Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
15 September 2023
Aku bukan lah bijak pandai, tidak pula mempunyai kepandaian khusus untuk membawa diri ini meningkat daripada tangga yang aku duduki kini.
Aku pun tidak bisa bersiasah , jauh sekali meminati nya dan mengikuti nya. Aku tiada masa untuk itu semua. Kehidupan aku dan ahli ahli di bawah ku lebih penting, demi sesuap nasi yang bakal akan di letakan di atas meja. Anak anak pula harus berjuang untuk meningkatkan ilmu demi masa depan mereka. Sekehendak nya biar lah nasib mereka lebih baik dan mulia daripada aku.
Apa penting nya bersiasah bagi ku jika kehidupan ini masih ibarat kegelapan terowong menantikan cahaya di hujung nya.
Aku tidak mahu faham apa itu siasah dan apa kesan nya keatas kehidupan ku. Sekian lama sudah berubah suasana nya , aku tetap begini juga.
Dulu ada orang mengatakan kepada aku bahawa siasah itu , bagi orang yang tidak faham akan nya, pasti juga tidak akan memahami pergolakan pergolakan silih berganti, baik pegangan , ideologi mahu pun pertalian yang seling berputar belit. Jika dahulu lawan , kini kawan, jika dahulu saling menghina , mencaci dan membenci , kini bolih tidur sebantal. Itu lah siasah , sesuatu yang amat mengelirukan dan sesat.
Bagi aku, biar pun tidak memahami hakikat bersiasah dan dunia bersiasah begitu sekali, namun apa yang paling jelas dan nyata kepada ku hanya lah, ia nya hanya satu kemunafikan yang mementingkan matlamat untuk terus kekal dan kebal biar apa pun batasan yang di langgar.
Munafik dan kemunafikan tiada tempat di hati aku, dan juga bagi mereka mereka yang senasib.
Aku tidak mahu dan tidak pernah mengeluh akan nasib yang aku terima ini. Hakikat peraturan nya, aku terima dengan kesyukuran kerana aku tahu dan perancangan nya tetap meyakinkan aku bahawa nasib dan masa depan ku tetap di tangan nya. Hanya ikhtiar dan usaha yang jujur, ikhlas dan jauh dari kemunafikan , akan di balas setimpal nya.
Akhir kata aku tinggalkan pesanan ini buat renungan kita bersama :-
' Dalam kerendahan hati , ada ketinggian budi ,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu '
Selamat Malam
Ajelan
Bicara rohani mengenangkan sahabat sekampung yang telah pergi.
Copy and paste:
11/2/2025: 1.35 a.m
No comments:
Post a Comment