Monday, 27 November 2023

NOTA ALAM MELAYU : KERAJAAN MELAYU

NOTA SUSUNAN: HJ ZULHEIMY MAAMOR

  • Abdul Hamid Zamburi : beliau mengkaji buku "Geographike Huphegesis" oleh Ptolemy sekitar 150 Masehi  yang ada menyebut tentang sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas, merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan menyamai  sebutan Gangga Negara
  • Abu Raihan Al-Biruni : Ahli Geografi Parsi yang mengunjungi Srivijaya pada 1030 Masehi ada mencatatkan bahawa  Srivijaya terletak di Pulau Suwarandib, Pulau Emas yang menakjubkan. 
  • Abu Zaid as-Sirafi : mencatatkan tentang Kerajaan Srivijaya pada abad ke 9 Masehi. Istana Maharaja Srivijaya terletak di atas kolam (istana terapung). Jika kolam air itu surut, maka kelihatan jongkong-jongkong emas yang berkilau-kilau disinari cahaya matahari. 
  • Al-Biruni : dalam catatannya menyatakan bahawa Srivijaya dipanggil sebagai "Negara Emas" kerana emas boleh didapati di mana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan tiada satu pun Kerajaan di dunia sekaya Srivijaya ketika itu. 
  • Al-Idrisi : mencatatkan kehadiran orang Melayu dari Kerajaan Srivijaya di Timur Afrika.
  • Catatan Dinasti Sui : mengenai Kerajaan Melayu bernama Chi Tu > hubungan pertama yang dibuat oleh negara Kota Melayu ini dengan Kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-618 M. 
  • Catatan Zhu Yu iaitu 'Pingzhou Ketan' (Canton Stories) sekitar tahun 1118-19 mencatatkan betapa pentingnya San-fo-ch'i (Srivijaya) yang makmur dan kuat. 
  • Champa : Kerajaan Melayu abad ke 12-13 Masihi yang kini menjadi milik Vietnam. 
  • Chen-la : diasaskan pada abad ke 6 M oleh Bhavavarman setelah menumbangkan Kerajaan Funan. 
  • Chi'en Han Shu  : sumber penulisan China, telah wujud hubungan diantara Kerajaan-Kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Kerajaan Fu-Kan-Tu-Lu dengan Maharaja Wu-Ti dari Dinasti Han antara tahun 141 SM hingga 87 SM. 
  • Chih-Tu : Kerajaan Melayu yang dikatakan wujud di Lembah Sungai Kelantan pada abad ke 7 Masihi. Chih-Tu bermaksud Tanah Merah. Inskripsi Buddhagupta menyatakan Buddhagupta belayar ke Tanah Merah. Lokasi Tanah Merah masih menjadi persoalan samada ianya Tanah Merah di Kelantan sekarang ini. 
  • Chih Tu Guo Ji : Catatan China dihasilkan dari Kerajaan Sui menggambarkan Chih Tu sebagai sebahagian dari Kerajaan Funan
  • Colonel James Low adalah orang yang pertama menjalankan penyelidikan mengenai Kerajaan Bruas pada tahun 1849. Satu abad kemudian H.G.Qlaritch-Males juga menjalankan penyelidikan yang sama. Keduanya bersetuju bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud cuma tidak dapat dipastikan dimana lokasinya. 
  • Daoyi Zhilue : Buku tulisan Dinasti Yuan (1271 - 1368) seorang pengembara bernama Wang Dayuan menyatakan Langkasuka dikenali dengan nama "Long-ya-xi-jiao". 
  • Dr. Quaritch Wales dalam 'Indian Act and Letters' Vol. IX No. 1 menegaskan bahawa ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai Timur Selatan Thailand. 
  • Dr. Stephen Oppenheimer dalam buku 'Eden in the East, The Drowned Continent to Southeast Asia' (1999) : Lagenda Kota Atlantis yang tenggelam akibat banjir besar adalah tinggalan benua Melayu Sunda
  • Dudley Francis Amelius Hervey (1849-1911) : Penasihat British di Tanah Melayu menyatakan pernah melihat Kota Gelanggi pada tahun 1881. 
  • Ekspedisi Pamalayu : sebuah ekspedisi diplomasi ketenteraan yang dilakukan oleh Kerajaan Singhasari pada masa Raja Kertanagara pada tarikh 1275-1293 terhadap Kerajaan Melayu yang dikenali juga sebagai Kerajaan Dharmasraya. 
  • Folo-an: dikatakan wujud di daerah Kuala Berang, Terengganu abad ke 12 M. 
  • Funan : Sebuah lagi Kerajaan Melayu lama yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Kewujudannya terdapat dalam sumber China. Pada abad ke 6-7 Masihi, Kerajaan Funan berpecah menjadi Kerajaan Chenla. 
  • Gabriel Ferrand menyatakan Kerajaan Srivijaya telah wujud sejak tahun 391M. 
  • Gangga Negara : di Lembah Kinta, Perak > Kerajaan Melayu terawal di lembah Kinta, tapak arkeologi Lembah Kinta hingga ke Daerah Dinding adalah kawasan Kerajaan Gangga Negara. Namanya disebut dalam Sejarah Melayu antara Kerajaan -Kerajaan Melayu yang diserang oleh Raja Suran @ Chola pada 1025M. 
  • George Coedes: dalam "The Indianized State of Southeast Asia." (1968) > Pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis yang menyedari tentang sebutan "Sanfotsi" adalah Kerajaan Melayu Srivijaya. 
  • Gerald Gardner (1884-1964) Seorang pengembara yang mendakwa pernah melihat Kota Gelanggi di Johor. 
  • H.G. Ouaritch-Wales : orang yang memulakan kajian terhadap Lembah Bujang di Kedah sejak 1840-an lagi. 29 Tapak candi yang ditemui ketika itu membuktikan bahawa wujud sebuah Kerajaan yang masyhur yang menerima pedagang dari seluruh Asia. 
  • Ibn Al-Faqih dalam Kitab Al-Buldan menyatakan bahawa antara Benua India ke Benua China (Alam Melayu) terdapat 30 buah Kerajaan. Raja yang paling miskin memiliki apa yang dimiliki oleh Raja Arab pada masa itu. Kerajaan yang besar ialah Kerajaan Srivijaya (Al-Zabaj dalam bahasa Arab). 
  • Ibnu Abd Rabbih (860-840M) menulis dalam bukunya "Al-Iqd Al-Farid" bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah Hind yang mengutus surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang meminta baginda menghantar seseorang untuk mengajarkan agama Islam kepada beliau. Prof. Q.S.Fatimi menjelaskan wilayah Hind yang dimaksudkan dalam surat itu adalah Srivijaya. 
  • Ibn Batuttah dalam Kitab ar-Rihlah - beliau singgah di Kailukari dalam pelayaran ke China. Pemerintah negeri itu seorang wanita bernama Puteri Udruja yang fasih berbahasa Arab dan Turki. Para pengkaji sejarah yakin bahawa Kailukari adalah Kuala Krai di Kelantan. 
  • Ibnu Kordadhbeh (844-848 M) ada mencatatkan mengenai Srivijaya > Pemerintah Zabag (nama bangsa Arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai Maharaja dan sabah hari, Maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man."
  • James Low (Colonel): Orang yang pertama menjalan penyelidikan mengenai Kerajaan Bruas pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Kedua mereka bersetuju bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud cuma tidak pasti dimana lokasinya. 
  • L.P. Briggs menyebut bahawa nama Kerajaan Funan disebut dalam catatan China sekitar tahun 221M - 280M dan berakhir pada 627M. 
  • Langkasuka : Muncul abad ke 2 Masehi, terletak di kawasan Pattani, Thailand. 
  • Liangshu > 'The Book of Liang" iaitu buku Rekod Sejarah Dinasti Liang (502-557M) adalah merupakan rekod terawal mengenai Kerajaan Langkasuka dari catatan China > "The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the Southern Sea (南海).Its frontiers are thirty days’ journey from east to west and twenty from north to south. It is twenty-four thousand li (里) distant from Canton. Its climate and products are somewhat similar to those of Funan. Eagle-wood, Agar-wood and Barus camphor are especially abundant. It is customary for men and women to go with the upper part of the body naked, with their hair hanging disheveled down their backs, and wearing a cotton kan-man.
  • Ming Shih Lu iaitu rekod Dinasti Ming mencatatkan lawatan terakhir Kerajaan Srivijaya ke China ialah pada 30.11.1377. 
  • Mpu Prapanca : penyair Jawa di Kraton Majapahit dalam karyanya "Desawarnama" pada tahun 1365M telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenalpasti sebagai daerah-daerah Melayu seperti Jambi, Palembang, Siak, Minangkabau, Kampar, Rokan, Kedah, Langkasuka, Kelantan, Pahang dsb. 
  • Negarakertagama : The first time the place called Barus mentioned was in Negarakertagama written in Java during Majapahit Kingdom in 1365AD. Kapur Baru or Camphor as mentioned in the Quran was one of the ingredients in Pharaoh mummification. 
  • O.W. Wolters dalam "Early Indonesian Commerce:The Origin of Srivijaya", Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masihi lagi. Kerajaan Tambralinga pernah menghantar utusan ke China sekitar tahun 616M semasa pemerintahan Dinasti Tang. 
  • Peta Mao Kun / Wubei Zhi: nama Kuala Pahang disebut dalam peta lama China sebagai "Penghang Gang" dan Pulau Tioman dicatit sebagai "Ningma Shan". 
  • Peter Bellwood >  telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar 1000 S.M. sehingga 100 S.M.(M.A. Ishak , 2009) yang merupakan permulaan kepada Tamadun Melayu Champa
  • Pingzhou Ketan (Canton stories) : catatan Zhu Yu sekitar tahun 1118-19 mencatatkan betapa pentingnya San-fo-ch'i (Srivijaya) yang makmur dan kuat. 
  • Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Seberang Prai, P.Pinang membuktikan bahawa Kerajaan Chih-tu memang wujud di Utara Malaysia sekitar abad ke 4-5 Masihi. Sejarawan J.Laidlay pada tahun 1848 menterjemahkan teks prasasti itu yang ditulis dengan huruf Pallava (400-500M) dan bahasa Pali yang mengandungi ajaran Buddha dan menyatakan tentang kejayaan nakhoda kapal yang bernama Buddhagupta, seorang penduduk Chih-tu (Tanah Merah). 
  • Prasasti Dong Yen Chau : ditemui di Teluk Tourane, Selatan Vietnam menggunakan tulisan Pallava >  rekod bertulis terawal Bahasa Melayu pada abad ke 4 Masihi melalui Tamadun Melayu Champa. 
  • Prasasti Grahi, Thailand : ditemui di Thailand namun ditulis dalam bahasa Khmer, mengisahkan tentang seorang Raja Melayu dari Kerajaan Dharmasraya
  • Prasasti Han Cey :  Batu Bersurat di Kemboja bertarikh abad ke 6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II Raja Chenla. Terdapat ayat "Mala Malayu iva Malayam Raja" yang bermaksud "Raja Mala dari Negeri Melayu". 
  • Prasasti Kedukan Bukit, Sumatera: adalah antara dokumen fisikal tertua yang merekodkan bahasa Melayu Kuno. Prasasti ini ditemui oleh pegawai Belanda bernama M.Batenburg di Kampung Kedukan Bukit di Sumatera, Indonesia. Didalam prasasti ini tercatat nama "Srivijaya", sebuah empayar Maritim legenda terkenal di Asia Tenggara. 
  • Prasasti Kepingan Leiden Besar: Kurun ke-11 Masihi, ditulis dalam bahasa Sanskrit , Pemerintah Srivijaya disebut sebagai 'Srivisayadhipatina Katahadhipatyam atavanta" yang bermaksud "Pemerintah Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah."
  • Prasasti Laguna Copperplate: ditemui di Laguna de Bay, Manila, Filipina pada tahun 1989 menunjukkan tarikh yang tetera 822 Saka atau 21 April 900M menggunakan bahasa Melayu kuno.
  • Prasasti Matari Singa Jaya Himat : Prasasti yang diperbuat daripada tembaga ditemui di Palembang, Indonesia, menggunakan tulisan rencong dan diperkirakan berusia sekitar abad ke 13 hingga 15M. 
  • Prasasti Padang Roco  : ditemukan di Padang Roco, Siguntur, negeri Dharmasraya, Sumatera Barat pada 1911  bertarikh 1286M, istilah "Bhumi Malayu" merujuk kepada Pulau Sumatera. 
  • Prasasti Sojamerto, Jawa Tengah: mengandungi nama pengasas Dinasti paling agung Asia Tenggara iaitu Dapunta Sailendra dan nama keluarganya ditulis dalam bahasa Melayu kuno, bertulisan Kawi ditemui di daerah Batang, Jawa Tengah, Indonesia. 
  • Prasasti Sungai Mas: menyebut tentang Raktamrttika (Bahasa Sanskrit) yang bermakdus Tanah Merah telah menyumbang kepada kepada kajian sejarah lampau Kerajaan Ch'ih Tu. 
  • Prasasti Talang Tuwo :  ditemui pada 1920 oleh di Palembang,Indonesia oleh Louis C. Westenenk > mencatatkan tarikh "tahun Saka pada hari kedua bulan terang Chaitra" yang bersamaan dengan 23 Mac 684 M. Prasasti ini menyebut nama seorang Raja bernama Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang dianggap pengasas Kerajaan Srivijaya abad ke-7 Masihi.
  • Prof. Dr. Slamet Muljana menyatakan bahawa Palembang merupakan lokasi tepat sebagai Ibukota Kerajaan Srivijaya. 
  • Prof. Dr. Suzuki Takashi dari Universiti Kobe, Jepun menulis buku yang bertajuk 'History of Srivijaya' menyatakan bahawa sebenarnya Jayavarman II pengasas Empayar Angkor itu adalah Gebenor Melayu yang memerintah Kemboja dan Khmer dan mewakili Empayar Srivijaya disana. 
  • Ptolemy: dalam "Geographike Sintaxis" > Istilah 'Meleu-kolon' dianggap berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Malayakolam atau Malaikurram yang merujuk kepada sebuah tempat di Malaysia iaitu Tanjung Kuantan. 
  • Purana : Kitab Hindu Purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 M. Terdapat istilah 'Malaya Dvipa" yang bermaksud "Tanah yang dikelilingi air" . Para pengkaji sejarah beranggapan bahawa Malaya Dvipa ialah Pulau Sumatera. 
  • Quaritch Wales (Dr.) : "Indian Art and Letters" vol. IX no. 1 menegaskan bahawa ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai Timur Selatan Thailand
  • R.C. Majumdar seorang Dekan Sejarah di India pada tahun 1933 mengemukakan teori  bahawa ibukota Srivijaya ialah di Semenanjung Tanah Melayu semasa kunjungan I-Ching (I-Tsing)
  • Richard Olaf Winstedt > 
    • pernah melawat Kota Gelanggi di Johor pada tahun 1920 dibawa oleh Orang Asli. 
    • Menulis buku "The Malay Grammar" pada 1913 untuk pegawai-pegawai British yang akan bertugas di Tanah Melayu. Namun ada pegawai British lain yang telah lebih awal lagu menulis buku panduan dengan fungsi yang sama. Misalnya di bawah, “Dictionary of the Malay Tounge” oleh James Howison M.D. 1801.
  • Slamet Muljana (Prof.Dr.) : Palembang merupakan lokasi yang tepat sebagai ibukota Kerajaan Srivijaya. 
  • Sung Shih (Dinasti Song) > Sejarah Kerajaan Song,  nama Kerajaan Tambralinga muncul dengan nama Tan Ma Ling atau Tan Mei Lieou.
  • Suzuki Takashi (Prof.Dr. ) : dari Universiti Kobe, Jepun. Beliau menulis buku yang bertajuk "History of Srivijaya" mengatakan bahawa sebenarnya Jayavarman II  pengasas Empayar Angkor itu adalah gabenor Melayu yang memerintah Kemboja dan Khmer dan mewakili Empayar Melayu Srivijaya disana. 
  • Taiping Huanyu Ji (Ensiklopedia Kerajaan China) menyatakan bahawa jarak antara Chi Tu dan sebuah lagi Empayar Melayu ketika itu iaitu Srivijaya dikatakan dalam lingkungan 1500 li. 
  • Tambralinga : terletak di utara Langkasuka pada abad ke 11-13 Masehi dan merupakan pusat agama Buddha-Theravada. Rajanya yang termasyur ialah Dharmaraja Chandrabanu (1230-1294).  
  • Tan-Tan : pada abad ke 6 dan 7 Masehi, wujud Kerajaan Tan-Tan dipercayai adalah Kelantan. Dikatakan Kerajaan Tan-Tan pernah menghantar utusan beserta hadiah kepada kerajaan Dinasti Liang di China. 
  • Tatsuo Hatsuno menyatakan bahawa Chi Tu telah diingati sejak zaman Dinasti Tang lagi. Beliau menyatakan bahawa permulaan Kerajaan Srivijaya adalah bermula di Chi Tu
  • T'ungTien > Pedagang China abad ke 8 Masehi mencatatkan mengenai Kerajaan Langkasuka terletak berdekatan dengan Laut Selatan (Laut Cina Selatan). 
  • Van Bemmelen adala orang pertama mencadangkan nama Benua Sunda (Sundaland) pada tahun 1949.
  • Wang Ta Yuan : catatan China pada 1349M yang ada menyebut Temasik (Singapura). 
  • Ye Tinggui: dalam catatan beliau pada 1151M yang bertajuk Nanfan xianglu (Treatise On Southeast Asia Aromathics) menyatakan bahawa setiap tahun Sriwijaya akan menghantar beberapa buah kapal besar yang berisi kemenyan ke Guangzhou dan Quanzhou. 
  • Yuan Shih : Catatan China yang menyatakan bahawa sekitar tahun 1295M, Maharaja Dinasti Yuan mengeluarkan satu 'Imperial Order' bagi mengarahkan Hsien (Siam) supaya tidak mengganggu Ma-Li-Yu-Erh (Melayu) serta perlu berpegang dengan janji mereka. 
  • Zhu fan Zhi : 13th Century Song Dynasty work by Zhao Rukuo (1170-1231) give description of Langkasuka as Ling-ya-si-jia. The country paid tribute to a country Sanfoqi which is usually interpreted to be Srivijaya.    
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27.11.2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 10.48 am

No comments: