Monday, 24 January 2022

RASULULLAH SAW DALAM AGAMA BUDDHA


Agama Buddha adalah sebuah agama yang bersifat falsafah yang berasaskan ajaran yang diajarkan Sidartha Gauthama Buddha. Ajaran ini hari ini menjadi salah satu daripada agama yang paling besar dan banyak pengganut agamanya, kira-kira 370 Juta orang.

Tahukah anda bahawa di dalam agama Buddha, di dalam kitab suci yang dibaca oleh pengganut Buddha turut tidak mahu ketinggalan bercerita mengenai siapakah dia Muhammad? Tidak percaya? Saya bawakan anda contoh-contoh yang boleh membuka mata anda.

Di dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76 ada menyebut yang seperti berikut:

“Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”

Perkataan `Maitreya’ di dalam bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali bererti dia yang memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra.

Kemudian, saya ajak kalian untuk meneliti ayat ini. Daripada Al-Quran:

“Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Apakah ‘Maitreya’ ini adalah menceritakan mengenai Muhammad? Wallahualam.


-HE-

Copy and paste:
24 Januari 2022 > 201 Jamadilakhir 1443H: 11.10 am

No comments: