Saturday, 30 May 2020

US CIVIL RIGHTS



Di US tengah hot pasal kematian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd pada 25 Mei yang berpunca daripada tindakan seorang polis yang melutut pada lehernya semasa menahannya. Sebelum maut, Floyd berkata "I can't breathe" sebanyak 15 kali tapi tak dilayani.
Selepas video kejadian viral, protes besar-besaran meletus di Minneapolis. Walaupun 4 polis yang terlibat telah dipecat, namun penduduk tempatan terutamanya Blacks tetap tak dapat menahan kemarahan sampai membakar balai polis.
Diorang marah sebab isu keganasan polis (police brutality) terhadap Blacks bukan benda baru. Kajian Universiti Rutgers kata setiap 1 daripada 1000 Blacks ada risiko dibunuh oleh polis, 2.5 kali lebih tinggi berbanding Whites. Sebab tu ada gerakan "Black Lives Matter".
Agak ironik negara adikuasa dunia yang menjulang kebebasan dan kesamarataan masih ada masalah macam ini. Malah, sejarah Blacks di US menikmati hak sama rata sebenarnya tak sampai 60 tahun: hanya pada tahun 1964, baru kerajaan US menandatangani Civil Rights Act yang melarang diskriminasi berdasarkan warna kulit.
Nenek moyang Blacks berasal dari Afrika, diculik dan dijual sebagai hamba kepada pemilik ladang di selatan US. Amalan perhambaan ini dikecam oleh negeri-negeri industri utara yang tak ada ladang. Pada tahun 1861, negeri-negeri utara telah berperang dengan selatan untuk menamatkan sistem perhambaan. Perang berakhir dengan kemenangan Utara dan Presiden Abraham Lincoln memansuhkan sistem perhambaan pada tahun 1863.
Namun kehidupan Blacks tidak menjadi lebih baik. Negeri-negeri Selatan masih mendiskriminasi Blacks dengan undang-undang "Jim Crow" yang mengasingkan Whites dan Blacks. Blacks tak dapat bersekolah, tak dapat bekerja, malah berdepan dengan ancaman nyawa oleh White Supremacist seperti Ku Klux Klan.
Jadi ramai Blacks berhijrah ke negeri-negeri Utara, dan tokoh Blacks seperti Martin Luther King Jr dan Malcolm X pula memperjuangkan hak sama rata Blacks, dengan membayar harga nyawa.
Ahli-ahli politik Utara walaupun bersimpati dengan Blacks, tapi kena tunggu sampai 1950-an baru ada "guts" nak tolong Blacks. Keputusan Mahkamah Agung "Brown v. Board of Education" tahun 1954 mendapati undang-undang Jim Crow tidak menepati perlembagaan, budak Blacks harus diterima dalam sekolah awam termasuk di negeri-negeri Selatan.
Kerajaan cakap boleh, tapi Whites di Selatan masih degil. Apabila 9 budak Blacks nak memasuki Little Rock Central High School di Arkansas pada September 1957, budak Whites duk harass dan menghalang mereka masuk. Gambar budak White menjerit kat budak Black mengejutkan Presiden Dwight Eisenhower, sampai dia mengarahkan National Guard untuk melindungi 9 pelajar Blacks ini ke kelas.
Yang ironiknya, hari ni Trump pun nak arahkan National Guard untuk mengawal situasi di Minneapolis, cuma kali ini untuk menyuraikan protester yang kebanyakan terdiri daripada Blacks. Dah lebih 60 tahun, hubungan etnik di US masih pi mai pi mai tang tu jugak.
Bandingkan US dengan negara kita, baru korang faham apa erti racism yang sebenar. Think about it.


Copy and paste: 30 Mei 2020 / 7 Syawal 1441H: 1.20 pm

No comments: