Oleh: Megat Kucing
Santai Sejarah - 30 May 2017
R. Doraisamy Pillai (1859-1911), merupakan individu terkemuka di kalangan komuniti Tamil di Kuala Lumpur sekitar tahun 1880an. Beliau dilahirkan di Singapura dan mendapat pendidikan tinggi di Raffles Instituiton.
Beliau dan beberapa individu termasuk Loke Chow Kit telah membentuk Batu Village Syndicate Ltd. Antara usaha mereka ialah mengambilalih 18 ekar tanah di kawasan Batu (berhampiran dengan Woksyop Keretapi Sentul) untuk mendirikan rumah.
Semasa hayatnya beliau banyak memberi sumbangan dalam bentuk kebajikan dan menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang pendidikan. Beliau sering menjamu makanan untuk orang miskin. Beliau merupakan orang India pertama yang dilantik dalam Sanitary Board (Lembaga Kebersihan) Kuala Lumpur sejak ia dibentuk.
Semasa pembinaan Methodist Boy's School KL, beliau turut menyumbang sejumlah $2000. Salah satu rumah sukan sekolah tersebut turut menggunakan nama beliau (Doraisamy) dengan moto 'Labor Omnia Vincit' (Labour conquers all things). Sebagai mengenang jasa beliau, dewan sekolah tersebut dinamakan sempena namanya. Selain itu, beliau juga menjadi penaung untuk Viekananda Reading Hall pada 1907 dan Visiting Justice of Jails.
Dalam laporan Pioneering effort in Education in Kuala Lumpur 1875-1900 yang disediakan oleh J.S Henry ada menyatakan lokasi rumah beliau terletak di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, berdekatan dengan bekas Restoran Bilal kini. Menurutnya lagi sebuah bangunan yang dikenali sebagai Victoria Hotel telah dibeli dari seorang individu kaya yang dipercayai Doraisamy Pillai untuk tujuan pendidikan.
Beliau mempunyai 4 orang anak, hasil perkongisan hidup dengan isterinya, Maria Natchatiram. Salah seorang anaknya Thomas Doraisamy, pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di India. R. Doraisamy Pillai meninggal dunia pada 29 Mac 1911 di Kuala Lumpur.
Kini, dikatakan kawasan ni terkenal dengan makanan tengah malam seperti sup panas, teh tarik dan nasi lemak, selain kelab malam berhampiran.
sumber :
KL Street Names
Eastern Daily Mail and Straits Morning Advertiser, 7 September 1907, Page 1
Malaya Tribune., 20 November 1924, Page 8
Wikipedia MBSKL
Persatuan Sejarah Malaysia
Pioneering effort in Education in Kuala Lumpur 1875-1900 page 36-37
sejarah MBSSKL/ cikgutantary
geni.com - Doraisamy Pillai
Weekly Sun, 1 April 1911, Page 9
Copy and paste:
6/2/2025: 8.46 a.m
No comments:
Post a Comment