Monday, 31 January 2022

ALIEN / MAKHLUK ASING DI DALAM AL-QURAN

KREDIT KPD: ZUL SEGAMAT

Alien… ET atau Extra Terrestrial… saya lebih tertarik menggunakan istilah Extra Intelligence Terrestrial yang dalam bahasa melayu bermaksud Makhluk Asing Yang Bijak. Sejak akhir-akhir ini minat saya tertumpu kepada makhluk di luar dunia ini yang selalu kita sebut sebagai Alien.

Apabila membicarakan tentang alien atau makhluk asing,secara langsung terdapat perkaitannya dengan UFO (Unidentified Flying Object) atau Objek Terbang yang tidak dikenali.

Kajian-kajian oleh para saintis dan juga berdasarkan kepada laporan pemerhatian awam, mendapati fenomena kemunculan alien di bumi kita ini amat luarbiasa sekali banyaknya beberapa tahun kebelakangan ini. Makhluk asing atau Alien dan juga UFO menjadi satu berita dan perdebatan yang hangat di seluruh dunia.

Situasi ini berlaku disebabkan oleh sifat ingin tahu manusia yang melihat sesuatu benda dan tidak boleh mengenalpasti apakah yang di lihat menyebabkan mereka cuba untuk cuba mencari bukti-bukti lain untuk memenuhi naluri perasaan ingin tahu mereka,

Melalui bukti-bukti yang manusia kumpulkan mereka juga cuba untuk berkongsi maklumat dan mempengaruhi (influence) orang lain terhadap apa yang mereka lihat atau pengalaman yang telah mereka lalui.

Rekod menunjukkan bahawa alien dan UFO telah mula berkunjung ke bumi sejak zaman ribuan tahun dahulu. Semenjak dari dahulu makhluk asing telah mengadakan perhubungan secara langsung dengan pendiuduk bumi bagi sesetengah bangsa atau kaum terdahulu mengangap mereka sebagai tuhan.

Berdasarkan kepada catatan dan rekod, terbukti bahawa kehadiran makhluk asing ke bumi telah membawa kepada suatu keadaan yang boleh dikatakan sebagai” technology transfer”, memindahkan teknologi mereka untuk kegunaan manusia di bumi membantu membangunkan peradaban manusia.

Pembinaan pelbagai jenis piramid di seluruh pelusuk duni seperti The Great Pyramid of Cholula, juga di kenali sebagai di Tlachihualtepetl Cholula, Puebla, Mexico, Piramid Agung atau Pyramid of Khufu di Giza Mesir,Piramid Nubian di Meroƫ , Sudan , pyramid Hellinikon di Argolid, Greece dan Piramid Bulan atau Pyramid of the Moon Teotihuacan di Mexico.

Selain piramid, banyak lagi peninggalan lama (ancient relic) yang ditemui memperkuatkan lagi hujah terhadap kewujudan teknologi silam (ancient technology) yang tidak boleh di sangkal oleh manusia zaman moden. Dari manakah teknologi ini datang?

Berikut adalah 2 contoh teknologi silam yang masih lagi digunakan pada zaman moden kini dengan sedikit pengubahsuaian.

Sistem computer analog (Antikythera mechanism) pertama dipercaya telah di bina kira-kira 150 hingga 100 tahun sebelum masehi

Heron (Raja Heron atau Hero of Alexanderia telah menggunakan system pintu automatic Aeolipile pertama didunia pada abad pertama sebelum masehi.

Selain itu terdapat artifak-artifak dan relik-relik yang di temui oleh arkeologi di seluruh pelusuk dunia, boleh digunakan sebagai bukti kehadiran makhluk asing ini pada zaman silam. Jika benar makhluk asing yang bajiksana ini wujud sejak zaman dahulu membantu memperkembangkan tamadun dan kebudayaan silam, adakah kehadiran mereka pada hari ini masih lagi membawa maksud atau niat yang sama atau… ada niat yang lain pula?

Jenis-Jenis Makhluk Asing

Beberapa maklumat tentang Jenis-Jenis Alien yang di ketahui pernah hadir ke bumi. Kesahihannya adalah diragui sementelah tiada bukti-bukti jelas dan tiada perhubungan secara formal berlangsung yang terbukti sehingga di antara mana-mana kerajaan di dunia ini dengan warga alien ini. Walaupun banyak teori konspirasi dikeluarkan namun tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.

Berdasarkan kepada foto-foto yang boleh dicari di Internet, seperti manusia juga bagi makhluk asing terdapat pelbagai bangsa makhluk asing yang kita kenali hanya sebagai alien atau alien race’s. Anda mungkin kenal salah satu darinya?

UFO, Alien dan Sejarah Peradaban Manusia

Berikut ialah beberapa lokasi yang anda boleh ‘google’ untuk melihat foto serta penerangan lanjut:

Lokasi: Gua Tolo, Tanzania
Masa: kira-kira 2900 tahun dahulu
Medium: Dinding Gua
[Keterangan: Objek berbentuk seperti piring terbang, dan juga beberapa objek bercahaya di bahagian bawah grafiti]

Lokasi : Tassili, Gurun Sahara, Afrika Utara
Masa: 6000 tahun sebelum Masehi
Medium : Dinding Gua
[Keterangan: Lembaga yang dikenalpasti bukan manusia dan kelihatan juga piring terbang di sudut kiri gambar]

Lokasi : Toro Muerto, Peru
Masa : 12000 hingga 14000 tahun dahulu
Medium: Batu keras.
[Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga yang mempunyai kepala yang bercahaya. Kelihatan juga objek kelihatan seperti kapal angkasa]

Lokasi : Querato, Mexico
Masa: 5000 sebelum masehi
Medium: Dinding Batu (Petroglyph)
[Keterangan : Kelihatan beberapa lembaga yang disifatkan sebagai manusia mendepangkan tangan terhadap satu objek bercahaya yang dikenalpasti sebagai matahari. Turut kelihatan beberapa piring terbang berada didepan matahari tersebut]

Lokasi : Sego Canyon, Utah, Amerika Syarikat
Masa: 5500 tahun sebelum masehi
Medium : Batu Keras.
[Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga yang dikenal pasti bukan manusia berdasarkan kepada benuk mata yang besar, seperti yang terdapat pada gambaran aliens pada masa kini]

Lokasi : New Kingdom Temple, Mesir ( beberapa ratus batu dari selatan Kaherah)
Masa : Kira-kira 3000 tahun dahulu
Medium: Blok Siling ( Batu yang diukir/tempa)
[Keterangan: Amat menakjubkan kelihatan beberapa lakaran tepat kenderaan moden yang amatdikenali pada hari ini seperti helicopter, kapal terbang, glider (Star Wars: Episode I – The Phantom Menace (1999)) dan kapal selam]

Lokasi : Palenque, Negeri Chiapas Mexico
Masa : lebih kurang 650 tahun selepas masehi
Medium: Ukiran di Batu penutup Makam Pacal (Pakal) Raja Mayan
[Keterangan: secara amnya batu ini menceritakan pengembaraan seorang raja selepas meninggal dunia, menaiki sebuah mesin pengangkutan. Mesin tersebut lengkap mempunyai bekalan oksigen alat pemanduan dan juga mempunyai pedal kaki serta mempunyai muncung roket yang mengeluarkan api di bahagian belakangnaya. Alat pengangkutan ini dikenali sebagai mesin pengembaraan angkasa lepas (Space traveller ) bagi sesetengah pengkaji]

Carl Sagan seorang cendekiawan angkasa lepas apabila ditanya apakah dia percaya akan kewujudan makhluk asing. Jawabnya “If there are only us, the universe is such a waste of space

Sila rujuk ke galeri Internet untuk melihat lakaran, lukisan dan grafiti manusia purba berkenaan sejarah lebih lanjut Ufo, Alien dan Sejarah peradaban manusia.

Pertembungan Alien Dan UFO Dengan Manusia Zaman Moden

Pada zaman moden ini pertambungan Alien dan ufo dengan manusia telah kerap kali diperkatakan. Pelbagai bukti berbentuk gambar-gambar fotografi, audio dan visual dikemukakan.

Namun begitu manusia masih lagi was-was dan tidak pasti kerana pertembungan tersebut berlaku secara tidak disengajakan. Terdapat banyak teori konspirasi berkenaan dengan amalan sesetengah kerajaan pemerintah, terutamanya kuasa-kuasa besar yang sengaja menafikan kewujudan makhluk angkasa yang bijak ini.

UFO: The Greatest Story Ever Denied

Saya pernah terbaca satu artikel berkenaan kini telah tiba waktunya bagi kerajaan Amerika mendedahkan segala rahsia yang tersimpan lebih 50 tahun berkenaan pertembungan di antara manusia dan makhluk asing kepada rakyatnya dan kepada dunia.

The Disclosure Project melalui pengarahnya Dr. Steven Greer telah berjaya mengumpulkan ramai individu-individu profesional yang berkerja di organisasi-organisasi rahsia yang bersedia untuk mendedahkan apakah yang berlaku didunia ini sebenarnya. 

Dokumentari ini juga menerangkan tentang organisasi di belakang kerajaan yang amat berkuasa mengawal segala aktiviti kerajaan Amerika syarikat, sehinggakan Presiden Amerika juga tidak berupaya mengawal mereka. Organisasi yang tidak terletak di bawah mana undang-undang atau peraturan ini yang menjadikan segala “event” yang berlaku di dunia ini adalah sesuatu yang telah dirancang sejak sekian lama semata-mata kerana tamakkan kuasa dan wang.

Mereka ini mengeksploitasikan teknologi angkasa lepas makhluk asing yang diperolehi untuk kepentingan sendiri. Lihat, dan fikir-fikirkanlah…

Alien, UFO di dalam Kitab Al Quran

Bismillaaahir-rahmaanir-rahiim…(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani)

Alien, UFO atau makhluk asing, adakah benar mereka ini wujud?

Persoalan seperti ini seringkali berlegar-legar di kepala dan minda kita. Tiada jawapan yang diperolehi dan akhirnya persoalan ini di tinggal sepi, menantikan kehadiran seseorang yang lain untuk memberikan jawapan.

Inilah diri saya, diri anda, diri kita semua yang sebenar. Tiada apa yang perlu dimalukan. Inilah hakikat yang sebenar tentang diri kita, mengharap, mengharap dan terus mengharap orang lain berfikir dan mencari jawapan bagi kita semua.

Persoalan berkenaan kewujudan Alien ini bermain di fikiran saya setelah saya melawat satu laman web yang menceritakan kewujudan Crop Circle. Persoalan yang timbul pada diri saya… siapakah membina jika bukan dibina oleh manusia… adakah ini kerja ALIEN? Jadi benarkah Alien atau makhluk asing ini wujud?

Pencarian berdasarkan rekod dan bukti yang wujud adalah berasaskan kepada maklumat rekod-rekod zaman dahulu dan juga berdasarkan kepada bukti-bukti saintifik. Bagaimana pula dengan Al Quran?

Adakah maklumat berkenaan makhluk asing di dalam Al Quran? Jika betul ada, disebut dalam juzuk apa, surah apa dan ayat apa? Ataupun tiada langsung?

Setelah meneliti beberapa buku berkaitan tentang kewujudan makhluk asing dan perkaitannya dengan Al Quran, berikut adalah beberapa fakta yang dapat diutarakan yang dipetik dari buku-buku berkenaan. Seandainya ada kekurangan, anggaplah kekurangan itu sebagai kekurangan dan kelemahan seorang hamba Allah yang serba kekurangan, dan sangat kerdil di sisiNya.

Berikut adalah penelitian saya terhadap Al Quran terhadap ayat-ayat (yang mungkin) boleh dirujukkan kepada kewujudan makhluk asing di dunia ini.

Apabila saya mula mengupas perkara ini, persoalan ini seringkali bermain di minda saya… Perlukah kita berbincang, berbicara dan berhujah berkenaan UFO atau Alien yang sememangnya ghaib (tak pernah nampak atau jumpa pun) dari pandangan mata sebahagian dari kita?

Firman Allah Surah surah Al-Baqarah (Juzuk 2 ayat 2)

Kitab (al-Quran) ini, tiada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Firman Allah Surah Al-Ankabut (Juzuk 29 ayat 52)

Katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi. –

Firman Allah Surah Al-Mujaadalah (Juzuk 58 ayat 11)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Firman Allah diatas digunakan bagi menolak hujah-hujah kepada umat manusia yang tidak mahu belajar dan mengkaji sesuatu perkara yang wujud di muka bumi.

Firman Allah berkenaan menjelaskan umat manusia digalakkan untuk belajar dan mengkaji sesuatu perkara asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum-hukum Allah. Dan apabila kita tersesat atau kehilangan punca, maka hendaklah kita kembali kepada kitab Allah dan juga rasulnya.

Firman Allah Surah An nur (Juzuk24 ayat 42)

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

Firman Allah Surah Fussilat (Juzuk 41 ayat 44)

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.

Sebagai seorang umat Islam apa pun perbicaraan dan perbincangan serta pelajaran hendaklah kita merujuk Al Quran sebagai sumber rujukan yang utama, lebih utama dari kitab-kitab yang terdahulu. Al Quran telah diturunkan oleh Allah untuk menjadi panduan kepada manusia di muka bumi ini.

Firman Allah Surah An Nisaa’ (juzuk 4 Ayat 174)

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

Firman Allah Surah At-Taubah (juzuk 9 Ayat33)

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Firman Allah Surah Yunus( Juzuk 10 ayat 57)

Wahai manusia!Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran (al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh kepada penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

Firman Allah Surah surah al-Jathiyah (Juzuk 45 ayat 20)

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

Jelas, kita sebagai hamba Allah hendaklah meninggikan agama Islam atas segala agama-agama yang lain.

Melalui rujukan yang dibuat Al Quran tidak pernah menceritakan secara terus terang tentang kewujudan makhluk lain selain dari manusia di bumi Allah ini. Namun begitu ada beberapa surah yang saya rasakan boleh atau memberi maksud dan pengajaran tentang kewujudan makhluk lain yang bijak, selain dari Manusia, Malaikat, Jin dan syaitan di alam ini.

Terdapat banyak artikel yang berhujah tentang kewujudan Alien dan Ufo.

Berbicara Tentang Alien di dalam Al Quran

Benarkah ada kehidupan lain di luar dunia ini? Persoalan yang diutarakan ini akan mengundang pelbagai reaksi, dan mempunyai pelbagai jawapan yang berbeza-beza. Jawapan yang diterima kemungkinan sekali ialah tidak dan tidak pasti.

Mengapa?
Kerana ragu-ragu.
Mengapa ragu-ragu?

Kerana kebergantungan kita kepada penemuan yang dilakukan oleh ilmuan-ilmuan dari barat. Ini yang berlaku pada masa ini iaitu umat manusia khususnya orang Islam lebih cenderung dan lebih percaya kepada orang Ilmuan dari barat.

Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Mencipta, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah mencipta pelbagai makhluk tidak terhingga banyaknya. Kita sebagai makhluk Allah hanya mengenali sebahgian kecil sahaja makhluk-makhluk Allah ini, dan banyak lagi selain dari manusia dan haiwan yang tidak kita kenali juga tidak kita ketahui.

Apabila kita berbicara tentang sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan jelas, tentang alam ghaib, ruang perbicaraan kita amat luas seakan tiada penghujungnya. Allah memang mewajibkan kita untuk percaya atas kehadiran makhluk ghaib dan juga alam ghaib sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah berikut.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (juzuk 2 ayat 4)

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Apabila kita diminta percaya kepada perkara-perkara ghaib seperti hari akhirat dalam surah di atas, sudah tentulah kewujudan makhluk asing atau alien itu bukan sesuatu yang mustahil.

Makhluk asing yang bijaksana atau Extra Terestrial Inteligence atau alien sememangnya tidak diterangkan dengan nyata di dalam Al Quran, tetapi di dalam Al Quran ada disebutkan beberapa ayat yang boleh ditafsirkan kepada kewujudan makhluk asing ini.

Surah Al-Imran (Juzuk 3 ayat 83)

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari Agama Allah? Padahal kepada Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

Berdasarkan kepada pengajaran, pelajaran dan pemahaman yang diterima oleh kita semasa membesar, makhluk tuhan yang wujud di muka bumi adalah umat manusia, kerana hanya manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Bagaimana pula dengan Jin, iblis dan syaitan? Sudah tentulah mereka juga makhluk Allah yang wujud di muka bumi ini walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Bagaimana dengan makhluk di langit? Sudah tentulah jawapannya adalah para malaikat seperti Jibril dan Mikail.

Jika diteliti “makhluk di langit” yang disebut di dalam ayat ini sudah tentulah bukan para malaikat, kerana malaikat tidak pernah menyengutukan Allah dengan mencari agama lain selain dari agama Allah. Pemahaman yang lebih luas menunjukkan bahawa ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada malaikat, manusia, jin, iblis dan syaitan, tetapi juga kepada makhluk Allah yang lain yang mendiami langit atau planet-planet lain selain dari bumi bahawa Allah maha berkuasa keatas mereka.

Surah Yasin (Juzuk 36 Ayat 82)

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ”Jadilah engkau!“ Maka jadilah ia.

Firman Allah surah Ar-Ra’d (Juzuk 13 ayat 15)

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

Di dalam ayat ini terdapat perkataan dalam bahasa Arab iaitu “MAN”.

Perkataan “MAN” ini biasanya digunakan untuk makhluk selain dari manusia tetapi mempunyai akal fikiran seperti manusia.

“MAN” biasanya digunakan untuk manusia yang tinggal di bumi yang mempunyai akal fikiran, tetapi di dalam ayat ini “Man” juga ditujukan kepada makhluk selain dari manusia yang tinggal di langit agar turut sujud kepada Allah.

Di dalam konteks perbincangan ini kemungkinan “MAN” di dalam ayat ini adalah makhluk asing yang bijaksana ataupun Alien, yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT.

Firman Allah SWT Surah Ibrahim (Juzuk 14 ayat 19)

Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak? Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mengganti(mu) dengan makhluk yang baru.

Di dalam surah di atas, Allah menjelaskan kekuasaannya kepada umat manusia bahawa Allah boleh pada bila-bila masa dan ketika mengantikan kita umat manusia dengan makhluk yang baru jika kita tidak beriman dan mendustakannya. Al Quran secara jelas menerangkan kemusnahan kaum-kaum yang menyengutukan Allah seperti kisah kaum Ad, kaum Thanud dan Kaum Saba, dan digantikan dengan kaum yang baru.

Pandangan terhadap “makhluk yang baru” ini jika berdasarkan kepada pemikiran dan rujukan kita berasaskan kepada kisah di dalam Al Quraan adalah penggantian terhadap kaum umat manusia yang lain.

Akan tetapi jika kita pandang dari perspektif yang lebih luas, ayat ini menjelaskan kekuasaan Tuhan untuk mengantikan manusia dengan makhluk yang baru yang boleh ditafsirkan selain dari manusia, jika manusia mengingkari perintah Allah SWT.

Adakah Allah berkuasa untuk berbuat demikian? Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Memiliki Kekuatan dan Maha Sempurna Kekuatannya.

Firman Allah dalam surah Al-Isra’ (juzuk 17 ayat 70)

Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan.

Surat Al Isra menjelaskan tentang kelebihan anak-anak Adam yang ada di muka bumi ini. Sebab Al Quran di turunkan melalui Nabi Muhamad kepada seluruh umat iaitu cucu-cicit anak nabi Adam.

Allah berfirman:

“kami lebihkan mereka kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.

Di dalam surah ini, Al Quran menjelaskan bahawa makhluk-makhluk ciptaan Allah tidak hanya terdiri dari makhluk yang kita kenali atau tahu yang wujud di muka bumi ini sahaja. Allah juga telah mencipta makhluk-makhluk lain yang mungkin kita belum kenali dan berada di luar dunia kita.

Firman Allah Surah Al-Baqarah (Juzuk 2 ayat 21)

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

”Orang-orang terdahulu daripada kamu” boleh ditafsirkan kepada beberapa tafsiran, di antaranya ialah orang-orang terdahulu sebelum wujudnya agama islam, seperti orang Yahudi atau pun orang Nasrani, atau ia juga boleh ditafsirkan sebagai orang-orang zaman purba (ancient people).

Mungkinkah kita memberi tafsiran yang lebih luas lagi, iaitu orang-orang terdahulu daripada kamu adalah makhluk-makhluk lain yang Allah ciptakan di dunia yang lain?

Berdasarkan kajian sejarah, bukan manusia sahaja makhluk Tuhan yang telah wujud sejak zaman dahulu (ancient people). Tetapi terdapat juga astronaut purba (ancient astronaut).

Ini dapat dilihat dari tulisan dan lakaran-lakaran yang terdapat di gua-gua masa silam di mana pada waktu itu tulisan belum wujud. Tetapi manusia silam berkebolehan pula merekod peristiwa penting yang berlaku dalam bentuk lakaran dan juga lukisan. Jika tafsiran yang lebih luas ini diambil kira, dapat difahami bahawa makhluk asing yang bijak ini pun sememangnya wujud kerana mereka juga makhluk Allah

Apabila tafsiran yang lebih luas diberikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah, secara langsung kita juga memberi tafsiran yang luas kepada dunia, langit dan bumi.

Oleh itu apa yang dimaksudkan dengan dunia sudah tentulah bukan bumi sahaja, tetapi seluruh alam semesta. Ini kerana jika di dalam Al Quran disebut bahawa dunia ini akan dihancurkan apabila berlakunya hari kiamat, sudah tentulah kehancuran tersebut bermaksud kehancuran seluruh alam semesta dan bukan bumi sahaja yang musnah.

Alam ciptaan Allah ini amat luas, mempunyai beratus–ratus juta atau lebih bintang. Apabila alam ini mempunyai beratus-ratus juta bintang, bermaksud bintang-bintang tersebut masih lagi boleh dikira.

Cerdik pandai seringkali menggunakan perumpamaan jumlah bintang di langit sama seperti butiran pasir di pantai. Tidak dapat dihitung satu persatu.

Apabila Allah SWT mencipta alam yang seluas demikian yang mempunyai berjuta-juta planet, adakah hanya satu planet sahaja iaitu bumi yang mempunyai makhluk ciptaannya, dan planet-planet lain tidak? Sedangkan setiap sesuatu yang diciptakan oleh itu mempunyai ketentuan serta mempunyai peranan dan tanggung jawab yang tertentu.

Firman Allah Surah Al Imran (Juzuk 3 ayat 83)

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

Di dalam surah Al Imran di atas ini, apabila “SAMAWAT” itu ditafsirkan sebagai langit, berdasarkan kepada hukum akal manusia adakah manusia boleh hidup di langit? Ini kerana secara fitrahnya manusia hanya boleh hidup di bumi sahaja.

Namun apabila tafsiran secara lebih meluas bahawa “SAMAWAT” itu adalah bintang-bintang atau planet-planet maka mengikut hukum akal manusia ada makhluk Allah di luar sana yang tinggal di langit bermaksud menjadi penghuni planet-planet ciptaan Allah.

Surah Al Imran ayat 83 ini juga menyatakan dengan jelas bahawa Allah telah menjadikan Islam sebagai agama orang-orang di langit (di bintang dan planet-planet) dan orang-orang yang terdapat di Bumi dengan secara patuh dan terpaksa. Jika tafsiran ayat ini diperkembangkan lagi, adalah jelas bahawa Allah SWT telah menyampaikan kepada umat manusia bahawa terdapat makhluk-makhluk yang tidak kenali di luar muka bumi ini dan ada di antara mereka beragama Islam. Makhluk yang tidak dikenali ini kita panggil sebagai Makhluk Asing yang bijaksana atau Alien.

Firman Allah Sura At-Talaaq (Juzuk 65 ayat 12)

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

Pentafsiran “SAMAWAT” sebelum ini membawa maksud langit dan di dalam surah ini menerangkan Allah SWT menciptakan tujuh petala langit.

Apabila umat manusia berbicara tentang langit, perbincangan tentang langit terhenti begitu sahaja kerana ia merangkumi alam ghaib yang tidak diketahui oleh manusia.

Al Quran itu diturunkan oleh Allah untuk memberikan petunjuk kepada manusia tentang berbagai-bagai persoalan, baik menyangkut masalah ibadah maupun tentang ilmu pengetahuan dan tekhnologi yang tidak boleh dijawab oleh akal manusia.

Jika ayat- ayat Al Quran tidak boleh difahami menurut akal fikiran manusia mahupun ilmu pengetahuan, untuk apa Al Quran itu diturunkan?

Oleh itu,

Firman Allah Surah Al mu’minnun (juzuk 23 ayat 17)

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.

Tujuh jalan di atas kamu membawa pelbagai pengertian dan tafsiran.

Jalan-jalan ini juga boleh dimaksudkan sebagai orbit-orbit planet-planet dan juga makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang terletak berhampiran dengan bumi.

Firman Allah Surah Nuh (juzuk 71 ayat 16)

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,” Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang).

Tetapi apabila samawat itu diberi maksud sebagai planet-plenet dan bintang-bintang yang terletak di angkasa raya, ayat ini menerangkan dengan jelas kewujudan hubungan diantara planet-planet tersebut dengan planet bumi.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Talaaq (Juzuk 65 ayat 12)

“Perintah Allah berlaku terus menerus diantara langit dan bumi”

Segala perintah Allah kepada umat manusia, begitu jugalah perintah Allah kepada makhluk-makhluknya yang lain. Apabila tiba ketentuan masa maka berlaku urusan terus menerus diantara keduanya iaitu langit (planet-planet lain) dan bumi.

Makhluk-makhluk Allah yang berada di Samawat (planet-planet lain ini) akan berurusan dengan masyarakat yang ada di bumi ini tentang berbagai bagai perkara, seperti hubungan perdagangan, mungkin juga hubungan antara agama, dan kemungkinan juga perang di antara planet.

Sebagian besar orang-orang Islam beranggapan bahawa Samawat bermaksud langit, sehingga Allah menciptakan langit itu berlapis tujuh. Namun dimanakah lapisan langit-langit berkenan kerana tidak pernah ditemui lapisan langit berkenaan?

Oleh kerana perkara ini berkaitan dengan perkara ghaib, kebanyakan dari kita hanya mengambil pendekatan memulangkan balik perkara ini kepada Allah, kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan maha Bijaksana… terlalu mudah?

Apabila kita berhadapan atau berhujah dengan sesiapa sahaja yang bukan beragama Islam, penerangan seperti ini menjadikan mereka dari barat tidak mempercayai kewujudan dan kekuasaan Allah SWT, kerana langit yang berlapis tujuh itu tidak pernah ditemui dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya sehingga kini.

Al Quran itu diturunkan oleh Allah kepada seluruh hambanya untuk memberikan petunjuk dan panduan kepada manusia terhadap pelbagai persoalan, baik menyangkut masalah ibadah maupun tentang ilmu pengetahuan dan teknologi.

Jika dapat dibuktikan oleh orang bukan Islam bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam Al Quran ini tidak boleh difahami menurut akal dan fikiran, maupun ilmu pengetahuan manusia, contohnya tentang Samawaat, itu tiada, belum ditemui atau mungkin dirahsiakan, untuk apa Al Qur’an itu diturunkan?

Dan untuk apa manusia diberi akal dan fikiran jika tidak digunakan untuk berfikir?

Sehingga bilakah muslimin muslimat berharap agar orang lain pula berfikir untuk mereka dan menerima bulat-bulat penjelasan orang lain yang tidak seagama dengan mereka?

Firman Allah dalam surah Al Anfaal (Juzuk 8 ayat 22)

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Firman Allah dalam Surah As-Syuura (Juzuk 42 ayat 29)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

Firman Allah SWT di dalam ayat ini menjelaskan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap segala kejadian di langit dan dibumi.

Apa yang menariknya dalam terjemahan ayat ini adalah ayat berikutnya “serta segala ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata ( dabbatin)”.

Tafsiran secara umum makhluk-makhluk yang melata itu biasanya terdiri dari manusia yang menjadi penghuni planet bumi ini. Ini kerana secara umumnya ayat ini dan Al Quran diturunkan untuk hanya untuk umat manusia, dan hanya manusia itu sendiri yang memahami Al Quran berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang terdapat pada mereka.

Namun, jika diteliti dengan mendalam, ayat ini juga turut menjelaskan makhluk Tuhan bukan sahaja yang terdapat di planet bumi sahaja, tetapi juga di langit, bintang-bintang atau planet-planet (assamawatiwal-ard).

Persoalannya siapakah atau apakah makhluk Allah yang tinggal di langit, bintang atau planet-planet lain selain bumi? Adakah Alien?

Dalam pada itu penafsiran terhadap makhluk yang melata juga sebenarnya agak bertepatan dengan rupa bentuk makhluk asing yang pernah ditemukan atau ditemui oleh para saksi. Makhluk yang melata di bumi ini bukan sahaja terdiri dari manusia. tetapi ada juga makhluk-makhluk lain yang melata di bumi Allah SWT ini seperti ular, cicak, mengkarung dan lain-lain (reptilia).

Bentuk-bentuk reptilia ini (biasanya bentuk kepala) sering kali ditemukan di dalam lukisan, grafiti dan juga objek-objek yang dilukis dan dibentuk oleh manusia zaman dahulu kala.

Adakah manusia pernah bertembung dengan makhluk-makhluk seperti ini sejak zaman dahulu?

Adakah makhluk-makhluk ini sering mengunjungi bumi?

Dah sebagai muslimin muslimat, jika “mereka” ini wujud sudah tentulah “mereka” juga makhluk Allah.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur (juzuk 24 ayat 45)

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sekian.. semoga bermanfaat difikir-fikirkan.

Allahu’alam… Wassalam.

Copy and paste: 31 Januari 2022 > 29 Jamadilakhir 1443H: 8.41


No comments: