Saturday 23 September 2023

FAKTA MENARIK AEON ALPHA ANGLE

SUMBER: FB ORANG WANGSA MAJU

1. Bekas tapak shopping kompleks ini ialah tanah lembah dan sebahagiannya adalah lombong tinggal dan menjadi tempat kanak-kanak lejen Wangsa Maju bermain basikal BMX ala-ala X-Game suatu ketika dahulu.
2. Upacara pecah tanah telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed sekitar penghujung tahun 1990 sebagai sebahagian rancangan menjayakan 'Dasar Pandang Ke Timur'.
3. Alpha Angle Jaya Jusco telah dirasmikan pada 24hb April 1992 oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dan Pengerusi Jusco Company Limited, Mr. Takuya Okada.
4. Seperti juga The Mall Yaohan, Alpha Angle juga menyimpan nota di dalam kapsul masa yang akan dibuka mengikut tarikh yang tercatat pada monumen kapsul.
5. Keluasan premis ini ketika itu ialah seluas 334,000 kaki persegi.Kini keluasannya telah bertambah kerana tingkat 2 (yang kini premis saloon dan Secret Receipi dahulunya adalah ruang kosong) telah diubah suai.
6. Ruang parkir shopping complex ini mampu di isi sehingga 1,400 buah kenderaan.
7. Anchor tennant Alpha Angle ialah Jaya Jusco (kini Aeon) iaitu melebihi 50% ruang perniagaan.
8. Antara nama awal yang mengisi ruang tengah Alpha Angle ialah Body Shop, Guardian Pharmacy, Bata, Memory Lane, MPH Bookstore, Athletes World, Bobson, Habib Jewels, TieShop, WataTime dan lain-lain.
9. Restoran makanan segera yang terawal ialah McDonalds, Shakeys Pizza dan KFC.
10. Ketika awalnya, Alpha Angle mempunyai pusat hiburan keluarga (Amusument Centre) dan Cineplex berkembar (Cathay Cinema).
11. Kos pembinaan Alpha Angle ialah RM70 juta, shopping complex pertama yang dibina dan diuruskan sendiri oleh Aeon Group of Companies.
12. Pengurus pertama Alpha Angle Jaya Jusco ialah Encik Ramli Bin Idris.
13. 'Alpha' ialah bahasa Latin yang bermaksud 'pertama', merujuk kepada shopping complex pertama di Wangsa Maju dan 'Angle' bermaksud 'sudut' yang menunjukkan tempat ini dibina di tempat yang mempunyai ruang sudut.
14. Pembinaan shopping complex ini adalah selari dengan polisi syarikat untuk membina shopping complex di pinggir bandar dan tidak di pusat bandar.
15. Pada hari pembukaan, Alpha Angle telah bekerjasama dengan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dengan menanam baka-baka balak seperti Tembusu, Keruin dan Meranti di bahagian belakang shopping complex yang telah dikhaskan sebagai mini hutan simpan untuk menghargai alam sekitar (GOOD JOB!!!).
16. The Forest Festival Musical Clock dengan penampilan Snow White And Seven Dwarfs telah di import daripada Jepun dan kos jam ini ialah sebanyak RM1 juta (kini tiada lagi... sob sob sob...).
17. Sepanjang tempoh 30 hari pembukaan, berbagai aktiviti seni telah dijalankan sebagai promosi memperkenalkan Alpha Angle kepada warga kota.Antara aktivitinya ialah persembahan badut, tarian singa, kompang, pelbagai pertandingan dan persembahan artis seperti Ella, kumpulan rock Fotograf, UG14, Febians, Damasutra, WOW dan lain-lain.
Fuh... penat Admin taip.
OWM
Copy and paste:
23/9/2023 > 7 Rabiulawal 1445H: 5.15 pm


No comments: