Sunday 3 September 2023

UNIFORM LAMA TENTERA LAUT DI RAJA MALAYSIA

POSTED BY: HJ ZULHEIMY MAAMOR 
FB : 22 NOVEMBER 2021 

Kalau bercakap pasal uniform, rasanya dalam Tentera Laut ada macam - macam uniform.
Sepanjang saya berkhidmat dengan TLDM dari 1980 - 1996 (16 tahun), saya sempat merasakan perubahan dari segi pemakaian Seragam TLDM, saya sempat merasakan zaman masih berseluar pendek atau kami panggil "RN style". Maksud RN ialah Royal Navy yang merujuk kepada Tentera Laut Di Raja British kerana TLDM pernah ditadbir oleh pegawai - Pegawai British era sebelum merdeka hinggalah ketahun 60 an.
Dalam foto-foto ini saya sertakan pakaian yang mengalami perubahan demi perubahan sehinggalah saya menamatkan perkhidmatan pada 1996. Cuma pakaian celoreng biru yang digunakan sekarang saya tak sempat merasa.
Antara pakaian itu ialah :
1. Pakaian 2 Bravo lama - baju dan seluar pendek biru gelap
    Ini ialah pakaian kerja harian samada di Pejabat atau Kapal. 


2. Pakaian 2 Alpha lama - baju dan seluar pendek putih . baju yang ada potongan 4 segi di leher ni dulu kami panggil baju Saloma.


3. Pakaian Malam > di pakai ketika bertugas waktu malam iaitu baju putih dan seluar biru gelap.


4. Pakaian Istiadat Nombor 1 > yang ini jarang jarang kami pakai hanya untuk acara - acara terbesar seperti ketika Tamat Latihan Rekrut dan acara-acara lain seperti terlibat dalam Kawalan Kehormat 3 khidmat (Darat, Laut dan Udara).


5. Pakaian Celoreng Hijau > hanya pernah saya gunakan sekali iaitu ketika bertugas dengan Bot Lancang TLDM (Bot Celoreng) di KD Sri Rejang di Sibu Sarawak dari 1983 - 84. Ketika itu kami terlibat dalam Ops Jalan Aman 1 dibawah RASCOM dalam menentang kegiatan komunis di Bahagian ke 3 Sarawak. Kami terlibat menjalan tugas rondaan sungai di sepanjang Sungai Rejang di Sibu Sarawak.Pakaian Celoreng juga digunapakai oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL).



6. Pakaian Luar Negara > Jaket Michael Jackson hanya pernah di gunapakai oleh Krew KD Lekir dan KD Mahawangsa ketika menyertai 50th Anniversary Royal New Zealand Navy di Auckland, NZ.





Tahun 1981 adalah kali pertama kami menggunakan uniform 2 Bravo Baru iaitu Baju biru Muda dan Seluar panjang Biru gelap. Kali pertama saya guna di KD Raja Jarom ketika menghadiri Perbarisan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur pada tahun 1981 menaiki keretapi dari JB ke KL. Pakaian 2 Alpha juga mengalami perubahan iaitu baju putih lengan pendek dan seluar panjang putih.



Setelah tamat Perkhidmatan dengan TLDM saya bekerja swasta ada juga pakaian uniform terutama ketika ada event event besar di Hotel....

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
3 September 2023 > 17 Safar 1445H: 11.56 am

No comments: