama bagi mempertahankan penduduk Melayu Bekor ialah Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Manan, Tuan Haji Salleh bin Abdul Manan, Tuan Kulub Alang dan beberapa orang tokoh tempatan. Keadaan yang terkepung telah menyebabkan ramai kanak-kanak serta kaum wanita yang sedang tidur menjadi mangsa.Akhbar Majlis melaporkan bahawa bilangan orang Cina yang datang menyerang ialah kira-kira 500 orang dan serangan yang datang dalam dua kumpulan ini dibuat dari daerah Klian. Laporan BMA menyatakan "It is not known where the attackers came from and as they dispersed rapidly in thick jungle country".
Taktik serangan adalah dengan membunyikan beduk di masjid sehingga menyebabkan penduduk kampung berada dalam keadaan kelam-kabut khususnya dalam memberikan bantuan.Peristiwa hitam 6 Mac 1946 telah meninggalkan kesan yang mendalam khususnya kepada penduduk Melayu di Kampung Bekor. Dalam serangan yang dianggarkan selama dua jam ini, seramai 80 orang Melayu termasuk kanak-kanak telah dibunuh. Bilangan penduduk yang paling ramai menemui ajal ialah penduduk yang sedang bersolat subuh di Masjid Kampung Bekor.142 British dalam satu laporan menyatakan seramai 70 orang Melayu telah dibunuh di Masjid Bekor (Bikaw).Laporan British menyatakan bahawa pihak Cina tidak mengalami sebarang kehilangan nyawa dan serangan ini telah dirancang dengan begitu rapi.Pada 7 Mac 1946 bersamaan hari Khamis,penduduk Kampung Sernat telah bersepakat pergi ke kampung-kampung yang terlibat bagi mencari mangsa korban untuk tujuan pengebumian. Walaupun bilangan anggota Bintang Tiga yang dibunuh oleh orang Melayu dikatakan ramai, namun mayat mereka tidak ditemui oleh penduduk kampung. Persoalan ini masih menjadi tanya tanya sehingga ke hari ini.
Kekacauan serta pembunuhan ke atas orang Melayu terus berlangsung hampir di semua lokasi di Tanah Melayu. Pada 19 September 1945, berlaku pembunuhan ke atas orang Melayu di Kota Bharu (Kelantan), 26 September 1945 di Alor Gajah (Melaka), di Selangor/146 Selama, Taiping, Parit,147 Sitiawan (Perak) dan Terengganu. Dalam kejadian di Sitiawan, seramai tujuh orang Gina terbunuh, dua cedera dan beberapa buah rumah dibakar.Pada hari berikutnya komunis membunuh serta mencederakan beberapa orang penduduk kampung.Pada 6 November 1945, dalam satu serangan balas,sekumpulan 300 hingga 400 orang Melayu telah menyerang orang Cina di Padang Lebar, Kuala Pilah14 dan seramai 40 orang Cina terkorban.15° Kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Dalam kejadian di Batu Malim, Raub, Pahang pada 11 Februari 1946, kekacauan berlaku di kawasan pasar yang melibatkan seramai 200 orang Melayu dan 150 orang Cina. Seramai 30 orang Cina telah terkorban termasuk 10 orang kanak-kanak Cina dan dua orang Melayu. Manakala 16 orang Cina dan 10 orang Melayu yang lain telah mengalami kecederaan.
KESIMPULAN
Orang Melayu telah menjadi mangsa kekejaman,akibat Bintang Tiga yang mahu mengambil tampuk pemerintahan selepas Jepun menyerah kalah. Orang Melayu pula menganggap komunis itu Cina dan Gina itu komunis. Pergaduhan Melayu-Cina selepas pemerintahan Jepun berlanjutan sehingga ke tahun 1950-an.Menurut Prifessor Khoo Kay Kim,fenomena kebangkitan dan kemarahan orang Melayu memberi kejutan kepada pihak British yang selama ini menyifatkan orang Melayu mudahmenurut perintah. Kedatangan bangsa asing yang tidak menghormati kedaulatan Melayu telah sedikit sebanyak mencabar ketuanan Melayu.Kekejaman MPAJA melakukan pembunuhan ke atas orang Melayu telah menyebabkan mereka menggabungkan seni mempertahankan diri dan ilmu kebal bagi mempertahankan survival bangsa.Ajaran Islam digunakan sebagai paksi perjuangan mereka dan penentangan terhadap keganasan MPAJA dianggap jihad ke jalan Allah. Sikap lepas tangan British, pengenalan Malayan Union dan pengisytiharan darurat sedikit sebanyak telah menambahkan tekad orang Melayu lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pelanggaran ke atas kesucian agama Islam. Orang Melayu yang terdesak telah membentuk jamaah dan bersatu di bawah panji-panji Islam. Survival melalui parang panjang bukanlah bersifat perkauman, biarpun akibat dari penentangan terhadap komunis Cina akhirnya membenihkan perasaan perkauman yang sukar dipadamkan. Pergaduhan Melayu-Cina selepas zaman pemerintahan Jepun merupakan jihad pertama orang Melayu. Orang Melayu diakui sebagai bangsa yang penuh dengan kesantunan serta tenang tetapi pantang dicabar apabila berlaku pencabulan ke atas budaya kehidupan serta pelanggaran ke atas kesucian agama Islam.
Biarpun pada mata kasar kelihatan orang Melayu seperti mengamuk dan membunuh orang Cina, namun hakikatnya mereka membunuh komunis, yang bukan sahaja terdiri daripada orang Cina, malah penyokong-penyokong komunis daripada orang Melayu juga turut menerima padahnya.
**NOTA
Menurut Tome Pires, selepas kemangkatan Parameswara, penduduk Melaka dianggarkan kira-kira 6,000 orang. Winstedt dalam bukunya History of Malaya menyebut penduduk Melaka meningkat kepada 40,000 orang dewasa ketika pemerintahan Sultan Alauddin, dan menjadi 190,000 orang sebelum Portugis menyerang Melaka. Lihat Berita Harian,1 Jun 2010.
Zainal Abidin b. Abdul Wahid, Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa, dalam Poleinik Sejarall Malaysia (laid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2008, him. 124.
JURNAL SEJARAH PENGKAJIAN DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Copy and paste:
17 Ogos 2023 > 1 Rabiulawal 1445H: 8.56 am

No comments: