Sunday, 9 October 2022

NOTA : Arkeologi > Penemuan artifak, Prasasti, Candi-Candi dsb.

Susunan : Haji Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, Kuala Lumpur

Batu Bersurat Terengganu : Bertarikh 1303M, mengandungi 4 muka dan ditulis dengan huruf Jawi. Tercatat Perundangan Islam tentang Hukum Zina dan Pinjaman. Ditemui di Kg.Buluh, Kuala Berang, Terengganu tahun 1887. 

Bidong shipwreck : Tapak Kapal Karam Bidong > terletak 2 batu nautika dari Pulau Bidong. Survey awal ke atas tapak ini dilakukan pada 2015 oleh sekumpulan penyelidik dari UKM, UMT, UniSZA dengan kerjasama nelayan tempatan. Beberapa artifak ditemui hasil kajian tersebut. 

Borobudur : Candi Buddha di Jawa Tengah, Indonesia dalam bentuk stupa dibina pada abad ke-9 Masehi. Dibina oleh keluarga Dinasti Sailendra

Bukit Bunuh : Lembah Lenggong, Hulu, Perak > ditemui penempatan terawal di Malaysia lebih kurang 1.83 juta tahun dahulu

Bukit Seguntang : di Palembang, Indonesia > Terkenal dalam sastera klasik Melayu sebagai tempat persetiaan diantara Sangsapurba dan Demang Lebar Daun. Disini ditemui arca Buddha abad ke 5-6 Masehi dan juga dikumpai Inskripsi Kedukan Bukit bertarikh 683 M. 

Bukit Tengkorak : di Semporna, Sabah > Tapak Arkeologi terbuka dan merupakan tapak zaman Neolitik

Butuan : di Cebu, Filipina > dijumpai rangka kapal yang sama bentuk dengan kapal yang terukir di Candi Borobudur. 

Candi Lembah Bujang : di Merbok, Kedah > terdapat 2 fasa iaitu Candi Buddha (abad 5-10M) dan Candi Hindu (Abad 11-12M). 

Candi Muara Jambi : di Jambi, Indonesia > candi Agama Buddha. 

Candi Muara Takus : di Jambi, Indonesia > Candi agama Buddha dalam bentuk stupa bertarikh antara abad 11-12 Masihi. Penemuan ini menarik perhatian Slamet Muljano yang berpendapat Srivijaya terletak di kawasan tersebut.

Candi Prambanan : di Jawa Tengah, Indonesia > candi Hindu-Jawa yang dibina oleh keluarga Raja Sailendra yang beragama Hindu. Dipercayai dibina abad ke-9 Masihi. 

Desaru Shipwreck (1845) : kapal dagangan China dipercayai tenggelam akibat serangan lanun pada 1845. Bangkai kapal ini ditemui pada Mei 2001 kira-kira 2 batu nautika dari pantai Desaru, Johor. 

Diana shipwreck (1817) : Kapal Diana adalah kapal dagang milik Syarikat John Palmer dipercayai tenggelam pada tahun 1817 di peraiaran Selat Melaka dan ditemui berhampiran Pelantar Minyak PETRONAS pada 21 Disember 1993 oleh Malaysia Historical Salvors (MHS). 

Gendang Gangsa Kg. Batu Buruk: ditemui pada tahun 1964 di Kg. Batu Buruk, Kuala Terengganu bersama-sama dengan Gendang Gangsa Kg. Batu Buruk 1 & 2.

Gendang Gangsa Kg. Batu Pasir Garam : ditemui di Kg. Batu Pasir Garam, Sungai Tembeling,Pahang pada Disember 1926 (W.Linehan).

Gendang Gangsa Kg. Bukit Kuda: ditemui pada 1944 di Kg.Bukit Kuda,Kelang, Selangor ketika kerja-kerja pembinaan diwaktu zaman Jepun. (Leong Sau Heng,1988). 

Gendang Gangsa Kg. Gaung  : ditemui pada 11 Mei  1996 di Jertih, Terengganu oleh penduduk kampung disebuah kawasan perkuburan ditebing Sungai Mati  kira-kira 2 km dari Bandar Jertih. 

Gendang Gangsa Kg. Sungai Lang I dan II : ditemui pada tahun 1964 di Kg. Sungai Lang, Kuala Langat, Selangor. 

Gendang Gangsa Kg. Sungai Sedu : ditemui pada tahun 1996 ditebing Sungai Sedu, Kuala Langat,Selangor oleh pekerja-pekerja pembuat Bata. 

Gendang Gangsa Timbang Dayang : ditemui di Tapak Pengkebumian di Bukit Timbang Dayang, Pulau Bangi, Kudat , Sabah pada tahun 1995. Satu-satunya Gendang Gangsa yang mewakili Malaysia Timur. 

Gua Badak: Lenggong, Hulu Perak > gua ini pernah diduduki oleh manusia zaman Neolitik. Gua Badak terletak diformasi Bukit kapur Gua Badak. Apa yang menarik ialah terdapat lukisan gua yang dilukis dengan arang dan juga digores oleh masyarakat Negrito yang mendiami gua ini. I.H.N Evans telah melaporkan penemuan lukisan ini dalam tahun 1924. Selain itu Callenfels dan Evans telah membuat ekskavasi dalam tahun 1926 dan menemukan tembikar serta alat batu bergilap zaman Neolitik. Sebahagian gua ini telah musnah akibat kerja-kerja kuari pada awal tahun 1980.

Gua Bewah :  di Tasik Kenyir, Ulu Terengganu > ditemui rangka manusia yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu zaman Hoabinhian. Tarikhnya sekitar 16,000 S.M.

Gua Cha  : di Ulu Kelantan > Tapak yang diekskavasi oleh G de G Sieveking pada tahun 1953. Tujuan ekskavasi ini adalah untuk menyokong Teori R.H.Geldern bahawa manusia yang menjadi penduduk alam Melayu datang dari Utara dan berhijrah ke Selatan dalam Zaman Neolitik.   

Gua Chawan : di Lembah Nenggiri, Kelantan > ditemui rangka remaja wanita yang dianggarkan berusia 6000 - 8000 tahun. 

Gua Gunung Runtuh : Ulu Jepai, Lenggong, Perak > ditemui Perak Man yang dikebumikan antara 10,000 - 11,000 tahun dahulu. Satu-Satunya manusia Prasejarah yang diketahui mempunyai kecacatan sejak lahir. 

Gua Harimau : di Lenggong, Perak > Ekskavasi tahun 1987, 1988 dan 1999 telah menemukan tapak pengkebumian manusia berusia 2,000 - 5,000 tahun dahulu - bukti pengkebumian zaman Neolitik

Gua Kajang : terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong,Perak > Gua yang pertama dijalankan ekskavasi di negara ini iaitu pada tahun 1917 oleh I.H.N Evans > ditemui pecahan tembikar, alat batu, sisa makanan dan rangka manusia. Kajian mendapati gua ini telah dihuni sejak 11,000 hingga 5,000 tahun dahulu. Kawasan yang melibatkan pengkebumian budaya Paleolitik dan Neolitik. 

Gua Kecil : di Pahang > penyelidikan arkeologi yang dijalankan oleh F.L. Dunn mengesahkan wujud kesinambungan dari zaman Hoabhinhian ke Neolitik berdasarkan pemerhatian Stratigrafi di Gua Kecil dan menolak Teori Heine Geldern

Gua Lobang Kain Hitam : Banjaran Gunung Subis, pada formasi yang sama dengan Gua Niah di Sarawak. Ditemui 6 rangka manusia (1 perempuan & 5 lelaki) berusia 2,000 tahun oleh Pengkaji dari USM pada 2007. 

Gua Madai  : di Sabah > Tapak arkeologi zaman Prasejarah, dipercayai wujud sejak zaman Hoabinhian lagi.

Gua Mulu : di Sarawak > Terdapat warisan sejak zaman Mesolitik

Gua Niah : di Sarawak > Tapak arkeologi paling tua di Malaysia kerana warisannya terdiri kebudayaan zaman Paleolitik akhir. Di Gua Niah ditemui tengkorak kanak-kanak Homo Sapien Sapien oleh Tom Harrison pada 1954. Istilah 'Paleolitik' dan 'Neolitik' dicipta oleh Sir John Lubbock (1834-1913). 

Gua Tambun : Ipoh, Perak > lukisan gua ditemui secara tidak sengaja oleh seorang pegawai Tentera British Lt. R.L. Rawlings pada tahun 1959 ketika menjalan tugas rondaan di zaman Darurat. Lukisan ini dianggarkan berusia 3,000 tahun. 

Guar Kepah : Kepala Batas, Pulau Pinang > galian pertama oleh pegawai British  G.W. Earl pada tahun 1850 menemui 27 tulang manusia yang kini disimpan di Muzium Belanda. Ekskavasi pada 1934-35 dilakukan oleh Van Stein Callenfels menemui bukti-bukti kehidupan orang Asli suku Semang. Pada 2017, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin bersama team PPAG USM menemui tengkorak manusia dan tulang rusuk dari zaman Neolitik yang berusia kira-kira 5,000 tahun. Tengkorak Penang Woman yang berusia 5,000 tahun juga ditemui pada 2017. 

Kota Tampan :  di Grik, Perak : carigali bermula pada 1938> Ekskavasi H.D. Coolings (1938), Ann Sieveking (1958) & Zurina Majid (1987) > kebudayaan Paleolitik pertama di Malaysia

Kuala Selinsing : di Taiping, Perak > Penempatan manusia awal protosejarah sekitar 2,000 tahun dahulu.

Longquan Shipwreck (1380) : Tapak Longquan merupakan tapak kapal karam China zaman Dinasti Ming (1369-1644) yang terbesar ditemui di Semenanjung Malaysia. Ditemui 23 batu nautika dari pantai Terengganu pada 1996. 

Nanyang Shipwreck (1380) : Tapak Nanyang > kapal yang mempunyai rekabentuk seperti 'Junk' China. Ditemui pada tahun 1995 hasil dari Survey yang dilakukan oleh Sverker Hallstrom menerusi maklumat yang dikumpulkan oleh Sten Sjostrand. 

Nassau shipwreck (1606) :  Nassau adalah kapal perang milik Belanda yang karam pada 18 Ogos 1606 di Tanjung Tuan (Cape Rachado). Kerja Salvaj Arkeologi dan ekskavasi dilakukan oleh Syarikat Transea Sdn Bhd dengan kerjasama dari Oxford University MARE, UKM dan JMA dari 6 Ogos 1995 sehingga 9 Disember 1995. Ditemui 5,000 artifak seperti kelengkapan perang, wang syiling, tali, tong kayu dsb. 

Patung Avalokitesvara : Pada tahun 1936, ditemui sebuah patung jenis Avalokitesvara di Bidor, Perak. Hasil kajian mendapati patung ini adalah patung Buddha dizaman Gupta di India yang wujud kurun ke 5-6 Masihi. Penemuan ini membuktikan kewujudan Kerajaan Melayu Gangga Negara. 

Perahu Kulit Kayu Rompin :  Penemuan Perahu Kulit Kayu di Ulu Rompin adalah penemuan pertama tapak kapal karam di Malaysia (Abbot, 1907 , 109-110). 

Perahu Pontian
: ditemui di Kuala Pontian oleh I.H.N. Evans pada tahun 1927, dianggarkan berusia 3-5 Masihi. Perahu jenis sama juga ditemui di Butuan, Mindanao, Filipina dan Khuan Luk Phat di Selatan Thailand. Kajian ke atas perahu ini dilakukan oleh Gibson-Hill pada tahun 1952. Berdasarkan pentarikhan radio-karbon, perahu ini digunakan sekitar 60-293M. (Gibson-Hill, 1952)

Perahu Pulau Kelumpang : ditemui di Pulau Kelumpang, Perak oleh Sieveking pada tahun 1955. Perahu ini dipercayai wujud sekitar 200 - 1000 SM. (Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi, 2012). 

Perahu Sagor : Baling,Kedah > ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya pada tahun 1996. 3 buah perahu dijumpai di 3 tempat yang berbeza iaitu di Kg. Sungai Bemban, Kg. Sungai Ketil dan Kg. Padang Pulai. Dipercayai digunakan sekitar abad ke 19 Masihi. 

Perahu Sungai Lang : ditemui pada tahun 1964 oleh sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Muzium dan Antikuiti dengan kerjasama Universiti Malaya. Analisis pentarikhan radiokarbon telah memberikan pentarikhan sekitar 580 - 190 SM. (Mohd Rohaizat, Nik Hassan Shuhaimi dan Zuliskandar Ramli, 2015: 144-150). 

Perahu Twankoo : Pada tahun 1953, Gibson Hill dan Sieveking telah mengkaji 2 buah perahu di Tebing Sungai Johor. Diandaikan bahawa Perahu itu adalah perahu orang Melayu berusia selewat-lewatnya abad ke 16 Masihi. Didapati ianya adalah perahu China jenis Twankoo. (Sieveking, Paul dan Gibson-Hill, 1954:224 -233)

Prasasti Batu : di Desa Dakuwu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia > Rekod terawal kemunculan keris di alam Melayu pada abad ke 5 Masihi. 

Prasasti Buddhagupta : di Seberang Perai, P.Pinang > membuktikan Kerajaan Chih-tu benar-benar wujud sekitar abad ke 4-5 Masehi. Ditulis dalam huruf Pallava (400-500M) dan diterjemahkan oleh J.Laidlay pada tahun 1848. Kandungannya adalah ajaran Buddha dan pelayaran Nakhoda kapal bernama Buddhagupta dari Chih-tu. 

Prasasti Dong Yen Chau : di Teluk Tourane, Selatan Vietnam > bertulisan Pallava, rekod bertulis awal bahasa Melayu pada abad ke 4 Masehi melalui tamadun Melayu Champa

Prasasti Grahi : Di Thailand > ditulis dalam bahasa Khmer - kisah Raja Melayu dari Kerajaan Dharmasraya. 

Prasasti Han Cey : di Kemboja > bertarikh abad ke 6 Masehi dipahat oleh Bhavavarman II Raja Chenla. Terdapat ayat "Mala Malayu iva Malayam Raja" iaitu Raja Mala dari Negeri Melayu. 

Prasasti Kedukan Bukit : di Sumatera, Indonesia > dokumen fisikal tertua merekodkan bahasa Melayu kuno. Ditemui oleh Pegawai Belanda M.Batenburg di Kg.Kedukan Bukit di Sumatera. Didalam prasasti ini tercatat Srivijaya yang memerintah Kedah .

Prasasti Kepingan Leiden Besar: ditulis dalam bahasa Sanskrit pada kurun ke 11 Masehi. Pemerintah Srivijaya disebut sebagai 'Srivisayadhipatina Katahadhipatyam' yang bermaksud 'Pemerintah Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah

Prasasti Laguna Copperplate : di Laguna de Bay, Manila > ditemui pada tahun 1989 menunjukkan tarikh yang tertera 822 Saka atau 21 April 900M menggunakan bahasa Melayu kuno

Prasasti Matari Singa Jaya Himat : Palembang,Indonesia > Prasasti yang diperbuat daripada tembaga menggunakan tulisan rencong dan diperkirakan berusia sekitar abad ke 13 hingga 15M.

Prasasti Padang Roco : ditemukan di Padang Roco, Siguntur, negeri Dharmasraya, Sumatera Barat pada 1911 bertarikh 1286M, istilah "Bhumi Malayu" merujuk kepada Pulau Sumatera.

Prasasti Sojamerto : Jawa Tengah: mengandungi nama pengasas Dinasti paling agung Asia Tenggara iaitu Dapunta Sailendra dan nama keluarganya ditulis dalam bahasa Melayu kuno, bertulisan Kawi ditemui di daerah Batang, Jawa Tengah, Indonesia.

Prasasti Sungai Mas: menyebut tentang Raktamrttika (Bahasa Sanskrit) yang bermaksud Tanah Merah telah menyumbang kepada kepada kajian sejarah lampau Kerajaan Ch'ih Tu.

Prasasti Talang Tuwo : ditemui pada 1920 oleh di Palembang,Indonesia oleh Louis C. Westenenk > mencatatkan tarikh "tahun Saka pada hari kedua bulan terang Chaitra" yang bersamaan dengan 23 Mac 684 M. Prasasti ini menyebut nama seorang Raja bernama Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang dianggap pengasas Kerajaan Srivijaya abad ke-7 Masihi.

Pulau Kalumpang : di Matang, Perak > ditemui tengkorak manusia purba pada May 1924 oleh B.W.F Barnard. Penyelidikan arkeologi pertama dijalankan pada tahun 1932 oleh I.H.N Evans. 

Pulau Banka : Dijumpai candi agama Vishnu dan arca Vishnu. Juga ditemui inskripsi yang menyebut tentang ekspidisi Srivijaya ke Jawa. 

Ranee Shipwreck (1923) : Kapal keluli milik Jerman karam pada 14 Mac 1923 akibat pelanggaran dengan Kapal Boribat di Perairan Sedeli, Johor. 

Risdam Shipwreck (1727) : Risdam adalah kapal dagang milik Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dipercayai karam pada 1 Januari 1727 diperairan Mersing, Johor. Ditemui pada 24 April 1984 oleh rakyat Singapura. 

Royal Nanhai Shipwreck (1460)  : Tapak Royal Nanhai ditemui pada Februari 1995 dan berada 40 batu Nautika di Timur dari Pantai Terengganu. Dipercayai kapal ini karam sekitar tahun 1420-1450M . Usianya berdasarkan analisis radiokarbon ialah dalam anggaran 1370-1470. Selain artifak berbentuk seramik,pinggan mangkuk dsb yang berjumlah 21,000 ditemui juga 2 buah meriam Portugis era 1440. 

Sungai Bewak, Hulu Terengganu: Barang-barang purba ditemui oleh H.D. Noone pada 1956 seperti tembikar, mangkuk dan kapak-kapak. 

Sungai Langat, Kg. Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor:  Artifak Pra-Sejarah dan Proto-Sejarah ditemui di Tebing Sungai Langat. Tarikh Tapak: 2640 + 100 SM

Singtai shipwreck (1550) :  Tapak Kapal Karam Singtai ditemui pada April 2001 berada 12 bat Nautika dari Pulau Redang. Dipercayai kapal dari China yang tenggelam pada 1550M. 

Tanjung Simpang Mengayau shipwreck (960-1126) : Penyelidikan arkeologi mendapati kapal karam ini adalah kapal karam tertua di Malaysia. Kapal yang dikatakan sarat dengan muatan barang dagangan Dinasti Song (960-1279) tenggelam akibat terlanggar batu karang  kiran 1 batu nautika daripada pantai Tanjung Simpang Mengayau , Kudat, Sabah. 

Turiang shipwreck (1370) : Tapak Turiang adalah tapak kapal karam yang tertua ditemui di Semenanjung Melaka, dipercayai karam sekitar 1370M. Ditemui pada Mei 1998 dan berada di Selat Johor, diandaikan kapal ini digunakan semasa akhir Dinasti Yuan (1280-1368) atau awal Dinasti Ming (1368-1644). 

Wanli shipwreck (1630) : Tapak Kapal Karam Wanli ditemui 6 batu nautika daripada Tg. Jara,Terengganu pada 1 November 2003 hasil survey oleh Nanhai Marine Sdn Bhd dan JMA. Dipercayai kapal dagang milik Portugis yang karam akibat serangan Kapal Perang Belanda (Sjostrand  & Sharipah Lok Lok, 2007). 

Xuande shipwreck (1540) : Tapak Kapal Karam Xuande ditemui 39 batu nautika dari Pulau Tioman hasil survey yang dilakukan oleh Sten Sjonstrand pada 1996. Tidak terdapat struktur kapal yang ditemui namun lebih kurang 200 artifak ditemui antaranya seramik dan 2 buah meriam Portugis.  

Rujukan:
  1. Ian Glover : Southeast Asia from Prehistory to History
  2. Abu Talib Ahmad : Museums, History and Culture in Malaysia
  3. Arkeologi Maritim: Kapal Karam di Semenanjung Malaysia > Zainuddin Baco, Baszley Bee Basrah bee & Stephen Chia. 
  4. Khazanah Kapal Karam : Nor 'Asykin Mat Hayin, Harian Metro
  5. Penyelidikan Arkeologi Bawah Air di Semenanjung Malaysia (1902-2015) - Zainuddin Baco & Stephen Chia.
  6. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional - Abdul Rahman Haji Abdullah:Penerbitan Pena Sdn Bhd, 1989.



Hj. Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
7 Oktober 2022 : 10.05 pm