Wednesday, 24 June 2020

WILLIAM JAMES SIDIS

Kredit : Ustaz Zul Pandan

Kisah yang tak jadi kisah.

Ada seorang lelaki yang IQ nya diiktiraf lebih tinggi daripada Albert Einstein dan Isaac Newton.

Cuma kita tidak pernah dengar cerita tentang dia. Einstein memiliki IQ 160. Manakala IQ Isaac Newton adalah 190. Laki-laki yang hebat ini memiliki IQ 260. Maknanya IQ dia, lebih tinggi dari Einstein dan Newton.

Namanya adalah William James Sidis. William dilahirkan pada tahun 1898 di New York. Hebat tak hebat dia ini, pada usia 18 bulan sudah boleh membaca The New York times.

Masa umurnya lapan tahun dia sudah boleh bercakap lapan bahasa. Latin, Greek, French, Russian, German, Hebrew, Turkish dan Armenia. Semua itu dia belajar sendiri.

Dia bukan saja belajar bahasa tetapi dia juga mencipta bahasanya sendiri yang dipanggil Vendergood.

William diterima masuk ke Harvard ketika usianya baru 11 tahun. dia menyelesaikan pengajian ijazahnya ketika usia 16 tahun. William jadi famous karena kemampuan IQ dia yang hebat.

Ayah William adalah seorang ahli psikologi graduasi daripada Harvard. Dengan genius yang dia miliki dan darah intelektual yang mengalir dalam badannya, sepatutnya ia ditakdirkan sebagai seorang yang berjaya. tapi kita tak pernah dengar cerita tentang kejayaan dia bukan.

Apa yang jadi kepadanya William sebenarnya. Ia cuba lari dari mendapat perhatian dan tak mahu jadi terkenal. Ia tak mahu kehidupan sebagaimana dikendaki oleh ayahnya. Iaitu menjadi orang yang hebat dalam dunia keilmuan.

William suka hidup bersendirian. Baginya itulah kehidupan yang sempurna karena tidak diganggu oleh orang lain. Dan dia juga tak mahu berkawin.

Akhirnya Ia memilih hidup sebagai orang biasa saja. Ini menyebabkan berlaku pertembungan dengan ayahnya.

Mereka bergaduh sampailah ayahnya mati pada tahun 1923, dan ia tidak menghadiri pengkebumian tersebut.

Oleh karena nak mengelak dari dikenali, ia memilih kerja-kerja biasa saja seperti kerani. Namun, ia tetap dikenali

Apabila William bekerja dengan gaji hanya 100 dolar, maka surat khabar membuat liputan, bahawa William sudah hilang kecerdikan masa kecilnya. Hingga dia tidak mampu menggunakan kecerdikan itu untuk menyara hidupnya.

Perkara hebat yang ia pernah buat adalah menjadi pejuang sosial. Semasa perang dunia pertama dia menyertai protes di Boston untuk menyatakan bantahan terhadap perang.

Karena protes tersebut ia dipenjarakan selama 18 bulan atas kesalahan demonstrasi. Selepas dibebaskan itu ia terus memilih hidup biasa. Bekerja sebagai buruh biasa untuk menampung hidupnya.

Lelaki yang sepatutnya memiliki kemampuan mengubah dunia ini, akhirnya mati ketika umurnya 46 tahun pada tahun 1944. Selepas itu nama William hilang daripada sejarah selama-lamanya.

Pengajaran yang boleh kita ambil.

PERTAMA
Apa guna hebat pandai cerdik tetapi tidak menggunakan kecerdikan itu untuk membantu membangunkan dunia. 

KEDUA
Jangan jadi orang yang mensia-siakan potensi diri yang ada. Walaupun kita memilih kehidupan yang kita nak. Tapi jangan lupa kemampuan yang kita ada adalah untuk berbakti kepada dunia. 

KETIGA
Perkara yang lebih malang lagi, apabila kemampuan itu, hanya digunakan untuk mengkritik dan menghina orang lain. Tidak mau mengunakan kecerdikan itu untuk menjadi penyumbang kepada kebaikan. 

KEEMPAT
Walaupun apa yang dibuat oleh William itu tidak salah tetapi jika ada lagi orang seperti itu tugas kita adalah memberi purpose kepadanya supaya ia boleh nampak kemampuan dan tagungjawabnnya. 

Bukan memaksanya menggunakan kecerdikan tersebut tanpa kerelaannya.
Akhir sekali,
Cerdik mesti digabungkan dengan bijaksana barulah ia berguna. 

Sabda Nabi:
خيرُ الناسِ أنفعُهم للناسِ 
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain.

Pastikan diri kita mampu menjadi manfaat untuk dunia dan orang lain.

Assalamualaikum 

#ustazzulpandan
#ustazzulid
#maqas
#maqasid

Copy and paste 
24/6/2020 : 2 Zulkaedah 1441H: 1.28 am

No comments: