Saturday 3 June 2023

2023 - LUBOK CHINA, MELAKA

By Hj Zulheimy Maamor
28/2/2024 : 11.49 am

Pada 3 Jun 2023, saya bersama isteri, Kakngan dan anaknya (anak Saudara saya) telah bertolak dari rumah saya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur menaiki kereta anak saudara saya, Intan Ernany menuju ke Lubok China, Melaka iaitu kampung arwah emak saya untuk menghadiri Majlis Perkahwinan cucu saudara. 

Perjalanan dari Lembah Keramat, KL ke Lubok China, Melaka adalah sejauh 114 km dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. 



Lubok China adalah merupakan sebuah daerah yang terletak di 2 buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. Lubok China memang tidak asing bagi saya kerana kampung arwah Ayah saya terletak di Kg. Nerambai, Lubok China, Negeri Sembilan manakala kampung arwah Ibu saya terletak di Kg. Sungai Siput, Lubok China, Melaka. Malah kampung isteri saya juga terletak di Kg. Semin, Lubok China, Negeri Sembilan. 

Sumber lain:

Dewan Japerun di Lubok China adalah dalam kawasan DUN Ayer Limau, Melaka. JAPERUN bermaksud Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri. 
Dewan JAPERUN Lubok China, Melaka ini pernah menimbulkan kekecohan pada 7 September 2022 apabila sepasang kekasih berusia 20 tahun (lelaki) dan wanita (16 tahun) ditemui mati dalam kereta di dewan ini. 







Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
28/2/2024 : 12.15 pm



No comments: