Kredit : Lee AimpointRed - FB Group Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan
Terima Kasih kepada semua Wira-Wira Negara terdahulu dan sekarang kerana bertungkus lumus menjaga perairan daulat negara kita (Malaysia).
Anggota/krew awal yang bertugas dalam membina pulau Layang-Layang milik Malaysia:
- TUDM krew Pesawat Nuri di tugas untuk misi mengangkut anggota/krew tugas dan barang-barang.
- Rejimen Kor Jurutera ditugaskan untuk membina platform berasaskan scalf folding beralas papan sebagai lantai untuk membolehkan pesawat Nuri mendarat. Dengan kata lain untuk membina heli pad, kerja pembinaan tugu dan kerja membina bangunan untuk menempatkan anggota GGK/Gerup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut/PASKAL dan lain-lain (hanya tinggal tapak bangunan dan tugu sahaja kerana bangunan baru di bina 1 kilometer dari tapak bangunan/rumah lama ini).
- Krew KD Raja Jarom
- Krew KD Sri Banggi
- Jurutera swasta Time Engineering.
- Krew Divers yang dipertanggungjawabkan untuk membuat canal atau terusan bagi membolehkan small craft memasuki 'blue lagoon' menggunakan bahan letupan.
- Tentera Laut DiRaja Malaysia
- Gerup Gerak Khas (GGK)
- Pasukan Khas Laut (PASKAL)
- Syarikat SIN MATU Sdn. Bhd (pulau-pulau dinaiktaraf kemudiannya)
- Dan lain-lain yang turut terlibat dalam penugasan ini.
Inisiatif untuk memiliki Pulau Layang-layang dilakukan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil-alih tampok Kerajaan pada tahun 1981. Beliau telah mengarahkan supaya TLDM membina satu 'penanda' yang menunjukkan ia telah diduduki oleh Malaysia disebabkan pulau ini juga di tuntut oleh China, Filipina dan Vietnam. Sejak itu, Tun terus menerus membangunkan dan mewujudkan kedaulatan Malaysia di pulau itu. Pada masa ini Malaysia mempunyai penempatan tetap anggota TLDM dan lain-lain yang berpangkalan di situ.
Pada awal tahun 1980an langkah pertama kerajaan Malaysia pada masa itu adalah menghantar komando GGK dan PASKAL dahulu untuk menduduki dan menakluk Stesyen Lima/Layang-Layang yang belum dibina langsung. Hanya di kelilingi air laut dan terumbu karang sahaja, bila air laut surut dan apabila air laut mula naik dengan laju, komando-komando kita PASKAL dan GGK bersusah payah untuk mencari tempat perlindungan yang selamat memanjat batang pokok yang telah di tanam dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan di harungi ribut, hujan lebat, binatang laut berbisa dan musuh.
Pada waktu itu juga (1980an) PASKAL dan GGK telah dihantar bertugas menjaga terumbu-terumbu kecil yang lain berhampiran dengan pulau Layang-Layang di perairan Malaysia ini. Dan tahun 1980an yang lalu juga detasemen elit ini telah ditempatkan di lima terumbu/pulau yang menjadi milik Malaysia sehingga ke hari ini seperti Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Layang-Layang, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa pulau ini sebenarnya berasal dari tongkang atau barge yang diperbuat dari besi yang ditunda dari tanah besar semenanjung yang kemudiannya ditimbus dengan pasir sehingga merata. Ia mengambil masa sebulan untuk sampai ke sini (bergantung kepada cuaca).
Perubahan yang amat ketara berlaku dengan pesatnya beberapa tahun selepas itu. Pokok-pokok rhu dan rumput mula ditanam, menjelmalah daratan yang kekal akhirnya. Ia mengandungi 2 buah blok kediaman, 2 buah hangar, menara pemerhati dan banyak lagi.
Manakala harga pakej untuk percutian/menginap di resort pulau Layang-Layang ini bermula dari RM 10,000 dan ke atas untuk pakej 6H/5M beserta penerbangan pergi balik, penginapan dan makan. Dan kebiasaan dan kebanyakannya pelancong dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China datang bercuti di pulau Layang-Layang ini.
Unsung Hero
Hero Live Forever
Lain-lain Sumber:
Copy and paste: 27 April 2020 / 4 Ramadhan 1441H : 7.48 am
Copy and paste: 22 May 2020 / 29 Ramadan 1441H : 5.19 am
No comments:
Post a Comment