Oleh: Allahyarham Norajelan Maamor
24 March 2024
Hendak melakarkan sesuatu. Namun sehari dua ini terlalu keletihan selepas berubat secara tradisional Cina , termasuk Bekam, urut dan Akupunktur.
Semalam agak lega sedikit. Anak pula ajak berbuka di luar, ‘ break the monotony’ kata nya. Saya ikut sahaja selepas berbuka ringan dan solat di rumah.
Jamuan kami ringan sahaja , hidangan set Steamboat sayuran dan Ayam sahaja kerana banyak pantang yang sedang saya ikuti semasa jalani rawatan ini.
Ramai juga yang berbuka di luar. Tidak saperti dahulu , perubahan suasana membawa perubahan budaya.
Kini ramai golongan yang bertugas, biarpun ada kelonggaran jadual kerja , membolihkan pulang awal namun rata rata ramai yang tidak kesampaian di rumah dan tidak pula berkesempatan untuk penyediaan.
Namun pilihan masih ada, sama ada membeli juadah di Bazaar, atau menjamu di luar. Terdapat banyak pula kemudahan untuk berjamu di luar, sama ada di kedai, warung, di Hotel Hotel yang menyediakan jamuan berbentuk buffet atau di Masjid Masjid yang juga ada menyediakan jamuan secara percuma. Jadi tiada lah masaalah cuma terpulang kepada kemampuan dan kesempatan masing masing.
Terbaca kisah individu yang sering berbuka di Masjid , dengan juadah di sediakan sama ada olih jawatankuasa Masjid dan ada juga sumbangan daripada kariah sendiri.
Terdapat juga majlis berbuka yang di adakan di dataran dataran anjuran badan badan amal bertujuan memupuk semangat persudaraan dan kejiranan.
Alhamdullilah, kita bersyukur kerana nikmat kebahagian yang kita alami ini.Namun harus di peringatkan juga akan nasib saudara saudara kita yang tidak sebaik kita. Ingatkan lah mereka sentiasa, bantu lah dalam apacara pun dan elakkan pembaziran . Sesungguh nya pembaziran itu hanya refleksi keangkohan kita sebagaimana angkuh nya Izzazil.
Selamat Malam.
Copy and paste:
10/2/2025: 11.50 p.m
No comments:
Post a Comment