Monday 4 May 2020

NASIHAT MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Bangunlah wahai Melayu, aku ini Cina, sepatutnya aku tak perlu pun ambil tahu tetapi kita tetap seagama…

Sed1h sangat membaca berita Polis Diraja Malaysia  (PDRM) Kelantan mahu mengesan dua  pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz yang didakwa terlibat dalam perlumbaan ha.ram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, Kota Bharu, pada Jumaat lalu.
Memaparkan gelagat sekumpulan individu dan dua buah Mercedes Benz berwarna kuning yang didakwa terlibat dengan lumba ha.ram. Katanya anak orang kaya, usahawan kosmetik.
Kejadian itu berlaku pada 17 Januari lalu pada jam 2 pagi, malah mereka yang terlibat dikatakan turut membuat sekatan jalan raya bagi membolehkan lumba ha.ram itu dilangsungkan. Allahurabbi, apa nak jadi dengan anak-anak Melayu ini. Di Kelantan pulak tu. Saya tidak menyalahkan negeri Kelantan.
Kadang-kadang, aku sed1h dengan gelagat anak-anak Melayu ini. Kaya sikit, lain macam lagaknya. Jadi anak orang bergelar, bukan main lagi rangginya. Kenapa tidak jaga semua anugerah Allah itu, sebelum ianya ditarik balik
Jika dah terlalu banyak duit, bukan nak guna duit itu untuk mendapat redha Allah, belanjakan dijalan yang betul. Kalau nak pun beli kereta merah seperti mercedes, belilah, sebab ada duit. Gunakan kereta mewah itu ke jalan yang benar.
Ini tidak, kereta digunakan untuk berlumba di jalan raya. Jika berlaku kemalangan, siapa yang mat1? Berapa ramai orang Melayu yang mat1 lumba haram, berbanding anak Cina?
Begitu juga dengan basikal. Beza sungguh cara berfikir. Jika ada dua basikal, satu diberikan kepada anak Melayu, satu lagi diberikan kepada anak Cina. Saya yakin, walaupun tidak semua, anak Melayu akan gunakan basikal tersebut, bagi tujuan lain. Anak Melayu akan modify atau ubah suai basikal tersebut, jadikan ia basikal lajak. Manakala, anak Cina akan gunakan basikal tersebut untuk mencari duit, duit, duit, untuk jadi kaya.
Kalau tidak percaya, lihat sahaja kereta-kereta anak-anak Melayu, dekorasi kereta penuh satu kereta, kadang-kadang harga ‘accessories’ dia lebih mahal daripada kereta. Untuk apa?
Sayang anak Melayu, kreativiti dia digunakan dijalan yang salah. Ada motosikal, ubah suai, digunakan untuk merempit. Ada yang tidak ada lesen. Bila kema.langan, ca.cat seumur hidup, terpaksa ibubapa menjaga sepanjang usianya.
Tidak terfikirkah adegan dan aksi tersebut sangat merba.haya dan mengan.cam nya.wa serta menyusahkan orang lain. Sed1h sangat memikirkan anak-anak Melayu hari ini. Yang kaya, dengan cara kaya, tidak sedar diri. Yang miskin dengan cara miskinnya, sedih mendengar ge.jala sosial.
Jika begini keadaan, bagaimanakah Melayu mampu menghadapi cabaran mendatang dan serangan mus0h-mus0h Islam yang tidka pernah putus untuk mencairkan Melayu daripada Islam. Menjadikan Melayu tidak kenal Islam. Akhirnya Melayu ini mudah diperkotak katikkan. Sed1h…sed1h…sed1h
Bangunlah wahai Melayu, aku ini orang Cina, sepatutnya aku tidak perlu pun ambil tahu. Tetapi kita tetap seagama.
Kalau kamu tidak sedar lagi, satu hari nanti, pasti negara tidak akan menjadi milikmu lagi. Maaflah, aku mungkin lancang, tetapi aku tidak sanggup melihat gelagat-gelagat merosakkan ini. Jangan bercakap soal perpecahan sesama sendiri.
Da.dah tidak perlulah cerita. Dalam bidang apa sekalipun kita tetap lemah, penuh dengan masalah, sedangkan kita ada daya tahan yang kuat iaitu agama ISLAM. Di mana silapnya? Fikir-fikirkan.
Copy and paste: 4/5/2020 : 11 Ramadan 1441H : 5.56 am

No comments: