Monday, 10 February 2025

NOTA SEBELUM TIDOR : HIDANGAN BERBUKA PUASA

Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
20 March 2024

Dahulu ketika di bulan Ramadhan , para Ibu lah yang paling sibuk. Para Ibu ketika itu hampir kesemua adalah suri rumah sepenuh masa dan jika ada pun para isteri yang bekerja kebanyakan nya hanya dalam sektor Perguruan dan Kesihatan.

Bazaar Ramadhan tidak wujud ketika itu. Maka pada sebelah petang para Ibu akan kesibukan di dapur menyediakan lauk pauk dan juadah untuk berbuka nanti.

Tidak pasti lah akan harga barangan keperluan di ketika itu, dan tidak pula arwah Ibu merungut akan nya. Namun yang pasti juadah berbuka tetap tersedia. Satu kebiasaan ketika itu apa sahaja juadah yang di sediakan pasti juga akan di kongsi bersama dengan jiran jiran dan kelak bertukar tukaran pula juadah sesama mereka. Sudah pasti meja akan penuh dengan pelbagai juadah yang beranika rupa dan rasa.

Secara tidak lansung hidangan pelbagai seolah apa yang di bawa pulang daripada bazaar Ramadhan ketika ini. Cuma beza nya hidangan hidangan di perolehi secara percuma .

Budaya ini menggamit kerinduan nostalgik yang teramat kerana suasana Ramadhan ketika itu penuh kemesraan , keramahan dan harmonis kejiranan yang amat mendalam.

Hari ini segala ini telah berubah dan kebayakan para Ibu bekerja bagi sama sama menampung kos hidup yang meningkat dan membebankan.Tidak lah dapat di persalahkan jika adat dan budaya dahulu di ketepikan.

Buruk baik usahlah di bicarakan kerana perubahan suasana kehidupan tidak dapat di elakkan.

Kewujudan Bazaar Ramadhan juga perubahan yang seiring dengan suasana kehidupan yang telah berubah. Dari satu sudut ia juga membuka jalan bagi mereka mereka yang ingin menyumbang di samping menjana pendapatan.

Begitulah perubahan dalam kehidupan yang sering seiring dalam memenuhi kepelbagaian kehendak, lantas mewujudkan suasana menang menang untuk semua.

Cuma yang di persoalkan akan keilhlasan dan perlaksanaan yang seringkali di pertikaikan , terutama sekali antara kos dan nilai.

Di harap persoalan ini biar pun sering timbul kelak dapat di ubah dan di tetapkan satu kayu ukur agar tiada yang mengambil kesempatan yang terlampau.

Orang memberi , kita merasa
Orang membeli kita puaskan citarasa.

Ajelan rindu pengat Pisang.

Copy and paste:
10/2/2025: 11.54 p.m

No comments: