Monday, 23 March 2026

TRADISI ASTRONOMI UMAT ISLAM DARI TAMADUN BARAT?

Oleh: Helmy Effendy II

Antara kesombongan segelintir bukan Islam dalam negara kita dalam mempertikaikan pencapaian umat Islam, ialah dengan mereka mereka menempelak, bahawa kenapa kita masih pakai teknologi Barat dalam urusan agama kita?
Nah ni nak bagitahu tradisi segala aparatus dan teknologi astronomi yang Sains Moden pegang, semuanya berakar kepada umat Islam. Dalam tradisi Islam, cerapan langit bukan benda asing. Sejak awal lagi, umat Islam sangat bergantung pada ilmu falak/astronomi untuk menentukan waktu solat, arah kiblat, takwim hijrah, musim haji, awal Ramadan dan Syawal. Sebab itu astronomi berkembang pesat dalam dunia Islam sebagai keperluan agama dan pentadbiran. Dari sini kau kena tahu dah bahawa Orang Islam bukan semata-mata “menumpang ilmu orang”, tetapi membina tradisi ilmu mereka sendiri.
Orang Islam boleh berbangga dengan nama-nama saintis mereka yang terlibat dalam bidang astronomi! Lihat sahaja nama-nama besar dalam sejarah astronomi Islam. Al-Battani memperhalusi pengiraan pergerakan matahari dan bulan dengan jauh lebih tepat berbanding warisan terdahulu. Al-Sufi menghasilkan katalog bintang yang penting dan memperbetulkan data lama. Al-Biruni menulis secara mendalam tentang bumi, longitud, latitud, dan fenomena langit dengan ketelitian luar biasa. Nasir al-Din al-Tusi pula membina tradisi matematik astronomi yang kemudian memberi kesan besar kepada perkembangan astronomi selepasnya. Ulugh Beg di Samarkand menghasilkan jadual bintang yang sangat maju untuk zamannya. Semua ini bukan pinggiran sejarah. Ini inti sejarah sains dunia.
Lebih penting lagi, dunia Islam membina balai cerap yang hebat jauh sebelum era moden. Balai cerap Maragha, Samarkand dan lain-lain menunjukkan umat Islam sudah lama menjadikan cerapan sistematik sebagai budaya ilmu. Mereka menghasilkan zij, iaitu jadual astronomi yang kompleks untuk pengiraan langit. Mereka juga memperhalusi penggunaan instrumen seperti astrolab, kuadran dan pelbagai alat cerapan. Maksudnya, tradisi melihat, mengukur dan mengira kedudukan objek langit itu memang sudah berakar dalam tamadun Islam. Jadi, apa yang kami orang Islam di Malaysia lakukan ialah menyambung tradisi nenek moyang kami jer.
Kalau nak sentuh soal teleskop pula, ya, teleskop optik dalam bentuk yang kita kenal hari ini muncul di Eropah awal moden. Tetapi itu tidak bermaksud asas ilmunya tiba-tiba jatuh dari langit tanpa sumbangan tamadun lain. Bidang optik sendiri menerima sumbangan besar daripada sarjana Islam seperti Ibn al-Haytham, tokoh agung yang mengubah kefahaman manusia tentang cahaya, penglihatan, pembiasan dan kaedah pemerhatian. Karya beliau menjadi antara asas penting perkembangan optik kemudian. Maknanya, bila orang sebut teleskop, jangan sempitkan sejarah seolah-olah semuanya bermula dan berakhir di Barat sahaja.
Jadi, naratif yang lebih jujur ialah ini hasil tradisi ketamadunan umat Islam bukan menumpang buta pada “alat Barat”, tetapi meneruskan tradisi falak mereka sendiri dengan memanfaatkan teknologi semasa. Cerapan hilal hari ini ialah kesinambungan daripada warisan astronomi Islam yang panjang. Teleskop cuma sambungan moden kepada budaya melihat langit yang sudah hidup dalam peradaban Islam sejak berabad-abad.
Jadi, saya harap takdelah bukan Islam lain sebenak orang dalam gambar ni. Kalau sahabat bukan Islam, malahan saudara seagama Islam saya nak belajar pasal apa sumbangan Tamadun Islam pada dunia, bolehlah beli buku saya, ZAMAN KEEMASAN TAMADUN ISLAM, yang saya susun untuk anda faham betapa besarnya sumbangan tamadun Islam ini pada pautan di laman web kami: https://shorturl.at/RTzVC

C&P
9.44 p.m

No comments: