Tuesday 22 October 2019

'Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia –Siri 1–



 Wilayah 'Malaisie' menurut peta D'Urville
Peta Thomas G .Bradford tahun 1835
Oleh : Ibnu Rusydi
1. Banyak artikel yang telah ditulis sebelum ini yang menjelaskan bahawa nama ‘Malaysia’ berasal dari istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh seorang penjelajah Perancis yang bernama James Dumont D’Urville.
2. Beliau menggunakan istilah ‘Malaisie’ sebagai rujukan kepada nama geografi untuk kawasan kepulauan Melayu di dalam artikel tulisannya yang bertajuk ‘Sur Les Iles Du Grand Ocean’ yang terbit di dalam ‘Bulletin de la Société de Géographie’ oleh ‘Société de Géographie’ pada tahun 1832.
3. Tetapi Paul van der Grijp (2014) ada menyebut “Dumont d’Urville may have borrowed the name Malaysia from M. Lesson”. Dan yang menariknya, nama M. Lesson ini juga ada disebut dalam artikel tulisan James Dumont D’Urville yang menggunakan bahasa Perancis.
4. Tetapi timbul juga persoalan adakah terdapat sesiapa yang pernah menggunakan istilah ‘Malaysia’ sebelum artikel tulisan James Dumont D’Urville ini diterbitkan?
5. Jawapannya adalah ya! Iaitu menerusi catatan seorang yang bernama Peter Williamson Floris yang telah belayar ke kepulauan Melayu pada sekitar kurun ke-17 melalui sebuah kapal Inggeris.
6. Menerusi penulisannya yang telah diterbitkan kembali, beliau telah menulis perkataan ‘Maleysians’ di dalam catatannya pada sekitar tahun 1610.
7. Istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh James Dumont D’Urville kemudiannya telah bertukar menjadi ‘Malaysia’ menerusi catatan pada sebuah peta oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat yang bernama Thomas G. Bradford pada tahun 1835.
8. Manakala sebuah peta tahun 1845 oleh Alexander Keith (AK) Johnston turut mencatatkan tajuk peta tersebut sebagai ‘South Eastern Peninsula and Malaysia’.
9. Apa signifikannya peta oleh AK Johnston ini? Ia penting kerana catatan kecil pada peta tersebut ada menyatakan “….the group has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago….”.
10. Jadi siapa yang memandai-mandai menuduh nama ‘Malaysia’ tidak ada sebarang kaitan dengan bangsa Melayu?
Baca juga :



Copy and paste : 22 Oktober 2019 : 6.02 pm

No comments: