Sunday, 3 September 2023

KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN - F136

POSTED BY : HJ ZULHEIMY MAAMOR ON FB > 8 NOVEMBER 2021


Kapal perang TLDM Korvet Kelas Laksamana, asalnya dibina untuk Tentera Laut Iraq sebagai "Abdullah Al Abi Sarah" (F218) di Itali. Namun akibat sekatan PBB terhadap Iraq kerana Perang Teluk, maka kapal ini tidak dijual kepada Iraq. Maka kapal ini dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan ditauliahkan pada 31 Julai 1999.
Kapal ini dinamakan sempena seorang pahlawan negeri Perak iaitu Laksamana Muhammad Amin yang menentang penjajahan Inggeris di Sungai Perak tahun 1875. Beliau adalah bapa mertua kepada Menteri Larut Ngah Ibrahim.
Nama Laksamana Muhammad Amin tercatat dalam buku Harian J.W.W.Birch dan Frank Swettenham.
Beliau bersama menantunya dan dibuang daerah ke Pulau Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah. Setelah rayuan dibuat ke Ratu Victoria, Ngah Ibrahim dan Laksamana M Amin kemudian dipindah ke Sarawak dan akhirnya ke Singapura. Beliau meninggal dunia pada tahun 1908 dan dikebumikan di Singapura.
Namun pada tahun 2006 jenazah Allahyarham dipindahkan semula ke tanah tumpah darahnya dan disemadikan di Makam Di Raja Bukit Candan, Perak.
Kapal KD Laksamana Muhammad Amin ditugaskan untuk membawa pulang jenazah Almarhum ke Perak. AL FATIHAH....



Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
3 September 2023 > 17 Safar 1445H: 11.10 am


No comments: