Saturday 19 October 2019

TAMADUN SUNGAI BATU 788 SM - TAMADUN MELAYU LEBIH TUA DARIPADA ROM

Sumber Rujukan: The Patriots Asia

Tamadun Sungai Batu telah disahkan oleh Professor Mokhtar Saidin dalam pembentangannya bahawa Tamadun Sungai Batu disahkan bermula 788 Sebelum Masihi, mengatasi angka 582 SM sebelum ini. 
Tapak Peleburan besi di Sg Batu telah mendedahkan 17 tapak  dengan 11 daripadanya merupakan tapak eksvakasi penyelamatan. Berdasarkan kajian tapak ini telah mendedahkan tarikh 788 - 537 SM, yang merupakan yang tertua di Asia Tenggara. 

Keistimewaan Tamadun Sg Batu kini adalah :
  1. Tamadun Melayu Sg Batu adalah 36 tahun lebih tua daripada Rom yang diasaskan oleh Remulus dan Romulus pada sekitar 753 SM. 
  2. Lebih tua dari Sukan Olimpik yang pertama diadakan pada 776 SM.
  3. Sg Batu 18 tahun lebih tua daripada permulaan zaman Dinasti Zhou Timur (770-221 SM) , dan 17 tahun lebih tua daripada permulaan zaman Musim Bunga dan Luruh yang baru bermula di China. 
  4. Sg Batu adalah 66 tahun lebih tua daripada era pemerintahan Raja Sargon (722 - 705 SM), raja Empayar Assyria yang telah menakluk Kerajaan Bani Israel dan Babylon.
  5. Sezaman dengan Kerajaan Olmec di Mesomaerika yang membina piramid-piramid mereka sendiri.
  6. Lebih muda daripada era tertubuhnya negara Kota Carthage (814 SM) dalam beberapa puluh tahun. Carthage inilah yang melahirkan Jeneral hebat dalam sejarah iaitu Hannibal (247 SM). 
  7. 187 tahun lebih tua daripada lahirnya Cyrus The Great, pengasas Empayar Parsi yang lahir pada 601 SM dan memerintah Parsi pada 559-530 SM. 
  8. Tamadun Sg Batu dikatakan sezaman dengan garis masa Nabi Yunus a.s. yang diutuskan untuk berdakwah kepada penduduk Nineveh. 
  9. 187 tahun lebih awal daripada kelahiran pengasas ajaran Taoism iaitu Lao Tzu (601 SM) dan juga 237 tahun lebih tua dari tarikh era kelahiran Confucius (551 SM). 
  10. Sg Batu wujud 225 tahun lebih tua dari kelahiran Gautama Buddha (563 SM). 
  11. Sg Batu dikatakan sezaman dengan fasa Dinasti ke 22 Firaun yang memerintah Mesir Purba ketika itu bernama Shoshenq V (778 - 740 SM). 
  12. 188 tahun lebih tua daripada era Mahajanapadas (600 - 300 SM), 488 tahun lebih tua daripada era Sanggam (300 SM) tamadun Tamil tertua di India. 
  13. 128 tahun lebih tua dari era pemerintahan Maharaja Pertama Jepun iaitu Jimmu (660-585 SM)
  14. Sg Batu berdiri sezaman dengan Kerajaan Judah Bani Israel di Palestine. Raja Amaziah memerintah Judah ketika itu. 
  15. Sezaman dengan era Yunani. 
  16. 400 tahun lebih awal daripada Kerajaan Arab Nabatea (300 SM - 106 M) yang membina Petra Jordan. 
  17. 800 tahun lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa a.s dan 1400 tahun lebih awal dari kelahiran Rasulullah s.a.w. 
Ini membuktikan bahawa Bangsa Melayu sebenarnya telah membina tamadun atau peradaban yang hebat pada zamannya sezaman dengan bangsa hebat lain dan lebih awal daripada kebanyakan bangsa di dunia. 

Rujukan :
2. Artifak besi dalam industri Besi Sungai Batu, Lembah Bujang
   Naizatul Akma Mohd Mokhtar & Mokhtar Saidin

19 Oktober 2019 - 8.33 pm



No comments: