Saturday 20 July 2019

Panglima Tentera Laut Pertama (15 Mei 1957 - 7 Feb 1960)

Commodore Edward Dudley Norman @ E.D Norman .DSO DSC , PJM, PKB.
  • Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1910 di Burton, Bradstock, Dorset, England. -
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dan Sekolah Tinggi Andersons, Ipoh. Dilahirkan dalam keluarga tentera laut, bapanya Vice Admiral A.H Norman RN (Branch Service : Royal navy / Royal Malayan navy).
  • Beliau merupakan Komander kapal selam sewaktu perang dunia kedua serta pegawai memerintah beberapa buah kapal perang british di tahun 40an.Pada tahun 1948 beliau ditukarkan ke Admiralty di London.
Setelah mendapat kemerdekaan dari UK, beliau telah dinaikkan pangkat Kepten oleh Royal Navy bagi membantu Angkatan Laut Diraja Malaya yang baru dibentuk.Beliau dilantik sebagai Pegawai Memerintah Tentera Laut Diraja Malaya dari Royal Navy.
Pada 1 Jul 1957 kerajaan Malaysia telah berjaya mengambil sepenuhnya Angkatan Laut Diraja Malaya dari Royal Navy, oleh itu beliau dinaikkan ke pangkat Commodore dan dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Laut Pertama.
Jasa2 Beliau : Beliau memainkan peranan penting bagi menentukan masa depan Angkatan Laut Diraja Malaya termasuk membantu Malaysia semasa era Konfrontasi Indonesia -Malaysia.
Beliau menggalakkan penduduk tempatan untuk menduduki kedudukan pegawai dan memainkan peranan dalam TLDM.
Semasa era pemerintahanya juga rancangan perekrutan baru telah dilaksanakan dan berjaya menarik ramai penduduk tempatan menyertai angkatan laut.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1998 ketika berumur 88 tahun.

Copy and paste from FB
20.7.2019: 2.26 pm

No comments: