Friday, 25 October 2019

KERAJAAN SRIVIJAYA

Oleh Nabil Nadri

1) Srivijaya (Foshi/ Shilifoshi) bermula di sekitar Jaya (Chaiya) di utara semenanjung pada waktu itu dikenali sebagai Banban sekitar abad ke-6 masihi.
2) Ia diasaskan oleh raja raja pelarian dari kerajaan Funan di Indochina akibat serangan Chenla (Siam)
2) Namun pada waktu itu Kedah (Kantoli kemudian Chihtu) dan Patani (Langkasuka) sudah wujud lebih awal di semenanjung menurut rekod Dinasti Liang.
3) Chihtu adalah Kedah dan empayarnya yang merangkumi Langkasuka. Sehingga hari ini orang Cina menyebut Kedah sebagai Chito.
4) Perjalanan ke Chihtu menurut duta Cina, pertama kali akan melalui pesisir yang berlatarbelakangkan gunung ganang wilayah Langkasuka di sekitar Bandon-Ligor. Dari situ mereka melintas sempadan Chihtu di sekitar Sating Phra kemudian tiba di pelabuhan Langkasuka. Dari situ merentas daratan ke Chihtu sebulan perjalanan. Dari pelabuhan Chihtu keluar ke India. Chihtu bersempadan di utara dengan Panpan dan laut, di selatan dengan Holotan (Kalantan) , dan di seberang laut timur Bolola(Brunei?) dan laut barat Bolosa(Barus?).
5) Kemudian Srivijaya menyerap Chihtu berdasarkan rekod daftar utusan ke China.
6) Sekitar abad ke-6 masihi dari semenanjung menurut I-Ching Srivijaya berpindah ke Malayu, akibat serangan Chenla (Siam).
7) Kemudian pada abad ke-7 berlaku fasa ekspedisi Dapunta Hyang Jayanasa pemerintah tempatan Srivijaya di sekitar sumatera selatan berdasarkan prasasti-prasasti di Palembang.
8) Mananga mungkin merujuk kepada lembah negeri kerajaan Malayu. Dapunta Hyang berkemungkinan hanya pembesar utama Srivijaya lebih sebagai seorang ketua dinasti.
9) Dari sumatera selatan Srivijaya dibawah kepimpinan Dapunta Sailendra pula diarahkan menakluk Khaling (Jawa Tengah) berdasarkan bukti prasasti. Keluarga Sailendra berkembang di Jawa Tengah.
10) Pada abad ke-8 Chenla kemudian menyerang utara semenanjung, dan keluarga Sailendra di Jawa bertindak balas kemudian mengalahkan Siam dan menakluk sehingga ke Ligor.
11) Kejayaan ini diabadikan pada Inskripsi Ligor maka keluarga Sailendra mula diiktiraf menjadi maharaja seluruh Srivijaya merentang dari Jawa ke Segenting Kra.
12) Pada abad ke-9 keluarga Sailendra diketuai Maharaja Balaputra diusir dari Jawa oleh kerabatnya dari Dinasti Sanjaya kemudian bertapak di Malayu dan Kedah Suarnabhumi (Kadaram-Srivijaya/ Sanfochi). Srivijaya kembali berpusat di sumatera dan semenanjung.
13) Pada abad ke-10 dan ke-11 keluarga Sailendra menjadi kuat dan berpusat di Kedah disamping keluarga dinasti Mauli di Malayu. Hubungan erat dengan Pala, Chola dan Song.
14) Maharaja Chulamani, Maravijaya, Sangrama, Samara dan Sri Maharaja memerintah Srivijaya dari Kedah pada masa gangguan Chola sehingga 1100-an.
15) Sehingga 1200-an pertukaran polisi perdagangan Song menyebabkan kejatuhan Srivijaya dan mendorong kebangkitan dinasti Mauli di Malayu sekitar 1180-an, kebangkitan dinasti Dharmaraja di Ligor sekitar 1230-an dan kebangkitan Singasari 1270-an.
16) Negeri-negeri yang berkerabat dengan dinasti-dinasti pemerintah Srivijaya sekitar 1200-an dari Siam hingga ke Jawa menuntut legitimasinya dalam pelbagai ekspedisi diplomatik dan penaklukan.
17) Sanfochi berakhir sekitar awal 1200 namun namanya masih dituntut oleh pelbagai kerajaan sehingga abad ke-14 dan ke-15 masihi.
18) Pada masa inilah menurut Hikayat Melayu munculnya hegemoni raja raja Melayu dari sumatera selatan yang bangkit membawa pusaka raja raja Srivijaya-Suarnabhumi dan Sailendra.
19) Dari dinasti pecahannya yang memerintah di Palembang kemudian akibat desakan Jawa mereka berpindah ke Bintan kemudian menubuhkan Singapura Lama sekitar 1290-an. Di Bintan raja Melayu mendapat legitimasi memerintah selatan semenanjung daripada kerabat Ligor.
20) Pertikaian dengan Siam dan Jawa membawa kepada kemusnahan Singapura dan perpindahan takhta Melayu ke Melaka pada awal 1400-an.
Rujukan :
1) G. Coedes (1968)
2) P. Munoz (2006)
3) P. Wheatley (2010)
4) S.Takashi (2012)

* Ada bahagian yang masih diperinci tapi umumnya beginilah flow dia
Copy and paste: 25 Okt 2019 : 3.53 pm

No comments: