- Penemuan rangka kapal kayu gergasi berusia antara 800 hingga 900 tahun di Pulau Melaka mencatat sejarah dunia arkeologi negara apabila disahkan antara kapal tertua pernah ditemui di Malaysia, dipercayai milik seorang pembesar Kesultanan Melayu Melaka.
- Ujian pertarikhan saintifik terhadap sampel kayu kapal yang dihantar ke makmal Beta Analytic, Amerika Syarikat, menunjukkan usia struktur itu dianggarkan dari abad ke-13 Masihi, hampir menyamai catatan sejarah penubuhan Kesultanan Melayu Melaka kira-kira pada tahun 1262 Masihi.
- Struktur serta ukuran fizikal hampir menyamai kapal legenda Mendam Berahi, lambang keagungan empayar Melaka.
- Kapal ini dibina jauh lebih awal daripada kehadiran kuasa penjajah di rantau ini.
- Saiz kapal antara 50-70 meter panjang menjadikannya jauh lebih besar daripada kapal yang pernah ditemui sebelum ini seperti Pontian Boat di Pahang.
- Hasil pemeriksaan lanjut, kapal berkenaan dibina menggunakan kayu saga dan merbau, 2 spesis kayu tempatan yang banyak digunakan masyarakat maritim Nusantara, sekaligus menolak teori ia kapal asing atau penjajah.
- Bukti nyata kehebatan teknologi perkapalan Melaka pada zaman yang lampau.
- Turut ditemui di kawasan sama ialah duit syiling zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah serta serpihan porselin, yang dipercayai menjadi petunjuk bahawa kapal itu milik pembesar Kesultanan Melayu Melaka.
- Penemuan terbaharu ini turut memperkukuh teori bahawa Lembah Melaka sudah menjadi pelabuhan penting di Selat Melaka sebelum era Kesultanan Melayu Melaka.
MELAKA HARI INI
- Negara belum pernah menemui tinggalan kapal bersaiz besar dan bernilai tinggi seperti ini.
- Selepas kayu diuji dan disahkan kayu tempatan menggunakan kaedah metafizik, ia membuktikan kapal ini adalah kapal Melaka.
- Paling penting pentarikhan yang dijangka sekitar tahun 1262 dan ia sekali gus boleh mengaitkan Melaka memiliki sistem perkapalan yang maju dan hebat.
- Beratus-ratus syiling lama, tembikar berusia 500 tahun dipercayai digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kurun ke-15 ditemui di tapak Persisiran Tambak Kota Shahbandar Melaka. Dipercayai syiling zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511).
- Ditemui 30 kepingan kayu bersaiz kecil dan sederhana dipercayai rangka dan struktur kapal karam.
- Artifak lain yang ditemui adalah pecahan dan taburan seramik seperti tembikar dan porselin dari Dinasti Ming dan Qing, matawang Belanda jenis VOC dan mata wang Portugis. di Kota Shahbandar ditemui 27 unit berupa porselin, seramik, tempayan, pendayung dan celadon dipercayai dari Dinasti Song (960-1279).
Lain-lain rujukan:
- Kosmo : Rangka kapal gergasi 900 tahun milik pembesar Melaka ditemui.
- Bernama : Penemuan Papan Kayu Kapal Bakal ubah Naratif Sejarah Melaka.
- The Star: Wreck of Ancient Malay Vessel discovered on Pulau Melaka.
- The Straits Times: Wreck of Ancient Malay vessel discovered on Pulau Melaka.
- The Vibes: Nearly 1,000 year old Shipwreck found on Pulau Melaka.
6/3/2026: 9.35 a.m
No comments:
Post a Comment