Tuesday, 11 February 2025

NOTA SEBELUM TIDUR: CEPATNYA MASA BERLALU


Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
28 March 2024

Sudah tujuh Ramadhan , pasti nya kita terasa akan cepat nya masa berlalu. Kalau ikut kata Arwah Atuk dahulu , masa tetap sama , cuma manusia leka dengan urusan lalu tidak lah di ambil kira tentang perjalanan waktu itu sendiri. Apatah lagi jika hari ini manusia sentiasa mengejar masa untuk sesuatu kecapaian , terlaksana nya sesuatu yang di hajat dan di rancang, kepuasan nya ketika hasrat tercapai.
Ibarat masa itu emas, setiap detik perlu di pergunakan dengan sepantas mana , agar tidak ketinggalan atau gagal. Namun pengakhiran nya tetap milik yang maha berkuasa pengatur masa itu. Rencana kita , rencana dia , pengakhiran nya mutlak milik dia.

Ketika itu, kata Arwah Atuk lagi, sama ada kita bolih terima atau bersorak atas apa yang termaktub terserah kepada kebijaksanaan kita. Masa akan tetap berlalu seperti mana susunan , sama saperti susunan siang dan malam nya.

Demi masa manusia itu dalam kerugian, biasa yang kita dengar dan sudah pun banyak bukti bukti terpapar akan kalam ini , namun hakikat nya masih lagi manusia enggan berganjak ketaraf orang yang mahu mengenal akan persekitaran nya dan beriktibar untuk meningkatkan diri ketaraf insan yang berpegang kepada kebenaran yang hakiki.

Masa akan berlalu dan ramai masih dalam kelalaian biar pun nikmat dan barakah yang di janjikan sebagai tebusan kepada pengorbanan fisikal demi pengisian kerohanian hanya untuk sebulan.

Pertanyaan aku kepada arwah Atuk, bagaimana pula hendak di rasakan akan pergerakan masa itu sebenar benar nya? Dia hanya tersenyum sambil menjawab “ Kenapa ketika saat hampir berbuka , kamu asyik memandang jam dinding , seolah olah biar pun hanya tinggal berberapa minit lagi , dahi kamu sudah berkerut , terlalu lama nya. Aduuuuh.”

Aku terlalu kecil ketika itu, namun hari ini aku jelas benar akan kata kata nya .

Al-Fatihah buat Atuk .

Selamat malam. 
— feeling grateful at Garden Homes, Seremban 2.
Copy and paste:10/2/2025: 11.57 p.m

No comments: