Friday 25 October 2019

Rekod & Sejarah : Sejarah Kesultanan Terengganu Cuba di Selewengkan


Deskripsi :
Sekitar 2 minggu lebih Admin tidak menulis dan berkongsi sebarang berkaitan informasi Sejarah Kesultanan Terengganu, sekadar cuba fokus membaca sebahagian buku-buku yang baru sampai, thesis serta journal dari atas talian di samping selesaikan tuntutan kerjaya sebagaimana kebiasaannya.
Sekadar menyahut cabaran kengkawan di mukabuku (Izmal Karim) dengan berkongsi tajuk-tajuk buku bagi sama-sama membantu mengimarahkan serta menarik minat mereka yang lain mengenali buku-buku yang menarik untuk di baca samada dalam bidang Sejarah ataupun Pengurusan Rekod, Manuskrip serta Arkib.
Turut mengikuti Kehangatan Pembongkaran Penipuan Geng Anai-Anai ataupun Nai - Kesultanan Kedah Pasai Mai yang meng "Auta" ataupun dok "Pelawok" dalam beberapa siri Klaim mereka dengan mempergunakan rekod-rekod dari Kesultanan Melayu yang lain termasuk sepucuk Warkah Sultan Mansur Riayat Shah dari Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah sebagai dakwaan warkah Raja Siam dengan sewenang-wenangnya.
Jutaan Terima Kasih kepada Wan Amir yang secara berterusan kekal Istiqamah bersedia membongkarkan segala Penipuan, Pendustaan ataupun Rekacerita Informasi Sejarah Kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini yang seringkali cuba di kaitkan dengan Kesultanan Kedah Pasai Ma.
Yang menariknya mereka-mereka ini yang membawa Pemahaman Baru dengan Rekaan Salasilah dengan mencampur adukkan Nasab serta Jurai Keturunan Kesultanan lain sesuka hati bagi bertujuan mengangkat nama keluarga sendiri. Jika di perhalusi kesudahannya bukan setakat suka-suka namun mereka mengidam dan bekehendakkan kepada sesuatu samada bagi mendapatkan Kuasa & Takhta ataupun Pengaruh & Harta.
Jika mereka tetap yakin dengan hujah serta alasannya maka di persilakan dengan segala hormat ke hadapan melalui perantaraan mana-mana Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) ataupun Cawangan Negeri secara terbuka serta bersedia membentangkan penemuan mereka beserta rekod-rekod yang ada. Bukannya sekadar berselindung di sebalik nama-nama individu yang sudah lama meninggal dunia ataupun Blog yang tiada bukti kesahihan laksana Penglipura Lara @ Tukang Karut.
Namun perlu di peringatkan kembali setiap patah Tulisan ataupun Perkataan yang kita Selewengkan dengan menDustakan perkara-perkara yang Benar siap sedialah menerima balasannya di akhirat kelak. Allah Rabbul Jalil itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Agak sedih bila ada segelintir dari mereka kekal dan cuba "Menegakkan Benang Yang Basah " dengan menambah serta memporak perandakan lagi Orang-orang Melayu yang kini semakin berminat mengenali bagi meningkatkan kembali jatidiri bangsa dengan membaca lebih lanjut berkaitan Sejarah Kesultanan Melayu di Malaysia dengan Perkongsian Sejarah Palsu di FB samada di Page ataupun Group.
Pesanan buat mereka yang berminat kepada Sejarah Kesultanan Melayu, Jika ada kemuskhilan sila lah rujuk kepada mereka yang labih arif samada dari kalangan akademian serta buku-buku kajian Ilmiahnya, ataupun dengan "Independent Researcher", mereka yang fokus kepada Sejarah Kesultanan & Kerabat yang mana masih bertunjangkan kepada rekod-rekod nyata.
Oleh yang demikian bagi memastikan setiap penulisan itu boleh di bawa kepada perbincangan ataupun penambaikan perlu ianya di sandarkan kepada rujukan samada dari rekod-rekod Salasilah, Istana, Arkib & Perpustakaan (Dalam & Luar Negara) , Kajian Akademian ataupun sumber bertulis yang lain.
Tidak akan Gugur atau Jatuh Darjat Keturunan mana-mana sekalipun jika rujukan itu berpandukan kepada sumber Siam, British, Indonesia Cina, India atau dari mana selagi ianya berupaya di sahkan dengan "Rujukan Silang" dari sumber-sumber yang lain.
3 Bukti Penyelewengan Kesultanan Terengganu yang berjaya di Bongkarkan, boleh di rujuk dari link:
"Sejarah Tidak Pernah Berdusta Namun Manusia Mempergunakan Sejarah Demi Menipu..."
Rujukan :

Peta Daerah di Terengganu (The districts in Terengganu, Peninsular Malaysia). - Codonoboea (Gesneriaceae) in Terengganu, Peninsular Malaysia, including three new species (https://phytokeys.pensoft.net/article/35944/)

Copy and paste: 25 Oktober 2019: 3.21 pm

No comments: