Sunday, 15 September 2019

DI MANA LOKASI PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR?

Oleh Aidalina Mustafar
Blogspot Filem Klasik Malaysia



Tidak dapat dipastikan di mana sebenarnya lokasi (kawasan) panggung wayang pertama di Kuala Lumpur. Namun setelah dibuat kajian sekian lama dapat difahami ia adalah Estana Hall Kinema yang terletak di Batu Road, kini Jalan
Tuanku Abdul Rahman.
Maksud panggung wayang di sini ialah sebuah bangunan berasingan khusus menayangkan filem bukan panggung wayang yang terdapat di shopping complex (komplek membeli-belah) atau kelab persatuan dan kebajikan. Sebagai contoh, Kelab Di-Raja Selangor dan Sungei Wang Plaza.

Malayan Tribune 16 Januari 1917 menyebut:
The "Whatnots" gave their performance at Estana Hall Kinema, Batu Road on Friday night, before a large and highly appreciative audience.
(Terjemahan: The "Whatnots" memberikan persembahan mereka di Estana Hall Kinema, Batu Road pada malam Jumaat, dihadapan ramai penonton dan mendapat kejayaan besar).

Dalam iklan di Malay Mail 13 Januari 1920, tersiar tayangan dua episod siri filem bercorak western (koboi) "The Terror Of The Range" berjodol "The Chasm Of Fear" dan "The Midnight Raid" di Estana Hall Kinema. Turut ditayangkan "The Girl From Bahemia" persembahan Pathe yang dibintangi Irene Castle.

The Straits Times 31 Oktober 1923 mencatat:
Estana Hall Kuala Lumpur Friday, November 2 and following nights. "The Great Japanese Eartquake Film". Actual pictures of burning Tokio taken on the day of earthquake. The Terror Striken Populace Blazing Oil Wells, Devastated Area etc. For a short season only at the Estana Hall, Kuala Lumpur.
(Terjemahan: Estana Hall Kuala Lumpur Jumaat, 2 November dan malam berikutnya. "The Great Japanese Eartquake Film". Gambar sebenar pembakaran Tokio diambil pada hari gempa bumi. Kebakaran telaga minyak di kawasan penduduk yang menakutkan, daerah yang hancur dan sebagainya. Untuk masa yang pendek hanya di Estana Hall, Kuala Lumpur).

Bila Estana Hall di bina dan bila pula beroperasi? Setakat ini tidak diketahui. Nampaknya pencarian dan kajiselidik FK tidak boleh berhenti di sini saja. Ia terpaksa diteruskan.
Apapun, jika diikutkan iklan Malayan Tribune ternyata ia sudah ada sebelum tahun 1917.
Dengan itu, jelaslah sudah Estana Hall (Estana Hall Kinema) merupakan panggung wayang pertama wujud di Kuala Lumpur kemudian ditukar namanya beberapa kali sebelum terpahat menjadi Coliseum yang kini sudah tercatat megah dalam lipatan sejarah filem Malaysia.

Dalam The Straits Times 2 Mei 1931 ada tercatat begini: At the meeting of the Board a member argued for the renewal of the licence of the Estana Hall in Batu Road, although the technical officers were against it.
(Terjemahan: Pada mesyuarat Lembaga, seorang ahli berhujah pembaharuan lesen Estana Hall di Jalan Batu, walaupun pegawai teknikal bertentangan pendapat dengannya).

Agak mengelirukan, Coliseum dikatakan (oleh penulis sejarah filem) mula dibuka pada tahun 1920, tetapi Estana Hall tidak diperbaharui lesennya pada 1931, sedangkan Estana Hall itu nama asal Coliseum.

Panggung wayang pertama menayangkan filem suara (ada dialog) ialah Prince's, terletak di Jalan Brickfields (kini Jalan Tun Sambanthan) berhampiran KL Sentral, kemudian di tukar namanya Cathay selepas itu Lido pada bulan Jun 1930.
Kedua, Coliseum pada bulan Januari 1931, disusuli (ketiga) Empire terletak di Jalan Pudu yang memulakan operasinya pada tahun 1933 kemudian dirobohkan pada tahun 1940 dan digantikan pula dengan Majestic, kini sudah ghaib.

Copy and paste: 
15.9.2019: 7.04 am

No comments: