Oleh: Helmy Efendy II
Ada artis sendu Indonesia, buat video kata bahawa Malaysia sentiasa kalah dengan Indonesia. Aku pun buatlah kajian, nak tengok sejauh mana kebenaran dia, apakah benar Malaysia sentiasa kalah dengan Indonesia… atau sebenarnya Indonesia dah ketinggalan jauh dengan Malaysia?
Mari kita lihat satu persatu.
Pertama, keamanan negara. Dalam Global Peace Index 2025, Malaysia menduduki tangga ke-13 daripada 163 negara dan wilayah, sedangkan Indonesia berada di kedudukan ke-49. Malaysia bahkan mengatasi Australia yang berada di tangga ke-18 dan Jerman di tangga ke-20.
Kedua, pembangunan manusia. Human Development Index 2025 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meletakkan Malaysia di tangga ke-67 dunia, berbanding Indonesia di kedudukan ke-113. Indeks ini menilai pencapaian pendidikan, kesihatan dan taraf hidup rakyat.
Ketiga, pendidikan universiti. Berdasarkan QS World University Rankings 2026, Universiti Malaya berada di tangga ke-58 dunia, manakala Universitas Indonesia di tangga ke-189.
Malah, lima universiti awam Malaysia berada dalam kelompok 200 terbaik dunia. Universiti Kebangsaan Malaysia di tangga ke-126, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia berkongsi tangga ke-134, manakala Universiti Teknologi Malaysia di tangga ke-153.
Sebaliknya, Universitas Gadjah Mada berada di tangga ke-224 dan Institut Teknologi Bandung ke-255. Universiti Teknologi PETRONAS di tangga ke-251 turut mengatasi kedudukan Institut Teknologi Bandung.
Keempat, industri semikonduktor. Malaysia merupakan antara enam pengeksport litar bersepadu elektronik terbesar dunia. Berdasarkan data perdagangan 2024, nilai eksport Malaysia mencecah sekitar AS$76.85 bilion, berbanding Indonesia sekitar AS$747 juta.
Ini bermakna nilai eksport Malaysia dalam kategori tersebut melebihi 100 kali ganda Indonesia. Malaysia juga menyumbang sekitar 13 peratus aktiviti pemasangan, pengujian dan pembungkusan semikonduktor global.
Kelima, inovasi teknologi. Dalam Global Innovation Index 2025, Malaysia menduduki tangga ke-34 dunia, sedangkan Indonesia di kedudukan ke-55. Indeks ini menilai keupayaan inovasi melalui penyelidikan, teknologi, institusi dan pembangunan pengetahuan.
Keenam, daya saing ekonomi. Dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025, Malaysia berada di tangga ke-23 daripada 69 ekonomi, berbanding Indonesia di kedudukan ke-40. Indeks ini menilai prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, perniagaan dan infrastruktur.
Ketujuh, KDNK per kapita. Malaysia mencatatkan sekitar AS$13,125 pada 2025, sedangkan Indonesia sekitar AS$5,060. Jurangnya kira-kira 2.6 kali ganda. Ini merupakan ukuran pengeluaran ekonomi bagi setiap penduduk.
Kelapan, persepsi rasuah. Dalam Corruption Perceptions Index 2025, Malaysia menduduki tangga ke-54 dunia dengan skor 52 daripada 100, manakala Indonesia di tangga ke-109 dengan skor 34. Perbezaan ini memperlihatkan jurang dalam persepsi terhadap rasuah sektor awam.
Kesembilan, kekuatan pasport antarabangsa. Berdasarkan The Passport Index Global Ranking 2026 oleh Arton Capital yang dilaporkan pada September 2026, pasport Malaysia berada di kedudukan kedua terkuat dunia, berkongsi kedudukan dengan Singapura dan hanya di belakang Emiriah Arab Bersatu.
Pemegang pasport Malaysia mempunyai akses ke 175 destinasi, termasuk 129 destinasi tanpa visa dan 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan.
Kesepuluh, capaian internet. Data Bank Dunia bagi 2024 menunjukkan sekitar 98 peratus penduduk Malaysia menggunakan internet, berbanding sekitar 73 peratus penduduk Indonesia. Ini memperlihatkan jurang besar dalam capaian digital kedua-dua negara.
Jadi, MALAYSIA atau INDONESIA yang sentiasa kalah dengan kami?
Sekarang mesti kita semua tertanya-tanya dari mana datang kebencian mahadasyat Indonesia pada Malaysia kan? Jawapannya ada dalam buku sahabat saya, Rafe Rahmat berjudul KONFRONTASI: GANYANG MALAYSIA yang anda boleh beli di Shopee: https://s.shopee.com.my/50Z9ux0XKs
SOEKARNO ialah ARKITEK kepada kebencian ini, dan buku ni menganalisis bagaimana datang kebencian ini yang sehingga hari ini tidak pernah lagi tamat!
C&P
9 Oktober 2026: 9:58 p.m.
No comments:
Post a Comment