Orang melayu adalah bangsa yang menerima islam secara baik, Orang melayu boleh sebut bahasa Arab dengan Fasih,Orang melayu menggunakan bahasa Arab dalam percakapan walaupun ia tidak sedar seperti sabar,kubur,sihat,mati,mayat,dan lain2 lagi,kenapa? sebab kita berasal dari bangsa Arab yang hilang dalam peperangan kerajaan Sargon lama sezaman nabi Ibrahim,dan keturunan nenek kita lari ke semenanjung emas selepas dibadai ombak kapal di hanyut,kalau dari darat,india,burma ,dan siam ,baru sampai ke semenanjung emas ,tetapi kita asal dari belayar,bukan datang dari darat.
Saidina Ali Karamahwajhah telah berkata ketika nazak selepas ditikam ibnu Muljan semasa waktu subuh,katanya pergilah wahai saudaraku leparkan belanti ku ke sungai Furat kerana bansa Arab tiada ada kesatuan sehingga kiamat melainkan ada satu kaum yang hilang akan kembali pada satu bendera mereka berada di timur,sebab itu Muauwiyah telah menghantar utusan ketanah melayu dan jawa,untuk melihat apa agamanya,dan begitu juga para pendakwah dari seluruh arab,yaman,gujrat,datang ke semenanjung Emas dan Jawa.
BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.
Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??
Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’
Kredit: Syababul Islam
Copy and paste: FB Bani Tanah Melayu
19.5.2019: 6.04 am
No comments:
Post a Comment