Thursday, 18 June 2020

KISAH SEJARAH SITI ZUBAIDAH :

Kredit : Roujin d'Umi

- Dengan izin fb #DaekuSinBad
Oleh,

TNL Kasim ibni TNL Ahmad
Waris Mutlak, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah


Selasa; 14 Ogos, 2007
Saya ingin menceritakan semula sejarah di atas untuk pembaca seperti mana yang telah diwasiatkan kepada saya hampir 60 tahun yang lalu.
Saya dipaksa menghafalnya, tanpa buku untuk saya rujuk kerana semua buku dan manuskrip telah dirampas dan dimusnahkan oleh penjajah.
Tujuan saya sejujurnya supaya wasiat ini dapat direkodkan dan diketahui oleh anak cucu mengenai kebesaran bangsa Siam Islam dari negara Kedah yang membawa kepada bangsa Melayu hari ini.
Penulis-penulis dipelawa mencari bukti kerana pada usia ini, saya ketandusan semua itu.
Ikuti kisah ini seperti yang telah diwasiatkan kepada saya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

ZAMAN KHALIFAH UMAIYAH :
Sultan Zainal Abidin adalah dari kerabat diRaja Parsi yang belayar ke negeri China atas urusan perdagangan dan hubungan dua-hala kedua negara. Baginda pada masa itu sudah pun berkahwin dengan Puteri Zubaidah.
Sewaktu mengadap Maharaja China baginda telah terpikat dengan Puteri Raja China bernama "Puteri Pa Pua" lalu mereka pun dikahwinkan oleh Maharaja China ketika itu. Sultan Zainal Abidin bersama puteri barunya pun berhijrah ke sebuah Pulau Maka yang mana hari ini di gelar Pulau "Pa Pua" ("bawa laki"), New Guinea.
Mereka pun membuka sebuah kerajaan baru dan hasil perkahwinan tersebut mereka mendapat seorang putera diberi nama "Putera Al Bani". Kealpaan Sultan Zainal Abidin ini kepada isteri pertamanya membawa kepada kisah Siti Zubaidah yang menyamar sebagai lelaki untuk mencari suaminya. Kisah ini ada direkodkan dalam syair "Siti Zubaidah Perang China" dalam sejarah kesusasteraan Melayu Nusantara.
Setelah dewasa putera mereka berdua yang bernama Putera Al Bani pun mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan juga dengan salah seorang Puteri Raja China. Maharaja dahulu sememangnya mempunyai ramai anak perempuan kerana berkahwin ramai.
Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka sebuah negara baru. Pelayaran ini membawa mereka ke sebuah kawasan baru lalu dibina Istana "Ayut’ia Al Bani" terletak di Australia hari ini.
Sekiranya kita teliti, perkataan "Australia" bukannya bahasa Inggeris malah adalah dari bahasa Siam bermaksud, "penempatan lebih luas".
Hari ini, Albani di Australia terletak ke Utara Bandar Perth. Perth juga adalah merupakan bahasa Siam. Keturunan Sultan Australia Al Bani membawa kepada Raja "Chulan Man Bau" sekitar tahun 1350-1400 M :
Raja "Chu Lan Man Bau" (maksudnya "Putera disanjungi cucu-cucu") mempunyai dua orang Putera dan seorang Puteri iaitu,
1] Putera Sulong Saidina Ali Raja di Al Bani Australia;

2] Putera Kedua "Saidina Cheng Ho" atau "San Bao";

3] Puteri Naga Adinda kepada Cheng Ho Berkahwin dengan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah yang diberi gelar Rama Tibodi II (Ayuthia), juga bergelar Parameswara (di Melaka).

Sultan Rijaluddin atau Parameswara Melaka tahun 1414 ini, bersemayam di Ayut’ia Kota Naga Jenan, Daerah Kubang Pasu, Kedah Malaysia. Baginda adalah dari keturunan "Raja Merong Mahawangsa", Nagara Kedah.
“Maka undang-undang ini (Undang-Undang Tubuh Negeri) diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah bersemayam di Naga, muafakat dengan sekelian menteri, pegawai dan pendeta membicara akan dia supaya tetap adat ini, janganlah berubah-ubah.”
Laksamana Cheng Ho sering berulang ke rantau ini kerana perintah Maharaja China "Yong Le" dan turut mempunyai hubungan darah dengan pemerintah disini.
Perkahwinan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Rama Tibodi II @ Parameswara (1414M) ini dengan Puteri Naga ibni Raja Chulan Man Bau telah dianugerahkan 3 orang putera dan seorang puteri iaitu,
1] Puteri Bavin Noung Siputeh Tengku Nor Asiah berkahwin dengan Maha Thammaraja, Raja India Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah (Babu India Monghul). Baginda disebut sebagai Aisyah Begum dalam sejarah India.

2] Putera Sulong digelar "Kaifa Tamim Sheikh Ali" menjadi Raja di Tong Oo (Burma Myanmar) bersemayam di Istana Ayut’ia Ananda Pagan. Sejarah Thailand menyebut baginda sebagai Tabimshewati.

3] Putera kedua di gelar "Khun Woran Wangsa Putera Yaacob Jalil" menjadi Sultan Langkasuka bersemayam di Istana Ayut’ia Kota Palas, Gunong Raja, Pulau Langkawi, Kedah.

4] Putera bongsu di gelar "Sultan Mohd Yusof Pasai" menjadi Raja di Sumatra Pasai (atau Chakraphai, bermaksud "tarik bawa pergi").

Pada tahun 1459M, "Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah" ditabal menjadi "Maha Tammaraja Dinasti Ayut’ia" dan dikahwinkan dengan "Puteri Bavin Nong" yang menjadi Raja Perempuan Dinasti Ayut’ia bergelar "Mah In" (Inta Tiral).
Mereka berdua membina sebuah Istana "Di Toung Oo Mandalay" digelar Istana Raja Perempuan Mandalay.
Istana tersebut masih wujud di Mandalay Burma atau Myanmar hari ini. Semasa inilah Empayar Monggol India mula berkembang seperti peta "Empire of the Great Monggol".
Mandalay ialah sempena nama "Raja Mandalika" seperti tercatat pada batu bersurat di Terengganu sewaktu baginda berdakwah disana.
Istana Raja Perempuan Siam Mandalay Bavi Noung Tungku Nor Aisah Si Puteh Ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Syah Parameswara Melaka Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia (DI Mandalay Burma @ Myanmar).
Di sinilah tempat bersemayam Raja Siam Islam terakhir "Maha Dammaiyaza" (Sharif Yang Di Pertuan). Baginda diusir oleh tentera Raja Buddha "Aluang Phraya Burma" ke Ayut’ia Bangkok pada tuhun 1752 dan kemudiannya berpindah ke Ayuthia.
Istana "Ananda Pagan" (bermaksud "anakanda bawa wang"), milik Raja Mandalika Sultan Mad Zafar Syah III bergelar "Rama Tibodi I" tahun 1300 M, ibni Sultan Mohammad Syah Yang Adil bergelar ‘Narasuan’ Benua Siam Kedah Kheag Tesh.
Raja Mandalika adalah nama raja yang tercatat pada Batu Bersurat Trengganu. Istana ini kemudiannya menjadi tempat bersemayam "Raja Eva Tong Oo Maharaja Siam Quifatabin Sheikh Ali" (Kaifa Tamin Sheikh Ali). Kaifa Tamin Sheikh Ali pula ialah ayahanda kepada Raja Perempuan "Nang Che Yam Jammu" Patani yang berkahwin dengan Sultan Ismail.
Hasil perkahwinan Raja India Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah (Maha Tammaraja) dengan Raja Perempuan Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia Benua Siam Kedah, "Kheag Tesh" mendapat empat putera.
1] Putera pertama digelar Raja Beruas Perak "Nai Hisbu Mad Azam Syah" @ Intaraja II (Song Tam Ayut’ia tahun 1605M).

2] Putera kedua digelar Raja Borneo Santubung, "Sultan Saidina Hassan Syah", Dinasti Ayut’ia (bergelar Jetta/Chetta tahun 1610M).

3] Putera ketiga digelar Raja Riau "Sultan Shaari Riayat Syah", Johor (Atthinawong Dinasti Ayut’ia tahun 1628 M).

4] Putera keempat digelar Raja Brunei "Sultan Mustafa Kecil Bongsu" (Dinasti Ayut’ia bergelar Prasat Thong 1630 M).

Baginda garang orangnya dan sewaktu menjadi Maharaja Besar Ayuthia dia pernah menyerang Patani kerana engkar perentah nya. Ini kita harus terima sebagai konflik dalaman kerajaan Benua Islam Siam ketika itu.

Kedatangan Inggeris menyebabkan Australia dijadikan tempat buangan banduan dari England pada tahun 1788M selepas mereka mengusir umat Islam Australia ke Pulau Timor Leste di zaman Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah Kheag Tesh dan penjajah Inggeris membunuh Raja Islam Australia di Albani Australia iaitu "Sultan Sayid Ali Paduka Seri Sultan Chulan" pada 1200 H bersamaan 1789M.
Anakanda baginda Sultan Yusuf Al Mahadi turut juga dibunuh kemudiannya.
Inggeris sepertimana yang kita ketahui bukan sahaja menjatuhkan "Empayar Benua Islam Siam" malah "Empayar Islam Monggol India", "Empayar Raja China Islam Manchu" dan "Empayar Islam Ottoman di Turki".
Begitulah wasiat yang saya terima.
والله أعلمُ بالـصـواب
(Wallahu a'lam bissowab)

Copy and paste: 18 Jun 2020 / 27 Syawal 1441H : 10.20 pm

No comments: