- 1834: Prasasti Buddhagupta ditemui oleh Kapten James Low di Seberang Perai, Pulau Pinang. Dianggarkan berasal dari kurun ke-4-5 Masihi ditulis dalam bahasa Sanskrit dengan menggunakan aksara Pallava (India Selatan).
- 1840: penemuan arkaeologi di Lembah Bujang oleh James Low.
- 1850:
- Tapak Arkeologi Bukit Chora di Yan, Kedah pertama kali dilaporkan oleh seorang pegawai British yang mencari harta karun.
- ditemui 27 tulang manusia di Guar Kepah, Kepala Batas, P.Pinang oleh pegawai British G.W. Earl.
- 1902 : Bot kayu Rompin ditemui di Ulu Rompin, Pahang dan direkodkan oleh W.L. Abbot pada 1907.
- 1917: Gua Kajang - gua yang pertama dijalan ekskavasi di negara ini oleh I.H.N Evans, ditemui pecahan tembikar alat batu, sisa makanan dan rangka manusia. Kajian mendapati gua ini telah dihuni sejak 11,000 - 5,000 tahun dahulu.
- 1924:
- I.H.N Evans melaporkan penemuan lukisan purba di Gua Badak, Lenggong, Perak.
- Penemuan tengkorak manusia purba di Matang, Perak oleh B.W.F Barnard. Penyelidikan arkeologi pertama dijalankan oleh I.H.N. Evans pada 1932.
- 1926:Gendang Gangsa ditemui di Kg. Batu Pasir Garam, Sungai Tembeling, Pahang oleh William Linehan.
- 1927:
- Pontian Boat ditemui oleh I.H.N Evans di Pahang.
- C.A. Gibson Hill mengupas secara terperinci mengenai penemuan boat tersebut dalam tulisannya pada 1956.
- dianggarkan dibina sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masihi berdasarkan kajian karbon yang dilakukan.
- Perahu Pontian adalah perahu tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara.
- 1932:
- Bot Kuala Selinsing ditemui oleh I.H.N.Evans. Pakar Sejarah Zuliskandar Ramli dan Nik Hassan Shuhaimi menyatakan bahawa tapak itu didiami antara 200 S.M dan 1000 Masihi.
- Penemuan cicin emas di Tanjung Rawa, Selinsing, Perak yang terukir nama Cri Visnuvarmasya, berkemungkinan Raja Srivijaya seperti tercatat dalam prasasti Ligor B.
- Dr.Ch.Chhabra menulis pada 1935, dengan hipotesis emas Selinsing mempunyak corak tulisan pada kurun ke-8 Masihi dan nama Visnuwarmasya pada cincin itu sama seperti nama Visnuwarman di prasasti Ligor B.
- 1934-35: Ekskavasi di Guar Kepah, Kepala Batas, P.Pinang dilakukan oleh Van Stein Callenfels, menemui bukti-bukti kehidupan orang Asli suku Semang.
- 1936: ditemui sebuah patung jenis Avalokitesvara di Bidor, Perak. Kajian mendapati patung Buddha itu adalah zaman Gupta di India yang wujud kurun ke-5-6 Masihi. Ini membuktikan kewujudan Kerajaan Melayu Gangga Negara.
- 1938: Ekskavasi di Kota Tampan di Grik, Perak oleh H.D.Coolings.
- 1938-39: kerja ekskavasi di Lembah Bujang oleh Dr. H.G. Quaritch Wales isterinya Dorothy, menemui 30 kuil ibadat.
- 1940: Sebuah Pendayung Kayu Purba ditemukan di Jenderam Hilir, Selangor, selain ditemui juga serpihan tembikar dll.
- 1944: Gendang Gangsa ditemui di Kg. Bukit Kuda, Kelang, Selangor ketika kerja-kerja pembinaan diwaktu zaman Jepun (Leong Sau Heng, 1988).
- 1953:
- Perahu Twankoo dikaji oleh Gibson Hill dan G de G Sieveking di Sungai Johor. Dianggarkan perahu sekitar abad ke-16 Masihi.
- Tapak ekskavasi di Tebing Sungai Nenggiri, Ulu Kelantan dilakukan oleh G de G Sieveking, bertujuan untuk menyokong Teori G.H. Geldern bahawa manusia yang menjadi penduduk alam Melayu datang dari Utara dan berhijrah ke Selatan dalam Zaman Neolitik.
- 1954: Ditemukan tengkorak kanak-kanak Homo Sapien Sapien di Gua Niah, Sarawak oleh Tom Harrison.
- 1955: Perahu purba ditemui di Pulau Kelumpang, Perak oleh Sieveking.Dipercayai wujud sekitar 200 - 1000 S.M.
- 1956: Barang-barang purba ditemui oleh H.D. Noone di Sungai Bewak, Hulu Terengganu seperti tembikar, mangkuk dan kapak.
- 1958 :
- rangka manusia purba ditemui di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Tom Harrison dan isterinya Barbara Harrison.
- Ekskavasi di Kota Tampan, Grik, Perak oleh Ann Sieveking.
- 1959 : Lukisan purba di Gua Tambun, Perak ditemui oleh Pegawai Tentera British, Lt. R.L. Rawlings ketika sedang membuat rondaan ketika Darurat. Lukisan yang sama dengan lukisan gua di Gua Tham Rob di Thailand dan beberapa gua di India dan Sri Lanka.
- 1964:
- Perahu Sungai Lang ditemui oleh para penyelidik dari Universiti Malaya dianggarkan berusia antara 580 - 190 S.M.
- Gendang Gangsa ditemui di Kg.Batu Buruk, Kuala Terengganu.
- Gendang Gangsa ditemui di Kg. Sungai Lang, Kuala Langat, Selangor.
- Penyelidikan arkeologi di Gua Kecil,Raub, Pahang oleh F.L.Dunn, penemuan budaya Hoabinhian, merangkumi alat batu repeh dll.
- 1966-67: Rangka manusia Gua Niah di bawa ke Nevada, U.S.,untuk kajian. Disahkan oleh pakar Arkaeologi University of Cambridge bahawa Rangka manusia Gua Niah berusia lebih 42,000 tahun.
- 1968: penemuan alat purba dan perkuburan lama oleh Barbara Harrisson di Gua Madai,Kunak, Sabah.
- 1971: Petroglif Lumuyu dikenali juga sebagai Ukiran Batu Lumuyu di temui di Kg. Bekuku di Ulu Tomani Daerah Tenom di Sabah.
- 1977: 19 artifak ditemui di kawasan lombong di Jenderam Hilir, Sungai Langat kira-kira 6 km dari pekan Dengkil. Dianggarkan berusia 4,500 tahun yang lalu. Kajian dijalankan oleh Leong Sau Heng dan Brian C. Batchelor.
- 1979-1980: Ekskavasi di Gua Madai, Kunak, Sabah dilakukan oleh Peter Bellwood, penemuan alat purba, sisa makanan dan perkuburan lama.
- 1984: Bangkai kapal Dagang Risdam ditemui di perairan Mersing, Johor. Kapal milik Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) karam pada tahun 1727 M.
- 1987 : ekskavasi di Kota Tampan, Grik, Perak oleh Zurina Majid.
- 1987,1988 & 1999 : Ekskavasi di Gua Harimau di Lenggong, Perak menemukan tapak pengkebumian manusia berusia 2,000 - 5,000 tahun dahulu.
- 1989:
- Kapal Azie ditemui di Tanjung Tuan, Port Dickson, tarikh tenggelam tidak diketahui.
- Penggalian arkeologi di Gua Sagu, Sungai Lembing, Pahang oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Zuraina Majid, mendedahkan bukti penting mengenai penempatan manusia prasejarah dari zaman Pleistosen Akhir hingga Holosen.
- 1991 : Rangka 'Perak Man" ditemui di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak, dianggarkan berusia antara 10,000 tahun. Ditemui oleh pasukan ahli arkeologi dari USM diketuai oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Zuraina Majid.
- 20 Mac 1992: ditemui lukisan gua di Gua Badak, Lenggong, Perak. Pernah direkodkan oleh I.H.N.Evans pada 1920'an, ianya telah hilang akibat aktiviti kuari sebelum dikesan semula pada 1992.
- 1993:
- Kapal Diana milik British ditemui bersama muatan kargo seberat 11 tan. Kapal tersebut karam diperairan Tanjung Bidara, Melaka pada 5 Mac 1817.
- Kapal Perancis La Paix tenggelam pada 28 November 1895 di Beting Bambek, Tanjung Tuan, Port Dickson.
- Kapal-kapal Nassau, Dom Duarte de Guerta, Middleburg dan Sao Salvador ditemui di Tanjung Tuan, Port Dickson oleh Transea Sdn Bhd. Kapal Perang Belanda tenggelam pada 18 Ogos 1606 dalam Pertampuran dengan Kapal Portugis dalam "Battle of Cape Rachado".
- 1994: Penemuan beberapa tengkorak di Bukit Tengkorak di Semporna, Sabah.Bukit Tengkorak dikenal pasti sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik sekitar 3,000 tahun dahulu.
- 1995:
- Muzium Negara, University Oxford dan Transea Sdn Bhd menemui bangkai kapal Nassau yang tenggelam 5 km dari pantai Port Dickson, dipercayai karam 389 tahun yang lalu. Kapal milik Belanda ini tenggelam dalam pertempuran dengan Portugis di luar pantai Melaka dalam "Battle of Cape Rachado". Turut tenggelam ialah sebuah lagi kapal Belanda iaitu "Middleburg" dan 2 buah kapal Portugis iaitu "Don Duarte de Guerra's Galleon" dan "San Salvador".
- Kapal Nanyang milik China ditemui di perairan Johor dan dipercayai tenggelam pada tahun 1380 M.
- Kapal Royal Nanhai ditemui 40 batu nautika dari pantai Kuantan, dipercayai tenggelam pada 1460M.
- Gendang Gangsa ditemui di Tapak Pengkebumian di Bukit Timbang Dayang, Pulau Bangi, Kudat, Sabah.
- 1996:
- Kapal Longquan yang tenggelam pada tahun 1400M ditemui sekitar 23 Batu Nautika dari Pantai Timur.
- Kapal Xuande karam pada 1540M ditemui 34 batu nautika dari pantai.
- Perahu Sagor ditemui oleh para penyelidik dari Universiti Malaya di Balin, Kedah. Dipercayai digunakan sekitar abad ke-19 Masihi.
- Bangkai kapal Ranee ditemui pada Mac 1996 di Sedili, Kota Tinggi, Johor, Dipercayai karam pada 15 Mac 1923.
- 11 Mei - Gendang Gangsa ditemui di Jertih, Terengganu oleh penduduk kampung disebuah kawasan perkuburan Sungai Mati kira-kira 2 km dari Bandar Jertih.
- Gendang Gangsa ditemui di tebing Sungai Sedu, Kuala Langar, Selangor oleh pekerja-pekerja pembuat Bata.
- Perahu Sagor ditemui di Baling, Kedah oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya. 3 buah perahu dijumpai di 3 tempat yang berbeza iaitu di Kg.Sungai Bemban, Kg. Sungai Ketil dan Kg.Padang Pulai.Dipercayai digunakan sekitar abad ke 19 Masihi.
- 1998: Kapal Turiang dari China tenggelam pada tahun 1370M ditemui di perairan Johor.
- 2001:
- Kapal Desaru yang karam pada tahun 1830M ditemui pada kedalaman 20 meter dari paras laut berdekatan Mersing, Johor.
- Kapal Singtai karam sekitar 1550M ditemui 12 Batu Nautika darim Pulau Redang, Terengganu.
- 2003:
- Bangkai Kapal karam di temui lebih kurang 400 meter dari Tanjung Simpang Mengayau di Kudat, Sabah. Nama kapal tidak dikenal pasti.
- Bangkai Kapal Jade Dragon dipercayai kapal dari Dinasti Song di China ditemui di Tanjung Simpang Mengayau.
- ditemuai tapak arkeologi di Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah.
- 2004:
- Kapal Wanli, kapal Portugis dipercayai karam pada 1625 M ditemui berhampiran pantai Dungun,Terengganu.
- Perak Woman ditemui di Gua Teluk Kelawar, Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak. Usia dianggarkan sekitar 8,000 tahun (Zaman Neolitik).
- 2005: Tapak Klang Kio atau Ganggayu ditemui di Ulu Tiram, Johor. Laporan penemuan dibuat oleh Raimy Che Ross, seorang penyelidik bebas dalam bidang manuskrip lama. Nama Klang Kio disebut di dalam Sulalatus Salatin.
- 2007:
- Penyelidik USM menemui 8 rangka manusia pra-sejarah di Gua Lobang Kain Hitam, Sarawak dipercayai berusia 2,000 tahun (Prof.Madya Stephen Chia).
- Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah ditemui oleh pasukan Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM diketua oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Mokhtar Saidin.
- 2009 : Rangka manusia purba ditemui di Gua Bewah,Tasik Kenyir di Terengganu, dipercayai berusia 16,000 tahun, lebih tua dari Perak Man.
- 2010: Penemuan rangka manusia pra-sejarah di Gua Bewah, yang terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Dianggarkan berusia 8,000 hingga 11,000 tahun, namun ujian radiokarbon mengesahkan rangka ini berusia sekitar 13,400 tahun, berkemungkinan besar adalah seorang remaja perempuan.
- 2012 : Perahu Bidong ditemui oleh Nelayan lebih kurang 2 batu nautika dari Pulau Bidong, Terengganu.
- 2014:
- ditemui fossil dinosaur Spinosaurids di Tasik Bera, Pahang. Fosil dinosaur pertama yang ditemui di Malaysia.
- ditemui juga fossil dinosaur jenis Ornithischians di Pahang.
- November - penemuan fosil Iguanodontian, Theropod dan Sauropod di Gunung Gagau, Hulu Terengganu.
- 2016: Kapal SS Amherst ditemui di Pekan,Pahang. Dipercayai tenggelam pada tahun 1901.
- April 2017 : Penemuan rangka manusia purba berusia 5,000 ke 6,000 tahun di Gua Kepah, Pulau Pinang dipercayai wanita (Penang Woman), berasal dari zaman Mesolitik. Team PPAG dari USM diketuai oleh Prof.Datuk Dr. Mokhtar Saidin.
- 2018: sekumpulan penyelidik daripada UKM dan Jabatan Warisan Negara menemui rangka manusia prasejarah dipercayai remaja perempuan berusia antara 6,000 hingga 8,000 di Gua Cawan di Lembah Nenggiri, Hulu Kelantan.
- 2020:
- Penyelidik Universiti Malaysia Kelantan menemui 7-10 kesan tapak kaki di Batu Pasir Kuarsa di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Dipercayai dari spesis Sauropod dan spesis Compsognathus.
- Penemuan fosil Stegodon, spesis Gajah Purba ditemui di Gopeng, Perak.
- Penemuan artifak Prasejarah di kawasan Gua di Gunung Pulai, Baling Kedah, dianggarkan berusia 17,000 tahun (Zaman Paleolitik).
- Januari 2021: Kapal karam Kuala Lipis muncul selepas banjir.Nama syarikatditemui tertulis "Vivian & Sons" dan tahun 1824.
- November 2022: Penemuan rangka manusia lengkap dianggarkan berusia antara 14,000 hingga 16,000 tahun di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri, Kelantan, kewujudan masyarakat zaman Mesolitik di Malaysia. Rangka ini digelar Mek Keledung.
- 2023: penemuan Candi di Bukit Choras, Yan,Kedah oleh pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Globl (PPAG), USM. Dua arca Buddha ditemui disamping Batu Bertulis tulisan Pallava abad ke 8 Masihi.
- 2024: Ahli arkeologi USM menemui 2 arca Buddha berukuran manusia berusia sekitar abad ke-7 hingga 8 Masihi. Arca Buddha ini lebih tua dari Angkor Wat dan Borobudur.
- 2025:
- Jun - Penemuan Struktur Bastion Hendrica Louisa di Bukit Melaka (dulu Bukit St. Paul). Ditemui di sekitar Taman Larangan dilereng bukit tersebut.
- Oktober - Penemuan Kapal Karam Pulau Melaka dianggarkan berusia 800-1,200 tahun dahulu. Pertama kali dikesan pada akhir tahun 2020 oleh penyelidik bebas yang diketuai oleh Dr. Dionysius Sharma.
Rujukan:
- Zulheimy Maamor : Nota Ilmu: Arkeologi di Malaysia > Penemuan artifak, Prasasti, Candi-candi dsb.
- Ian Glover : Southeast Asia from Prehistory to History.
- Abu Talib Ahmad : Museums, History and Culture in Malaysia.
- Arkeologi Maritim: Kapal Karam di Semenanjung Malaysia > Zainuddin Baco, Baszley Bee Basrah bee & Stephen Chia.
- Khazanah Kapal Karam : Nor 'Asykin Mat Hayin, Harian Metro
- Penyelidikan Arkeologi Bawah Air di Semenanjung Malaysia (1902-2015) - Zainuddin Baco & Stephen Chia.
- Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional - Abdul Rahman Haji Abdullah:Penerbitan Pena Sdn Bhd, 1989.
- Zamir Mohyedin : Penemuan Rangka Berusia 14,000 tahun di Kelantan.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
19 Mac 2026: 5.34 a.m
No comments:
Post a Comment