Monday, 16 September 2019

SENIMAN HAJI MAHADI

Dari Facebook : REPAIR GAMBAR LAMA


Gelaran HAJI pada Mohd Mahadi Mohd Said ini , sudahpun digunakan ketika mula menyertai Malays Films Production @ Shaw Brothers pada tahun 1950. Beliau mendapat pendidikan agama di Madrasah Al-Falah, Mekah selama 2 tahun sewaktu berusia 14 tahun. Mimin cuba singkap bagaimana Hj. Mahadi dikatakan 'Ayahanda' dan pakar rujuk dari segi agama di Jalan Ampas.
Seniman Allahyarham Hj. Mahadi atau nama sebenarnya Hj. Mohd Mahadi Hj. Mohd Said, mengakui orang seni tidak semestinya datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang seni. Kemunculan beliau membuktikan ada orang seni datang daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya. Selang beberapa tahun kembali dari Mekah, Hj.Mahadi menukar haluan hidupnya. “Bukan kerana saya tak suka menjadi guru agama, tetapi, ialah sebab pada ketika itu saya rasa diri saya serba kekok kerana dipuja orang yang lebih tua daripada saya,” katanya.
Peristiwa di Jalan Ampas;
1. Seniman Ahmad Mahmud juga pernah bercerita yang beliau pernah jatuh sakit semasa berlakon di dalam hutan dan
diubati oleh Hj. Mahadi dan didapati Ahmad Mahmud membuang air kecil di dalam hutan di tempat kediaman makhluk halus.

2. Seniman Salleh Kamil pernah meminta pandangan Hj. Mahadi mengenai dialog isi neraka. Salleh Kamil beranggapan dialog itu bagaikan bencana kepada dirinya. Tetapi setelah dinasihatkan oleh Hj Mahadi sebagai seorang yang tinggi ilmu agamanya, Salleh Kamil kembali tenteram. Hj. Mahadi mengatakan jika niat kita hanya untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat yang menonton ianya tidak menjadi kesalahan besar. Yang penting niatkanlah apa yang kita lakukan semua kerana Allah tidak kepada yang lain. Hj. Mahadi adalah salah seorang yang dirujuk oleh Pengarah Jamil Sulong dalam kelansungan pembikinan filem Isi Neraka ini.
3.Allahyarham Hj. Mahadi juga diberitakan mahir dalam perubatan tradisional dan kebatinan, P. Ramlee dikatakan menuntut ilmu perubatan dan kebatinan daripada beliau sehingga membolehkan P.Ramlee mengubati orang menerusi panggilan telefon.
4.Sewaktu tinggal di 'perkampungan artis' MFP' di Boon Teck Road, Singapura, banyak peranan dan sumbangan Haji Mahadi dalam soal kebajikan dan dakwah dikalangan artis. Madrasah disitu dijadikan tempat berdakwah. Seniwati Normadiah menyifatkan Hj. Mahadi umpama seorang ayah kepada semua artis melayu pada ketika itu, beliau begitu dipandang tinggi kerana sifat beliau yang pengasih serta tidak jemu memberi panduan hidup dari aspek agama mahupun kebajikan.
"Hukum agama kita, yang diakui Allah itu luas. Mengapa mesti disempitkan?" - (Hj. Mahadi)
Seniman Hj. Mahadi meninggal dunia pada 20 Februari 1983 ketika berusia 69 tahun akibat sakit jantung dan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said. Seremban. Beliau meninggalkan seorang balu, Rosminah Marzuki dan tujuh orang anak.
Sumber :
Repair Gambar Lama
Harith Faruqi Sidek
Berita Harian, 27 Febuari 1983
Utusan Malaysia, 2001
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

Copy and paste; FB Repair Gambar Lama
16.9.2019: 4.40 pm

No comments: