Saturday 27 July 2019

2019 - RAWANG KE MELAKA

Pada 27 Julai 2019, saya, isteri, 2 orang kakak saya dan abang ipar saya telah menghadiri Majlis Perkahwinan anak sepupu kami di Lubok Cina, Melaka. 

Pada 26 Julai, anak saudara saya Muhd. Kamarul Amri telah mengambil saya dan isteri serta Kakak saya dan adik iparnya di rumah kami kerana kami akan bermalam di rumahnya di M-Residence di Rawang, Selangor. 

Perjalanan dari Lembah Keramat ke Rawang adalah lebih kurang 45.4 km dan mengambil masa 52 minit. 






Di Sebelah pagi pada 27 Julai, kami ke rumah kakak saya nombor 3 yang terletak di Tasek Puteri, Rawang lebih kurang 6 km dari M-Residence. 


Dari Bandar Tasek Puteri inilah kami meneruskan perjalanan ke Lubok Cina, Melaka dengan menaiki kereta (Teksi) yang dipandu oleh Abang Ipar saya. 
Perjalanan memakan masa 1 jam 56 min iaitu lebih kurang 146 km.






Untuk menuju ke Lubok Cina ialah melalui Exit 223 Persimpangan Pedas - Linggi. Selepas bayar Tol berhenti sebentar sebab ada yang buang air kecil, sementara saya ambil kesempatan beli petai yang di jual di tepi persimpangan ini.





Kemudian singgah sebentar di Pekan Lubok Cina, Melaka. Pekan Lubok Cina ialah sebuah Mukim di Melaka dibawah pentadbiran Daerah Alor Gajah, Melaka. 
Lubuk Cina juga adalah kampung arwah Ibu dan Ayah saya. Arwah Ayah saya kampung asalnya ialah di Kg. Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan manakala arwah Ibu saya kampung asalnya di Kg. Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka. Jadi Lubok Cina adalah merupakan satu daerah yang terletak di 2 buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. 

Sebelum ke rumah sepupu saya untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya, kami juga singgah melihat tanah pusaka arwah emak kami di Bukit Senduk, Kg.Sungai Jernih, Lubok Cina, Melaka. 











Di sini kami menunggu ketibaan Abang Sulong kami dari Seremban kerana ada perkara-perkara yang hendak dibicangkan mengenai tanah pusaka ini. 
Selesai perbincangan barulah kami menuju ke rumah sepupu kami untuk menghadiri majlis perkahwinan. 
Sayang sekali, tiada sebarang foto kenangan diambil ketika dimajlis perkahwinan tersebut.

Selesai di Majlis Perkahwinan, kami memeruskan perjalanan balik ke Rawang dan kemudian ke Lembah Keramat,  Kuala Lumpur 

Sekian. 



No comments: