Credit to : Muhammad Syafiq
Dulu, ada seorang pakcik Cina datang kepada saya dan dia bercakap,
"Syafiq, saya tak sangka, orang Melayu mempunyai tanah yang sangat luas sehingga ke Vietnam, saya sangat tak sangka."
Benar, tanah orang Melayu sangat luas. Kita ketepikan dahulu saudara serumpun kita di Madagascar, Taiwan, Hawaii, New Zealand, Aussie dan sebagainya. Kita fokus kepada Melayu di Asia Tenggara sahaja dulu.
Tapi, kita tak nafikan, tanah-tanah kita banyak yang telah dirampas dan jatuh pada orang-orang luar sehinggakan kita digambarkan sebagai bangsa yang kalah.
Benarkah?
Ya, kita kalah dalam mempertahankan tanah air kita di Vietnam dan Selatan Thailand. Tetapi tidak adil untuk mengatakan kita bangsa yang lemah dan kalah.
Anda harus ingat, meskipun puak Melayu Champa di Vietnam mempunyai pengalaman perang dengan tentera China, Melayu Sriwijaya dan Monggol, tetapi disebabkan kuantiti kita sikit, maka kita digasak teruk oleh tentera Dai-Viet.
Siapakah Dai-Viet? Mereka ini lah yang tengah memerintah Vietnam sekarang. Mereka ini asalnya adalah pendatang dari Selatan China. Mereka datang ke Vietnam, berperang dengan orang-orang Melayu Champa dan menang. Maka, sebahagian daripada orang Melayu Champa terpaksa berhijrah ke Acheh dan Kemboja.
Tentera Dai-Viet ni terlampau ramai, sangatlah ramai, beranak-pinak tak henti-henti. Melayu Champa tak seramai mereka, jumlah kita sangat sikit, jadi kita tak bernasib baik. Namun, Melayu Champa berjaya mentadbir tanah Vietnam tu selama lebih daripada 1,700 tahun.
Bangsa Dai-Viet terpaksa mengambil beratus-ratus tahun tau untuk menang secara total lawan Melayu Champa. Hebat tak hebat orang-orang Melayu Champa dalam bertahan, berperang, berdiplomasi dan berpolitik, takkan sesekali sujud pada tentera Dai-Viet.
Melayu Kedah? Dulu tanah-tanah di Selatan Thai adalah di bawah kerajaan Melayu Kedah. Ya, kita kehilangan Pattani, Singgora, Yala dan sebagainya terhadap tentera Siam. Tetapi anda harus ingat, Kedah digasak 'secara mengejut' oleh Siam, tak sempat nak prepare apa-apa.
Tambahan lagi, Siam waktu tu ada back-up yang sangat besar daripada British. Bayangkan Melayu Kedah terpaksa berperang dengan dua buah kuasa besar sekaligus dalam masa yang sama, yakni British dan Siam.
Maka, di sini lah yang menariknya. Anda bayangkan, dengan kebijaksanaan politik orang Melayu Kedah, bukan sahaja sistem monarki di Kedah berjaya dipertahankan, tetapi kedaulatan negeri Kedah juga berjaya dikembalikan.
Dan anda harus ingat, kalau tidak kerana keberanian dan pengorbanan orang-orang Melayu Kedah, berkemungkinan tentera Siam akan ganggu negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu ini.
Kiranya orang Melayu Kedah ini adalah bangsa perang. Dan daripada sudut politik, anda nak kata orang Melayu tak hebat berpolitik? Cara politik kita diam-diam ubi berisi, tarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Ya, kita kehilangan tanah di Selatan Thai dan Vietnam kepada bangsa Dai-Viet dan Tai-Kadai, tapi itu hanya 5 hingga ke 10 peratus sahaja tanah yang kita hilang daripada kesuluruhan tanah yang kita ada di Nusantara ini.
Jika tidak kerana keberanian orang Melayu berperang, serta kebijaksanaan orang Melayu dalam berpolitik, mungkin akan lebih banyak lagi tanah kita di Nusantara ini jatuh kepada bangsa lain.
Tanah yang kita masih ada sekarang ini, peliharalah, usah biarkan jatuh terhadap orang lain. Kita orang Melayu harus bersyukur sebab kita masih ada tanah di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei.
Usah rasa terlampau sedih sebab kehilangan tanah pada orang luar, sebab orang China juga kehilangan tanah mereka kepada orang Rusia, orang Thailand, India dan Kemboja juga kehilangan tanah. Orang Bangladesh pun kehilangan tanah mereka termasuklah saudara kita di Palestina, bukan orang Melayu je.
Belajar daripada sejarah, jangan ulang lagi dah, itu yang paling penting. Ingat pesanan George Santaya, barangsiapa yang tak belajar daripada sejarah, maka perkara lalu akan berulang sekali lagi. Wallahu'alam.
Copy and paste from FB : 20 May 2020 / 27 Ramadan 1441H : 5.40 am
No comments:
Post a Comment