Wednesday, 16 October 2019

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Imam Al-Ghazali menggariskan 13 perkara yang dianggap berbuat baik kepada ibu  bapa:

  1. Mendengar kata-kata mereka
  2. Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
  3. Taat Perintah mereka selagi tidak menyuruh berbuat perkara yang dilarang oleh Allah.
  4. Tidak melintas dihadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud tertentu.
  5. Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
  6. Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
  7. Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. 
  8. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka, baik dalam sikap, perkataan atau perbuatan.
  9. Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
  10. Tidak melakukan kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredaan mereka dan keredaan Allah. 
  11. Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
  12. Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
  13. Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.
16.10.2019: 8.31 pm

No comments: