Thursday, 26 September 2019

KRONOLOGI PEMBUKAAN KOTA CONSTANTINOPLE 29 MEI 1453M

Peperangan Khandak
Rasulullah s.a.w meramalkan bahawa Konstantinople akan ditawan oleh Raja sebaik-baik Raja dan tentera sebaik-baik tentera ketika sedang menggali parit. Apa yang Rasulullah s.a.w ramalkan benar berlaku 800 tahun kemudian. 

Zaman Umaiyyah
5 kempen untuk Constantinople - Abu Ayub Al-Ansari r.a. (sahabat Rasulullah s.a.w) syahid dalam kempen ini dan dimaqamkan di Istanbul. 

Zaman Abbasiyyah 
Hanya satu kempen untuk menawan Constantinople dilancarkan. 

Zaman Uthmaniyyah
2 kempen menawan Constantinople dilancarkan. 

18 Februari 1451M
Sultan Muhammad Al-Fateh dilantik Sultan Kerajaan Uthmaniyyah yang ke 7 ketika berusia 22 tahun. Baginda telah mengkaji kempen-kempen menawan Constantinople sebelum ini serta kekuatan dan kelemahan kota Constantinople untuk mencari strategik terbaik. 

6 April 1453M
Mengetuai Pasukan tentera seramai 250,000 orang menuju ke Constantinople. Baginda memotivasikan tenteranya dengan Firman Allah s.w.t dan Sabda Junjungan Nabi s.a.w. 

7 April 1453M
Baginda membahagikan pasukan tenteranya kpd 3 bahagian. Namun pasukannya tidak dapat melepasi Golden Horn kerana terdapat rantai besar yang merentangi lautan. 

21 April 1453M
Sultan Muhammad Al-Fateh diberikan ilham yang luar biasa. Sebaik mendapat ilham tersebut, pasukan tenteranya terus melaksanakannya. Mereka membawa kapal naik ke atas bukit dengan menggunakan kayu yang dilumurkan dengan minyak, hanya dalam satu malam sahaja. 

22 April 1453M
Tentera Uthmaniyyah berjaya melancarkan 76 buah kapal dari atas bukit di hadapan kota Constantinople. Penduduk Constantinople dikejutkan dengan gema takbir pasukan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh pada awal pagi. 

29 Mei 1453M
Pembukaan Constantinople setelah 53 hari bertempur, setelah 800 tahun Rasulullah s.a.w bersabda mengenainya. Nama Constantinople ditukar menjadi Istanbul. 

1 Jun 1453M
Solat Jumaat yang pertama didirikan di Istanbul di Masjid Aya Sofiya yang asalnya adalah sebuah Gereja. 

- Rujukan : Ali Muhammad al-Salabi - al-Sultan Muhammed al-Fateh al-Qustantiniyyah.

(Majalah Solusi Isu no. 45 2012)

No comments: