Penemuan Mek Kaldung di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan pada November 2022, merupakan satu pencapaian besar bagi sejarah arkeologi negara. Ia bukan sekadar "artifak", tetapi merupakan rangka manusia lengkap yang memberi gambaran jelas tentang kehidupan zaman prasejarah di Semenanjung Malaysia.
Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Profesor Dr. Zuliskandar Ramli telah memulakan proses ekskavasi tersebut sejak September 2022.
Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai penemuan ini:
Dianggarkan berusia sekitar 14,000 tahun, menjadikannya lebih tua daripada Perak Man (yang berusia sekitar 10,000–11,000 tahun) dan Perak Woman (8000) yang ditemui di Lenggong, Perak.
Rangka ini dikenal pasti sebagai seorang wanita, yang kemudiannya diberi gelaran "Mek Kaldung" oleh komuniti setempat.
Ditemui dalam posisi melingkar (fetal position), menunjukkan amalan pengebumian yang sistematik pada zaman tersebut iaitu zaman Epipaleolitik / Hoabinhian.
Penemuan ini membuktikan bahawa Lembah Nenggiri telah didiami sejak zaman Pra-Neolitik dan merupakan tapak warisan yang sangat bernilai sebelum kawasan tersebut dibangunkan untuk projek hidroelektrik.
Ianya lebih lama dari Tempoh Ketamaddunan manusia iaitu al insan (Manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s.). Malah 14,000 tahun ini lebih lama dari lokasi penempatan manusia di atas muka bumi iaitu di Jericho, Palestine iaitu 10,000 tahun.
Allah SWT berfirman kepada malaikat: –
*”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Lalu, Allah menjawab persoalan itu dengan menyatakan: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 30).
Adakah rangka prasejarah 14000 tahun ini berkait dengan soalan/dialog Malaikat kepada Allah dalam surah Al Baqarah ayat 30.
Persoalannya adakah Wujud makhluk lain sebelum Adam a.s………Penemuan rangka-rangka ini di Lenggong, Gua Cha dan terkini iaitu di Lembah Nenggiri ini telah membuka sebuah penemuan yang lebih luas akan Mukjizat Al Quran. Untuk kita fikirkan.
Kalau rangka Mek Keldung ini berusia 14,000 tahun dan lebih tua dari Nabi Adam a.s., adakah dia manusia SAPIENS yang tidak berakal dan saling berbunuhan sesama sendiri sebagaimana yang dinyatakan oleh Malaikat itu.
Dalam ilmu Sains, Homo Sapiens moden telah wujud lebih 200,000 tahun. Beberapa pendapat umum menganggarkan Nabi Adam a.s hidup sekitar 6,000 hingga 10,000 tahun dahulu. Jika mengikut kaedah ini, rangka Mek Keldung berusia lebih tua dari Nabi Adam a.s.
Pendapat ramai ulama bahawa Al Quran dan Hadis tidak menetapkan tarikh khusus bila Nabi Adam a.s diciptakan.
Kesimpulannya, secara saintifik Mek Keledung adalah antara manusia tertua di Malaysia, namun kedudukannya berbanding Nabi Adam a.s. kekal sebagai perbincangan terbuka kerana ketiadaan tarikh rasmi dalam agama.
Sebagaimana Allah pupuskan makhluk-makhluk Dinosor yang lain, begitu juga Allah pupuskan Makhluk seperti manusia ini yang digelar SAPIEN supaya mereka tidak berevolusi sehinggalah Allah mencipta Khalifah yang mempunyai akal menggantikan tempat SAPIEN ini.
Allah lebih Mengetahui akan apa yang Malaikat tidak ketahui.
Persoalan sama ada wujud manusia sebelum Nabi Adam a.s. sering dibincangkan dari dua sudut utama: pandangan Islam (Agama) dan penemuan Sains (Arkeologi).
- Keresahan Malaikat: Berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 30, malaikat bertanya mengapa Allah ingin menciptakan khalifah yang akan "melakukan kerosakan dan menumpahkan darah". Sesetengah mufassirin (ahli tafsir) berpendapat ini kerana malaikat telah melihat makhluk terdahulu yang berkelakuan sedemikian.
- Makhluk Al-Hin dan Al-Bin: Sesetengah riwayat menyebut tentang kewujudan makhluk berakal seperti Al-Hin dan Al-Bin (dari golongan jin atau spesies lain) yang mendiami bumi sebelum manusia, namun kesahihan riwayat-riwayat ini sering diperdebatkan oleh para ulama.
- Beza 'Basyar' dan 'Insan': Ada teori kontemporari yang membezakan antara Basyar (makhluk fizikal menyerupai manusia yang hidup mengikut naluri) dan Insan/Adam (manusia yang diberi akal, syariat, dan tanggungjawab sebagai khalifah).
- Spesies Purba: Penemuan rangka seperti Homo Sapiens (sekitar 300,000 tahun dahulu), serta manusia Peking dan manusia Jawa, membuktikan adanya hidupan menyerupai manusia dalam garis masa sejarah bumi yang sangat lama.
- Zaman Batu: Bukti arkeologi menunjukkan tamadun awal manusia telah wujud jauh sebelum tarikh yang sering dikaitkan dengan sejarah bertulis manusia moden.