Thursday, 6 February 2025

DOWN MEMORY LANE - DARI BLOG ORANG WANGSA MAJU

SETAPAK CENTRAL @ KL FESTIVAL CITY



KL Festival City telah beroperasi secara rasmi pada 20hb Oktober 2011 dan 'grand opening'nya telah diadakan pada 9hb Mac 2012.Landmark terbesar Setapak ini adalah milik Parkson Holding Berhad (PHB) sebelum dijual kepada AsiaMall Sdn Bhd dengan harga RM349 juta sekitar Ogos 2014.KL Festival City secara rasmi telah bertukar nama kepada 'Setapak Central' pada 5hb Oktober 2015.

Setapak Central terkenal dikalangan warga Setapak dan Wangsa Maju khususnya golongan muda.'Retail Philosophy' Setapak Central ialah "Menyediakan mall yang mencukupi untuk warga Setapak supaya mereka tidak perlu lagi memandu jauh ke pusat bandar KL untuk membeli-belah."

Sesuatu yang menarik mengenai tempat ini ialah walaupun telah bertukar nama, ramai antara mereka yang masih memanggil shopping kompleks ini dengan nama lamanya iaitu 'Festival City'.

Apa Kaitan Antara Yaohan (The Mall) Dan Oshin?

Oshin (おしん) ialah siri drama televisyen popular dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh saluran NHK di Jepun pada waktu pagi daripada 4hb April 1983 sehingga 31hb Mac 1984. Siri ini mengisahkan kehidupan Oshin daripada zaman Meiji sehingga zaman moden awal 1980-an. Drama ini pernah disiarkan di TV3 pada 1980-an dan pernah diulang tayang di TV9 pada waktu malam.

Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada yang dikenali dengan mengasaskan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya terkenal di Asia.

Keseluruhannya, 297 episod 15 minit telah disiarkan. Di Jepun, siri ini memperoleh 52.6% daripada keseluruhan penonton pada slot waktunya, dengan catatan rating tertinggi 62.9% bagi satu episod. Sehingga hari ini, Oshin telah disiarkan di 59 buah negara. Pada tahun 1984, drama ini dijadikan filem animasi oleh Sanrio.

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Di Malaysia, siri drama ini dialih suara ke Bahasa Melayu dengan menampilkan suara Azizah Jais bagi watak Oshin dalam semua peringkat usia sepanjang drama tersebut.

Stesen Minyak Projet Yang Hilang Di Telan Zaman
Siapa tak kenal Projet dan Destina Seksyen 5 kat Wangsa Maju ni dulu; lambang kontemporari dunia kelab kereta dan penggemar kereta modified.Hujung minggu je penuh geng-geng kereta dan skuter serata KL melepak kat sini.Walaupun begitu datang melepak saja tak cukup.Kena isi minyak jugak baru bisnes jalan. Akhirnya semua stesen yang dipacu oleh Conoco Philips Co. pada tahun 2000 ini diambil alih oleh Shell (M) Bhd kerana semenjak tahun 2003, jualan runcitnya merudum teruk dan hanya menguasai 1% jualan petrol di Malaysia.Hanya ada 40 stesen Projet di seluruh negara yang tertumpu di Lembah Klang dan Projet Seksyen 5 (sebelah Carrefour ketika itu) adalah salah satu antaranya.

P/S : Sampai sekarang rase macam teringin je nak makan hot dog besar dalam cermin kedai serbanika tu tapi tak buat-buat sampai dah tutup terus!



Suatu ketika... Plaza Tol Jalan Pahang

Kewujudan tol ini paling ditentang oleh pelbagai NGO, penduduk setempat dan ahli politik kerana dianggap tidak relevan.Maintenance hanya meliputi sepanjang 3 km iaitu daripada bulatan Jalan Pahang berhampiran Hospital Tawakal sehingga simpang keluar ke Gombak berhampiran Balai Polis Setapak.Tol yang dikenakan ialah sebanyak 50 sen semenjak pembukaannya pada tahun 1995.
Akhirnya atas desakan pelbagai pihak, kutipan tol ini ditamatkan lebih awal walaupun perjanjiannya adalah sehingga tahun 2004.

Walaupun begitu tol ini juga mencipta sejarah kerana merupakan tol pertama memperkenalkan penggunaan kad Touch N Go di Malaysia pada 18 Mac 1997.

Anda masih ingat lagi Plaza Tol Jalan Pahang ini?

Royal Selangor Pewter

Ramai yang tidak menyedari bahawa kilang pembuat barangan perhiasan atau cenderahati berasaskan perak yang terbesar di dunia terletak di Setapak berhampiran Wangsa Maju iaitu Royal Selangor Pewter.Ianya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia dan antara celebriti terkenal yang pernah melawat tempat ini ialah Martha Stewart, Mel Gibson dan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde.
Royal Selangor Pewter diasaskan oleh seorang lelaki imigran dari China bernama Yong Fook pada tahun 1885.Pada mulanya ia hanyalah sebuah kedai pembuatan perak yang kecil bernama Cheok Foh (Jade Peace).
Pada tahun 1970-an, pertama kalinya Selangor Pewter (nama ketika itu) memulakan eksport ke Hong Kong dan Australia.Manakala pada tahun 1980-an, Selangor Pewter mengorak langkah mengeksport produk mereka ke pasaran Eropah dan Jepun.
Selangor Pewter mendapat anugerah berprestij daripada Sultan Selangor, Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada tahun 1992 dan secara rasmi namanya menjadi Royal Selangor Pewter sehingga kini.
Terima kasih kepada para pekerja warga Wangsa Maju dan Setapak yang bertungkus lumus memperkenalkan produk tempatan ini ke seluruh dunia!


SEJARAH GALLERIA JALAN PAHANG, SETAPAK

Entah mana silapnya, Kompleks Perniagaan Galleria yang bercirikan rekabentuk Eropah di Jalan Pahang, Setapak pernah terbiar selama 8 tahun tanpa sebarang perhatian.Kali terakhir Admin pernah datang sini ialah pada tahun 1999 dan waktu tu memang jelas bangunan ini 'hidup segan mati tak mahu' sebelum ditutup pada tahun 2000.
Berbagai cerita seram timbul dikalangan penduduk setempat apabila bangunan ini terbiar agak lama.Dahulu semasa di awal pembukaan terdapat sebuah Pasaraya Rainbow yang beroperasi tetapi ditutup akibat kekurangan pelanggan.
Mengikut pendapat orang berdekatan, masalah parking dan kesesakan di Jalan Pahang di tambahkan lagi dengan kekurangan promosi menjadikan Galleria yang setaraf dengan Berjaya Times Square ini tidak mampu bertahan lama.
Akhirnya Galleria kembali dibuka tetapi mengikut sumber, tempat ini menjadi pejabat dan pusat aktiviti sebuah pertubuhan agama.Tak tahulah ada lagi tak Cockerel (ayam jantan) yang dikeraskan dan diletakkan pada bumbung Galleria (Admin bulatkan dengan warna merah dalam gambar).
Mengikut sumber ia adalah Feng Shui yang baik untuk menamatkan 'Badi' Galleria selepas didakwa oleh sesetengah orang (yang mempercayai Feng Shui) bahawa apa jenis perniagaan pun akan mengalami kerugian jika beroperasi di sini.

Copy and paste:
6/2/2025: 9.37 a.m


No comments: