Friday, 21 January 2022

ORANG JEPUN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN TERBARU SEJARAH MELAYU!


[LIKE & SHARE BAGI MENYEBARKAN BERITA GEMBIRA UNTUK BANGSA MELAYU]

Apakah agaknya yang menyebabkan orang Jepun ini terkejut? 
Yuji Hamada iaitu seorang pengkaji dari Jepun merangkap Konsulat Jeneral kerajaan Jepun di Sumatera berasa sangat terkejut dengan penemuan artifak dan ekofak manusia prasejarah di Tanoh Gayo oleh ahli arkeologi Medan.

Beliau sebenarnya berasa terkejut apabila melawat ke tapak penggalian arkeologi loyang Ujung Karang, daerah Kebayakan, Aceh Tengah. Menurut beliau “Saya baru pertama kali datang ke sini, dan saya sangat terharu melihat bukti kehidupan prasejarah manusia Asia ditemukan di sini,”

Dia lebih takjub apabila mengetahui bahawa kebudayaan prasejarah di Gayo adalah lebih kuno daripada orang Batak, di Sumatera Utara.“Di kawasan Takengon ini ternyata ada bukti kehidupan orang Melayu kuno yang amat luar biasa,” kata beliau yang sebenarnya mempunyai kelulusan akademik dalam bidang antropologi.

Bukti sejarah tersebut, kata dia, harus diketahui dunia. Penemuan Ini bukan sahaja memperkayakan sejarah Indonesia, tetapi dunia khususnya Asia pasifik atau Nusantara, sebab kebanyakan orang Austronesia tersebar di Asia Pasifik termasuk juga Amerika dan Madagaskar.

Tamadun Jepun baru berusia 2.000 tahun sahaja, tetapi kebudayaan prasejarah di tapak tersebut sudah berusia 7.000! Kalau orang Jepun sendiri kagum, terharu malah takjub dengan sejarah bangsa kita, mengapa pulak kita terhegeh-hegeh membanggakan diri dengan tamadun barat dan memperlekeh tamadun sendiri?

Ternyata penemuan ini mengukuhkan lagi hujah bahawa masyarakat rumpun Melayu itu berasal dari dataran Sunda atau Asia Tenggara dan bukan bergerak dari Yunnan, Asia Tengah mahupun Taiwan. Bukti penemuan ini juga dapat menangkis tohmahan segelintir pihak yang ‘takut tak bertempat’ yang mengatakan bahawa orang Melayu itu adalah pendatang atau bangsa Melayu itu sebenarnya tidak wujud kerana umum diketahui bahawa masyarakat Gayo yang ada sekarang adalah masyaralat Melayu Proto dan berada dalam rumpun Melayu yang sangat rapat.

Golongan yang sentiasa mahu menggugat sejarah dan ketamadunan Melayu ini harus sedar bahawa betapa banyak pun tohmahan serta kepalsuan yang cuba disebarkan mereka, bukti-bukti saintifik serta arkeologi tidak dapat disanggah mahupun ditolak dengan mudah. Mereka mengatakan bahawa orang Melayu sengaja menyorokkan sejarah sebenar, namun sebaliknya merekalah yang mahu membenamkan sejarah realiti orang Melayu. Sepatutnya mereka menerima kenyataan dan cuba hidup dengan harmoni dan bukan mencari masalah atau mengganggu gugat keharmonian hubungan kaum yang telah diperjuangkan oleh kerajaan sejak merdeka lagi. Sekian.

-Al Semantani-

Copy and paste:
21 Januari 2022 > 19 Jamadilakhir 1443H: 9.42 pm

No comments: