Sunday, 6 October 2019

HAKIKAT MUHAMMADIYYAH

Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz:
Kesyukuran yg tidak terhingga kepada Allah yg menjadikan hati kita sentiasa menghadap kepada-Nya.
Tidaklah seseorang itu dapat mencapai hakikat kerendahan jiwa(haqiqat al-tazallul) melainkan dengan bermakrifat (mengenal) kepada Allah
Seseorang yang bermakrifat kepadaNya akan sentiasa hadir hatinya bersama Allah (hudhur). Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW adalah Sayyidul Hudhur ma'a Allah (penghulu orang yang hadir hatinya bersama Allah)
Baginda SAW adalah penghulu kepada sekalian orang yg mengenal Allah dan merupakan sumber makrifat kepada sekalian orang yang ingin mengenaliNya.
Allah telah menzahirkan N. Muhammad dari Pemilik Wujud(Aynul Wujud) lalu telah terpancar segala "rahsia keistimewaan" dan mengalir keindahannya yang meliputi alam mulki dan alam malakut. Yg dimaksudkan dgn Alam Mulki adalah dunia yg zahir ini manakala Alam Malakut adalah dimensi ghaib dan ma'na. Keindahan makrifat dan mahabbah yg ada pd N. Muhammad telah memancar ke seluruh alam.
"Rahsia keistimewaan" adalah sesuatu yang bersangkutan dengan ketinggian makrifat yg dimilikinya. Allah juga memberi potensi kepada hamba2 Allah yg lain untuk mencapai kedudukan yg tinggi sehingga berhimpun dalam daerah "Rahsia keistimewaan" ini dengan membekalkan kepada setiap manusia rahsia tiupan roh dari Allah padanya sebagaimana firman Allah, "Tatkala Aku sempurnakan kejadian insan lalu Aku tiupkan rohKu kedalamnya maka mereka (malaikat) sujud kepadanya".
Oleh yg demikian, seseorang yg ingin mencapai rahsia yg khusus itu hendaklah memerhatikan urusan roh yang ditiup kedalam tubuh badannya
Pemerhatian tersebut bermula dengan mengetahui apakah pautan-pautan (muta'alliqat) yg terpaut dengan roh. Antara yg disebutkan Rasulullah ialah pautan rohani dengan masjid kerana ikatan hati kepada masjid menandakan seseorang yg mempunyai status makrifat disisi Allah.

Tanah yg paling dicintai Allah(ahabbul bilad) ialah yg dibina diatasnya masjid, ia tidak sama dgn tanah2 yg lain, demikian juga hati2 yg bermakrifat kpd Allah tidak sama dgn orang yg tidak bermakrifat kepadaNya. Orang2 yg mengenal Allah adalah orang2 yg dicintai Allah (ahabbul 'ibad).
Selain masjid, ada beberapa perkara2 lain yg perlu menjadi pautan kepada roh kerana disitu terletaknya rahsia tajalli(penzahiran Allah) pd alam ini dan tingkatan penzahiran tersebut berbeza martabatnya antara satu sama lain (al-majla ba'dal majla). Maka hati manusia hendaklah mengagungkan penzahiran2 ini kerana ia adalah jalan untuk qalbunya mendekati Allah.
Semakin kuat keimanan dan tinggi makrifatnya kpd Allah maka pasti akan semakin kuat pautannya dengan perkara2 tersebut. Perkara2 itu ialah Ka'bah, Rawdhah Nabawi, Masjidil Aqsa, masjid2 yg bertebaran dibumi ini, para Anbiya wal Mursalin, orang2 soleh, dimensi2 langit yg tinggi, Baytul Ma'mur, Sidratul Muntaha dan lain2. Tidaklah terpaut hati2 dgn hal2 ini kecuali orang2 yg bermakrifat kpd Allah.
Begitu juga dengan Arasy yg liputan keluasannya menyelubungi seluruh pautan2 di alam semesta. Demikian hati2 yg bermakrifat kpd Allah adalah umpama Arasy(Singgahsana)Nya. Ianya adalah isyarat bahawa rohani mereka sentiasa terpaut dengan pautan2 yg telah ditinggikan Allah kedudukannya berbanding yg lain, samada yg berada di alam tinggi atau alam rendah sehingga mereka tidak terhenti hanya kepada pautan2 itu bahkan mereka terus berjalan untuk sampai ke kemuncaknya iaitu berjumpa Allah (talaqqi 'aniLlah).
Perjalanan rohani seseorang yg menuju Allah dgn solatnya maka ketahuilah solat itu tidak sah jika jasadnya tidak menghadap kpd qiblatnya iaitu Ka'bah, demikian pula tidak sah solat seseorang di sisi Allah sekiranya rohnya tidak menghadap kpd qiblatnya iaitu N. Muhammad. Baginda adalah qiblat kepada sekalian roh yg ingin mencapai makrifat(roh 'arsyi).
Baginda bersabda"solatlah kalian seolah2 kalian MELIHATKU solat".
Allah menyingkap rahsia qiblat roh ini dengan firmanNya" Brgsiapa yg mentaati Rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah". Dan firman Nya, "Sesungguhnya orang2 yg membaiatmu adalah sebenarnya membaiatKu".
N. Muhammad juga dikenali sebagai Hadrat Zatiyyah iaitu perseorangan tunggal yakni seluruh kesempurnaan alam ini tertuang pada dirinya seorang. Keunikan tunggal ini dimiliki oleh Baginda adalah kerana tingginya pencapaian makrifat kepada Nya.
Ketahuilah bahawa perjalanan makrifat bermula dgn tenggelamnya hati manusia dlm lautan perbuatan Allah (af'al)
Segala apa yg kita lihat pd alam ini ialah perbuatan Allah. FirmanNya, "Dialah yg menciptakanmu dan perbuatanmu".
Setelah seseorang beroleh makrifat af'al maka ia adalah pintu menuju makrifat asma'(nama2 Allah) dan sifat2 Nya. Seseorang yg sudah tenggelam dalam lautan asma dan sifat2 Nya pula maka ia adalah gerbang rahsia untuk memandang keagungan Zat Allah.
Sesiapa yg berjalan diatas perjalanan ini dgn hati yg jujur dan benar maka akan dihimpunkannya bersama Hadrat Zatiyyah(N. Muhammad).
N. Muhammad adalah umpama Gunung Tur. Ia sebuah gunung yg Allah tunjukkan DiriNya (tajalli) kpd N. Musa (as), sepertimana Tur adalah tempat penzahiran ihsan Allah kpd N. Musa dgn berbicara dengannya. Maka ketahuilah N. Muhammad adalah manifestasi dan penzahiran segala ihsan Allah di alam semesta ini.
N. Muhammad juga disebut sebagai Nuqtah Infisal iaitu Titik Pemisah yakni bersangkutan dgn penciptaan alam ini. Ia pemisah (antara qadim dan baharu) sekaligus menjadi penghubung antara Pencipta dan ciptaan.
N. Muhammad adalah pusat(centre) kpd segala yg wujud di alam ini. Baginda adalah yg mula2 dizahirkan Allah dariNya lalu seluruh alam ini terpancar kewujudannya darinya.
Bermula dari Nur Muhammad ini, kejadian demi kejadian terzahir di alam mengikut jadual yg telah ditentukan Allah dan segalanya ini berasal dari titik permulaan yg sangat terpuji iaitu N. Muhammad ﷺ.
(Pengajian Kitab Solat al-Muqarrabin)
Subuh, 4 Oktober 2019, Masjid Abdul Razak, Singapura.
Catatan alfaqir iqbal zain).

Copy and paste: FB Jom Cari Ilmu dan Cintai Masjid
6 Oktober 2019 : 4.29 pm

No comments: