Wednesday, 4 March 2026

IRAN DAN PARSI


Filem 300 Spartans , sebuah filem aksi epik sejarah Amerika Syarikat ditayangkan pada 2006. Ia mengisahkan 300 tentera Sparta menentang tentera Parsi dalam Pertempuran Thermopylae. Saya tidak menonton filem penuh hanya trailer di youtube.
Seperti kita maklum, filem adalah antara naratif propaganda Barat terutama Amerika Syarikat untuk memburukkan imej musuh musuh mereka di mata dunia..... seperti mana Nazi German mereka gambarkan dalam filem filem perang mereka, sebagai antara tentera terzalim di dunia sedangkan hakikatnya bukan semua tentera Jerman itu zalim..
Begitu jugalah perspektif mereka terhadap negara-negara Timur yang sering digambarkan sebagai ganas, barbarian dan tidak berperikemanusiaan.... seperti mana dalam filem 300 ini... dimana tentera Parsi atau Persia digambarkan berwajah pelik dan hodoh serta buas dan ganas....
Dalam filem jugalah melalui lensa stereotaip mereka menunjukan kononnya hanya negara Barat sahajalah simbol peradaban dunia manakalan negara Timur adalah negara Barbarian.... sedangkan hakikatnya peradaban dunia banyak berasal dari Negara Timur dan Asia....
Tentera Parsi dalam filem ini seolah-olah gambaran sebenarnya sejarah tentang Tamadun Parsi sedangkan Tamadun Parsi adalah antara tamadun paling maju pada zamannya di samping Empayar Rom, 2 gergasi dunia ketika zaman kegemilangannya yang akhirnya jatuh juga ke tangan orang Islam, Parsi jatuh ke tangan Islam pada zaman Saidina Uthman bin Affan, manakala Rom jatuh ke tangan Islam di zaman Sultan Muhammad Al Fateh dari Turki Uthmaniyyah...
Kalau kita peminat sejarah tentu ingat Empayar Achaemenid yang diasaskan oleh Cyrus The Great, empayar Parsi yang membina sistem pentadbiran yang teratur, rangkaian jalaraya dan sistem komunikasi terbaik di era itu.
Setelah kedatangan Islam, Parsi akhirnya menjadi salah satu pusat ilmuan paling penting dalam dunia Islam yang melahirkan ramai Ilmuan, Ulama Hadis dan cendekiawan Islam di zaman kegemilangannya antaranya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Abu Mansur al-Maturidi, Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Nasa’i, Imam al-Tirmizi, Imam al-Baihaqi, Imam Abu Daud, Imam al-Tabarani, Hujjat al-Islam Imam al-Ghazali dan sebagainya. Kesemua tokoh-tokoh ini merupakan tokoh-tokoh ASWJ yang berbangsa Parsi. Tidak kurang juga melahirkan para saintis terkemuka seperti Al-Khwarizmi, pelopor Algebra dan Algorithm, Ibn Sina (Avicenna), Bapa Perubatan Moden, Al-Biruni dan ramailah kalau nak disebut.
Malah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang cukup terkenal iaitu Salman Al Farisi adalah orang Parsi....
Rasulullah s.a.w pernah memuji Salman Al-Farisi dan kaumnya orang Parsi dalam sebuah hadis.... namun orang Parsi yang dipuji baginda itu adalah orang Parsi pada zaman itu yang memeluk agama Islam... bukanlah orang Parsi (Iran) sekarang ini.... yang majoritinya berfahaman Syiah....
Bangsa yang digambarkan oleh Media Barat dalam filem mereka ini sebagai bangsa Barbarian yang buas dan ganas, hakikat sebenar adalah bangsa yang bertamadun yang telah melahirkan ramai tokoh tokoh ilmuan Agama dan para saintis yang paling berpengaruh dalam tamadun dunia.
Watak watak pelik dan hodoh tentera Parsi dalam filem ini tidak menggambarkan hakikat sebenarnya orang Parsi yang mungkin tidak ramai yang tahu adalah Orang Iran sekarang ini.... yang mana nama Parsi diguna secara meluas di Barat sehingga tahun 1935 apabila Shah Reza Pahlavi menggunakan nama Iran sebagai nama rasmi negaranya... sehingga akhirnya tenggelamlah nama Parsi yang begitu gah di dunia sebelum itu......
Adakah orang Iran seperti dalam filem 300 itu.... orang Iran hari ini yang kita lihat lelakinya kacak kacak dan Macho manakala wanitanya adalah tergolong antara wanita tercantik dunia....
Dulu pernah tersebar seorang kanak-kanak perempuan dari Iran bernama Mahdis Mohammad yang pernah digelarkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia...
*** tak dinafikan wanita Melayu juga terkategori antara wanita tercantik di dunia...
Cuma sekarang ini, bila sebut Iran, ramai takut nak sokong kerana takut dilabel sebagai Syiah....
Hakikatnya, kezaliman tetap kezaliman. Yang mati itu manusia, bukan Syiah atau Sunni. Yang hancur itu rumah, bukan ideologi.
Kemanusiaan tak pernah perlukan passport mazhab!
Lagipun Iran serang Amerika dan Israel bukan sebab membela nasib Palestin...... cuma kita tabik keberanian mereka serang negara kedua -dua pemimpin syaitan terbesar di dunia ini.... tak kisahlah mereka Syiah yang penting ......... kita tetap berpegang kepada ASWJ.....

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
4/3/2026: 8.44 p.m