Wednesday, 18 March 2026

JAHIL MURAKKAB DAN BBNU


Pernah dengar tak Jahil Murakkab?
Ini jenis jahil yang berganda atau bersusun...
Maksudnya....Orang yang jahil itu tidak sedar bahawa dia seorang yang jahil.
Berbeza dengan Jahil Basith, iaitu orang jahil tapi dia sedar dia seorang yang jahil....
Bagi saya, mungkin tergolong jahil basith, namun jangan salah faham, bagi orang kita bila kita sebut "Jahil" mereka akan ingat kita bodoh.....
'JAHIL' dan 'BODOH' tidak sama.....
JAHIL ialah ketiadaan ilmu atau kurang ilmu.... orang yang ada IQ tinggi pun adakalanya dia jahil juga....
Contoh seorang pakar Matematik, tapi dia jahil dalam ilmu Memasak.... Seorang Jurutera dia mungkin jahil dalam ilmu Agama, tapi bukan bermakna dia bodoh, cuma dia kurang ilmu dalam bidang itu....
Tetapi kena ingat, JAHIL dalam Islam berkait juga dengan Sikap, sebab itu ada istilah "JAHILIYAH".... sebab itu kita selalu dengan orang kita sebut "itu zaman Jahiliyah aku dulu".... ertinya dalam Islam Jahil itu juga bermaksud seseorang yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran, walaupun dia sebenarnya bijak.... ada orang yang bijak pandai tapi jahil dalam hukum Agama.... yang paling bahaya ialah Pemerintah yang jahil dalam hukum Agama... tapi bercakap mengalahkan Ulama yang hafal malah dah mengarang berpuluh malah beratus kitab Agama.... sedang dia satu kitab pun tak tertulis....
Ini Jahil yang bahaya.... iaitu Jahil Murakkab..... jahil yang paling keji... orang yang jahil murakkab ini marah dan tidak suka dikatakan jahil kerana baginya dia adalah seorang yang tahu dan lebih parah lagi ialah orang jahil yang merasakan dirinya lebih tahu daripada para ulamak. Apa yang orang lain cakap semua tidak betul bagi dia... hanya dia yang betul dalam serba serbi...
Jauh beza dengan Jahil Basith... orang yang jahil basith ini tidak marah bila dikatakan sebagai jahil kerana dia sedar itulah hakikat dirinya yang sedar dirinya itu jahil, apabila berhadapan dengan ulamak atau orang yang lebih tahu daripadanya maka dia akan menghormatinya kerana dia sedar bahawa dirinya ialah orang jahil dan meyakini ulamak dan orang tersebut lebih tahu daripada dirinya.
.......a person with Jahil Basit (simple ignorance) is like a student waiting for a teacher, someone with Jahil Murakkab is like a person who thinks they are the teacher while holding a blank book.

Kalau di zaman internet sekarang ini, sering kita dengar BBNU digunakan.... iaitu "Budak Baru Nak Up"... ini bahasa slanga internet merujuk kepada golongan yang Suka dan Ingin menonjol, golongan yang baru belajar sesuatu tetapi cara dan lagak seolah-olah pakar... seperti mana dulu Kes MH370 dahulu..... maka tatkala itu muncullah ramai pakar-pakar Aeronautik, walaupun hakikat sebenar mereka tak pernah belajar pun ilmu Aeronautik.... inilah yang dikatakan Jahil Murakkab.... jahil tapi tak sedar mereka sebenarnya jahil....
Ciri-ciri BBNU ini lebih kurang sama dengan Jahil Murakkab iaitu Gila Glamour, Kejar Rating, Haus Perhatian, Mudah terikut-ikut, berlagak tahu dan cepat melatah (cepat "koyak" istilah orang sekarang)....
Boleh untuk mengikut peredaran zaman dan menggunakan media sosial, tetapi pastikan ilmu dan adab mendahului populariti. Jangan biarkan jumlah "Followers" di dunia digital membuatkan kita lupa siapa diri kita di dunia nyata.
"Ilmu itu ada tiga jengkal. Barangsiapa yang masuk ke jengkal pertama, dia akan sombong. Barangsiapa yang masuk ke jengkal kedua, dia akan tawaduk. Dan barangsiapa yang masuk ke jengkal ketiga, dia akan sedar bahawa dia tidak tahu apa-apa."
Ya Allah ya Tuhan ku......Semoga kami sentiasa berada dalam golongan yang merendah diri dengan ilmu.... kami mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima, dan jauhkan kami dari fitnah akhir zaman....Aamiin

18/3/2026 : 1.15 P.M

No comments: