Tuesday, 11 February 2025

NOTA SEBELUM TIDUR: BERDASARKAN KISAH BENAR.

Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
4 February 2024

Satu petang selepas waktu pejabat, kelihatan seorang sahabat sedang berpusing pusing di tempat meletak motorsikal di belakang pejabat. Seolah olah dia sedang mencari sesuatu.

Saya pun bertanya , ‘ Hai, apa yang di cari beriya iya sangat tu B ?’
‘ Aku cari motosikal aku daaa….tadi pagi aku letak kat sini. Mana pulak pergi nya?’ jawab dia.
“ Betul ke kamu letak kat sini ? Jangan jangan engkau letak kat tempat lain tak. Setahu aku, kamu ni boleh tahan pelupa nya “. tanya saya lagi.
“ Eh sini ada aku taruk. Aku ingat sangat . Hari ni ingatan aku baik daa”. Kata dia.

Beberapa sahabat yang kebetulan lalu turut bantu carikan untuk dia. Seorang sahabat pula tanya , “ Eh B, betul ke engkau naik motor hari ini. Jangan jangan motor engkau dah naik lori tak? Mana lah tahu kot engkau lupa nak bayar ansuran.?”

“ Eh jangan bikin malu daa. Aku dah bayar daaa….dah uptodate la. No problem”. jawab dia kembali.
“ Begini lah B. Tak payah lah buang masa lagi. Jom kita pergi balai sahaja buat lapuran. Balai Trafik Jalan Bandar sana. Amacam. Okay?” tanya saya.
“ Okay lah.Jom “. Jawab dia.

Lalu saya, dia dan seorang sahabat lagi bergegas lah ke Balai tersebut daripada pejabat kami di Jalan Tun Perak. Dalam perjalanan sambil berjalan kami berbual dan ada kala nya berjenaka juga. Maklum lah nak elak rasa jemu berjalan jauh semata mata untuk buat lapuran.

Ketika hampir tiga suku perjalanan saya bertanya kepada B , “ Ada bawak IC tak?”
B pun berhenti dan mengeluarkan IC nya dan meletakan nya di dalam saku kemeja nya di sebelah atas. Ketika memasukkan ke dalam dia terasa ada sesuatu dalam poket itu. Lalu dia mengeluarkan nya , merupakan sekeping kertas berbentuk sekeping tiket .

“ Alamak geng, aku baru teringat, tadi pagi aku naik bas lah bukan motor”. jawab B dalam keadaan senyum sinis.
“ Hamblau betul engkau, punya lah susah payah kami tolong carikan dan ajak pulak pergi Balai, pelupa lagi kamu rupa nya ia”. balas saya.
“ Sorry aaaaa….”. Balas beliau sambil tersengeh.

Apa lagi, saya dan sahabat seorang lagi tu , cekup tangan dia heret dia ke kedai Mamak berdekatan dan paksa dia belanja kami berdua Nasi Beriyani Ayam lah.
‘ B, kata saya. Apa lah kamu ni? Hari tu bagi drebar Teksi RM50.00 , suruh keep the change pulak tu, pada hal tambang RM 3.00 aje. Hari ni naik Bas, cari pula motor yang sangkakan hilang. Ish ish ish “.

Saya faham sangat sahabat ni , memang pelupa sikit tapi hati baik.

Ajelan……terkenang semasa dulu. 

Nota dari saya:
**Arwah Abang saya Norajelan ni memang banyak cerita-cerita lucu setiap kali kami berjumpa adik-beradik... kadang-kadang sampai pagi Subuh kami berborak... banyak cerita Arwah... satu lagi Arwah ini rajin membaca.... banyak pengetahuan dia dalam pelbagai bidang... apa sahaja topik yang kami bawa... Arwah tahu saja butir-butir dia.... saya suka bercerita sejarah dengan arwah.....
Al Fatihah buat arwah abang ku....

Copy and paste:
11/2/2025: 12.34 p.m

No comments: