Saturday, 13 July 2019

KENAPA NASI LEMAK ITU MAKANAN SIHAT - BAHAGIAN 1

Dr. Norman Norawi
Baru-baru ini saya ‘post’ berkenaan Nasi Lemak sebagai 10 makanan sarapan sihat di dunia sebagaimana yang telah di tunjukkan dalam pembentangan seorang Pakar Kardiologi & Orthomolecular dari Jepun iaitu Dr Atsuo Kanagawa semasa Longevity Conference 2019. Beliau sebenarnya menunjukkan beberapa jenis makanan dari negara Jepun dan daripada negara lain juga. Cuma pengiktirafan beliau kepada nasi lemak adalah sesuatu yang amat menarik kerana saya pernah menulis tentang kelebihan nasi lemak dalam artikel saya sebelum ini.
Selama ini pun saya memang selalu menerangkan dalam ceramah-ceramah saya kenapa saya menyatakan nasi lemak itu sihat atas 3 asas utama iaitu indeks glisemik, sifat ‘kanji degil’ & anti keradangan. Konsep ini mungkin asing bagi seseorang yang hanya memahami pemakanan dari aspek kalori, lemak tepu dan kolesterol semata-mata. Oleh itu tidak hairanlah saya mendapat pelbagai respon daripada netizen tentang isu ini, ada yang terkejut, memuji, membuat banyak pertanyaan dan tak kurang juga yang mengutuk dan memberikan kata-kata sinis.
Persoalan pemakanan sihat bukanlah semata-mata jumlah kalori sahaja, tetapi kesan makanan tersebut kepada sistem metabolisma tubuh dan paras hormon yang lebih utama.
Saya memerhati pelbagai respon daripada ‘posting’ tersebut dan saya menyedari ramai lagi masyarakat Malaysia yang masih sinis dan tidak percaya tentang khasiat kesihatan nasi lemak ini.
Oleh karana itu saya menulis semula artikel ini dengan lebih mendalam dan merujuk kajian-kajian yang ada dalam jurnal perubatan. Sebenarnya tiada kajian yang khusus dibuat tentang nasi lemak, tetapi kaedah memasak nasi dengan lemak sihat iaitu dengan santan atau minyak kelapa telah ada kajian yang dibuat untuk mengkaji kesannya kepada penyakit diabetes, obesiti dan penyakit-penyakit lain.
Nasi putih adalah makanan sumber karbohidrat yang utama bagi masyarakat Malaysia. Masalah utama dalam pengambilan nasi putih adalah ianya di kaitkan sebagai punca penyakit diabetes. Ini adalah kerana nasi putih mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi (75 -85) dan pengambilan makanan berglisemik indeks tinggi boleh menyebabkan penyakit diabetes akibat masalah rintangan insulin.
Nasi Lemak adalah lebih sihat kerana ia mempunyai nilai GI yang lebih rendah dan juga ia mempunyai kandungan kanji tidak boleh hadam atau ‘kanji degil’ (resistant starch) yang lebih tinggi kerana proses memasak nasi bersama-sama santan atau minyak kelapa. Apa yang lebih menarik lagi adalah jumlah total kalori dari karbohidratnya tinggal separuh kerana kanji didalam nasi lemak tersebut menjadi ‘kanji degil’. Ini adalah berdasarakan kajian-kajian yang terkini yang menunjukkan kaedah dan proses memasak nasi dengan lemak atau khususnya minyak kelapa akan menjadikannya lebih sihat.
BERSAMBUNGGG....
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE

Copy and paste : FB Dr. Norman Norawi
13.7.2019: 1.49 am

No comments: