Monday, 31 January 2022

Prasasti Sebagai Bukti Sejarah



Raja-raja Melayu sama ada dari Sumatera atau di tanah besar Asia (Indochina dan semenanjung) mempunyai standard tersendiri dalam mengabadikan kerajaan mereka.Mereka pasti memahatkan kewujudan kerajaan mereka dalam bahasa Melayu Kuno.Inilah kepentingan prasasti.Kamu anak-anak Melayu semua wajib kenal semua prasasti-prasasti ini.Prasasti ni sebagai 'senjata' untuk menangkis apa jua pembohongan sejarah.Nenek moyang telah bersusah payah mengabadikan bahasa dan sejarah bangsa pada batu bersurat;seakan kapsul masa pada hari ini.

Malahan nama 'Malayu' itu jelas terpahat dalam prasasti,rekod dan manuskrip.Inilah kepentingan prasasti.Setakat ini setahu saya ada dua prasasti di Asia Tenggara yang terpahat amat jelas ejaan 'Malayu' itu.

Pertama Prasasti Tembaga Jaya Singa Himat keluaran sekitar abad ke 10-13 Masehi,berbahasa Melayu Kuno dari Palembang.
Kedua Prasasti Hanchey berusia abad ke-6 Masehi di Kemboja yang bertulisan Khmer dalam bahasa Khmer Kuno campur Sanskrit.

Manakala di dalam manuskrip,jumlahnya amat banyak.Tidak termasuk pelbagai variasi sebutan mengikut dinasti di China dan sebutan rekod Tamil,Sinhala,Pali dan Sanskrit.Dalam rekod Jawa lagilah banyak.
Dalam kakawin-kakawin era Majapahit memang tercatat kata 'bhumimalayu' dan 'malayupura'. Dalam rekod Thai terutama era Ayutthaya pun ada,tambahan pula bahasa Melayu antara bahasa pengantara dalam istana Ayutthaya.
Ini saya ambil dari tesis oleh Davisakd Puaksom untuk Doktor Falsafahnya di Universiti Nasional Singapura.Beliau telah menemui banyak bukti mengejutkan tentang pengaruh bahasa Melayu sebagai lingua franca di dalam istana Ayutthaya.

Kesimpulannya,melalui prasasti,manuskrip dan rekod,kita mampu tersenyum megah dan hanya melihat gelagat para pembohong sejarah terkinja-kinja di hadapan kita.Modal mereka air liur dan cerita fantasi mereka.Kita ada prasasti,rekod dan manuskrip.Hanya orang gila sahaja yang menafikan kepentingan prasasti dan manuskrip.Tamadun yang malas menulis dan mencatat adalah tamadun orang gua dan monyet-monyet.
Kita punya tamadun yang menulis dan mencatat. Kita setaraf tamadun Sumeria,Mesir Purba,China dan Lembah Indus.Semua tamadun itu meninggalkan bukti-bukti berupa rekod tulisan dan bahasa. Seluruh sarjana linguistik dan morfologi mengiktiraf prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno kita. Dahulu kita penguasa seluruh Asia Tenggara. Bahawa dahulu kita punya empayar yang agung. Kita pribumi Asia Tenggara.Di sini tempat tumpah darah kita!

Saya membawakan beberapa kajian kes adalah untuk melatih anda supaya menggunakan semua bahan bertulis yang diusahakan oleh nenek moyang kita bagi menentang pembohongan sejarah.Ini semua ibarat senjata paling ampuh.Jika anda pandai menggunakannya anda akan jadi seperti saya.Semangat sesetengah orang dalam menaikkan prestij sukukaum mereka walaupun mereka tahu kaum mereka tidak punya apa-apa bukti,adalah sesuatu yang patut diinsafi oleh anak-anak Melayu.Kamu semua ada bukti yang kukuh,apa lagi,gunakan!!



Copy and paste:
31 Januari 2022 > 28 Jamadilakhir 1443H: 4.35 pm

No comments: