Tuesday 5 May 2020

MASJID DI KL DAN SAHABAT RASULULLAH S.A.W


ABU UBAIDAH BIN AL JARRAH R.A.
Beliau antara 10 sahabat Nabi yang dijamin dengan syurga. Abu Ubaidah Al-Jarrah merupakan sahabat nabi dan perawi hadis yang terkemuka.
Rasulullah pernah berkata “Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“. Beliau pernah mengeluarkan besi yang tertusuk di pipi Rasulullah dalam peperangan Uhud menggunakan mulutnya. Beliau juga adalah antara panglima Tentera Islam yang berani. Beliau juga antara panglima Tentera Islam yang telah berjaya menakluk Baitul Maqdis dari Tentera Rom.
Beliau meninggal dunia ketika berusia 58 tahun.


AMRU BIN AL-AS
Amru bin Al-As adalah seorang sahabat Nabi s.a.w yang lahir di kota Mekkah sekitar 50 tahun sebelum Hijrah. Beliau digelar dengan nama Fatih al-Misr (Pembuka Mesir) kerana dibawah pimpinannya pasukan tentera Islam yang diutus oleh Khalifah Umar bin al-Khattab berjaya menakluki Mesir yang ketika itu diperintah oleh Rom.


USAMAH BIN ZAID R.A.
Usamah bin Zaid merupakan tokoh yang terbilang dalam sejarah peradaban Islam.Bapanya ialah Zaid bin Haritsah yang merupakan anak angkat Rasullullah S.A.W.Beliau lahir pada tahun ketujuh sebelum hijrah.Beliau telah disambut dengan gembira oleh Rasullullah S..A.W. Usamah kulitnya hitam, hidungnya pasek, sangat mirip dengan ibunya..Ummu Aiman.Sejak meningkat dewasa Usamah memiliki sifat-sifat yang mulia yang menjadikan dirinya menjadi kesayangan kepada Rasullulah S.A.W.Dalam usia yang muda dia memiliki semangat keperwiraan yang tinggi untuk mendaulatkan syair Islam.Di dalam peperangan Uhud,Usamah bin Zaid ingin turut serta dalam peperangan tersebut.Rasulullah S.A.W. telah menolaknya kerana umurnya masih muda ketika itu.

Ketika umurnya masih muda iaitu 20 tahun, Rasulullah s.a.w. telah melantik Usamah bin Zaid r.a. menjadi Panglima tentera Islam menentang tentera Rom di Syria dibawah pimpinan Raja Heraclius. Beliau telah berjaya menewaskan tentera Rom dalam peperangan tersebut.
Begitulah hebatnya para sahabat Rasulullah s.a.w... mereka inilah yang sepatutnya kita ambil iktibar dan pengajaran daripada mereka.


MUAZ BIN JABAL R.A.
Muaz bin Jabal r.a. dilahirkan di Madinah dan memeluk Islam ketika berusia 18 tahun. Beliau adalah merupakan sahabat Nabi yang paling ahli (pakar) tentang Al-Quran, malah beliau merupakan salah seorang daripada 6 orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. Beliau telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w. untuk berdakwah di Yaman.
Muaz bin Jabal r.a. meninggal dunia pada tahun 18H di Jordan ketika berusia 33 tahun.


KHALID IBN WALID
Sahabat Rasulullah s.a.w yang digelar Pedang Allah dan juga seorang Panglima Tentera Islam yang terhebat dalam sejarah Islam.... beliau tidak pernah tewas dalam setiap peperangan yang dipimpinnya. 
Beliau memimpin tentera Islam ketika pembukaan Kota Mekkah (Fathul Mekah) dan juga memimpin tentera Islam menentang tentera Rom dalam Peperangan Yarmuk (Jordan).

5 Mei 2020 / 12 Ramadan 1441H : 5.34 am






No comments: