Saturday, 13 July 2019

KENAPA NASI LEMAK ITU MAKANAN SIHAT - BAHAGIAN 2

Dr. Norman Norawi
MEMAHAMI ‘KANJI DEGIL’
Di dalam makanan karbohidrat berkanji terdapat 2 jenis kanji iaitu ‘kanji boleh hadam’ (digestible starch) dan ‘kanji tidak boleh hadam’ (resistant starch) yang mana saya lebih suka memanggilnya sebagai ‘KANJI DEGIL’. Kanji yang boleh hadam akan di hadamkan menjadi glukosa yang akan masuk ke dalam saluran darah untuk membekalkan tenaga kepada sel-sel tubuh kita.
Oleh itu jika jumlah kanji boleh hadam ini tinggi, maka paras glukosa darah akan menuncak tinggi selepas kita makan makanan berkanji tersebut, contohnya nasi putih. Kanji degil yang tidak boleh hadam ini bertindak seperti ‘serat’ dalam usus yang mana ia akan keluar dengan najis seperti serat dan tidak dihadamkan menjadi glukosa dalam darah. Oleh kerana itu jika sesuatu makanan karbohidrat berkanji itu mempunyai jumlah kanji degil yang tinggi ia akan menurunkan nilai GI makanan tersebut dan tidak memuncakkan paras glukosa darah. Ini adalah sesuatu yang sangat positif kepada kesihatan terutama kepada pesakit diabetes dan obesiti.
Konsep kanji tak boleh hadam atau ‘kanji degil’ atau resistant starch ini adalah sesuatu yang agak baru dan ramai yang tidak memahaminya sebelum ini. Kajian menunjukkan semua makanan karbohidrat berkanji mempunyai kandungan ‘kanji degil’ ini didalamnya dan ianya berbeza-beza mengikut jenis makanan tersebut. Diantara makanan yang tinggi jumlah kanji degil secara semulajadi adalah pisang muda, oat, keledek, keladi, ubi kayu, beras perang, kacang kuda, legum dan kentang mentah.
Nasi putih bukanlah makanan yang kaya dengan kanji degil ini, oleh kerana itu apabila kita makan maka paras glukosa akan memuncak dengan cepat dan oleh kerana itulah nasi putih di nilai dengan nilai GI tinggi. Ini adalah sesuatu yang tidak baik kepada pesakit diabetes dan juga seseorang yang ada masalah obesiti .
Di Malaysia kita sememangnya telah lama makan pisang muda sebagai masakan kampung yang biasa di makan. Terdapat kaedah dimana kita boleh meningkatkan jumlah kanji degil di dalam nasi putih berdasarkan kajian terbaru, iaitu dengan memasaknya dengan minyak kelapa, kemudian menyejukkannya dengan cepat dalam peti sejuk, kemudian memanaskan semula nasi itu sebelum di makan. Bagi saya ini lah kaedah memasak ‘nasi lemak kukus’ dan walaupun kita tidak menyejukkan nasi lemak selepas di masak, tetapi kaedah masak nasi dengan santan atau minyak kelapa ini sudah cukup untuk menurunkan nilai GI nasi tersebut.
Kajian menunjukkan kandungan ‘kanji degil’ yang tinggi dalam makanan karbohidrat yang kita makan akan membantu dalam memperbaiki masalah rintangan insulin , menurunkan paras glukosa darah selepas makan , meningkatkan penghasilan bahan ‘butyrate’ dalam usus dan membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik dalam usus . Ia juga meningkatkan tenaga, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kepekaan otak dan daya fikir.
BERSAMBUNGGG....
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan:
1. Raigond P, Ezekiel R, Raigond B. Resistant starch in food: a review. J Sci Food Agric. 2015 Aug 15;95(10):1968-78. doi: 10.1002/jsfa.6966. Epub 2014 Nov 21.
2. Zhang G, Hamaker BR. Slowly digestible starch: concept, mechanism, and proposed extended glycemic index. Crit Rev Food Sci Nutr. 2009 Nov;49(10):852-67. doi: 10.1080/10408390903372466.
3. Helbig E1, Días AR, Tavares RA, Schirmer MA, Elias MC. The effect of parboiled rice on glycemia in Wistar rats. Arch Latinoam Nutr. 2008 Jun;58(2):149-55
4. M Denise Robertson Alex S Bickerton A Louise Dennis et al. Insulin-sensitizing effects of dietary resistant starch and effects on skeletal muscle and adipose tissue metabolism. The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 82, Issue 3, September 2005, Pages 559–567, https://doi.org/10.1093/ajcn/82.3.559
5. Behall KM1, Scholfield DJ, Hallfrisch JG, Liljeberg-Elmståhl HG. Consumption of both resistant starch and beta-glucan improves postprandial plasma glucose and insulin in women. Diabetes Care. 2006 May;29(5):976-81.
6. David L. Topping, and Peter M. Clifton. Short-Chain Fatty Acids and Human Colonic Function: Roles of Resistant Starch and Nonstarch Polysaccharides. Physiological Reviews. Volume 81, Issue 3, July 2001, Pages 1031-1064
Copy and paste : FB Dr. Norman Norawi
13/7/2019: 1.50 am

No comments: