Tuesday, 11 February 2025

NOTA SEBELUM TIDUR: PESANAN MOYANG KU

Oleh: Allahyarham Norajelan Maamor
25 February 2024

Pesanan Moyang ku perihal ‘ TAMAK’

Jangan lah sesekali engkau Tamak,
Kelak jiwa dan rohani mu kian semak,

Jika engkau tamakan kuasa,
Lebih baik engkau banyak berpuasa,

Tamak kuasa buka laluan dosa dosa,
Penyudah mu adalah masa,

Kelak berhadapan yang maha Esa,
Seluruh tubuh mu akan berbahasa,

Jangan sesekali tamakan harta,
Sehingga tidak berputih mata,

Kelak pujian pujian engkau pinta,
Sadar lah segala nya bolih hilang sekelip mata,

Sekira nya engkau tamakan ilmu,
Ingat lah ia tidak melebihi pencipta mu,

Sebarkan lah sejauh mana,
Kerana niat itu penuh bermakna,

Sesungguh nya engkau berjasa,
Maka gandaan lah berkat ke atas mu daripada yang maha esa,

Ingat lah ,
Kita tidak kekal,
Pindah nya alam kita nanti
Segala nya kekal,
Derita dan nikmat berkekalan,
Matikan lah dunia ini,
Hidupkan lah hakikat.

Aamiin.

Akhir kata daripada Ana

‘Usah lak tamak haloba,
Kerana akhir nya pasti La Obe’

Ajelan - Ngalompak A go go.

Copy and paste:
11/2/2025: 12.08 a.m

No comments: